RUANG SEMBANG

Latihan interatif

Panduan Penulisan Rumusan Bahasa Melayu SPM

Monday, May 21, 2012

PENGGUNAAN KATA BANYAK MAKNA – KATA DASAR

Kata : Alamat

Makna
a) Tanda
b) Tempat tinggal

Ayat contoh
a) Awan mendung alamat akan hujan.
b) Posmen menghantar surat berdasarkan alamat pada sampul surat.
-------------------------------------------------------------------------------------

Kata : Ambang

Makna
a) Waktu sebelum sesuatu kejadian
b) Kayu palang antara dua tiang (pada jendela atau pintu)

Ayat Contoh
a) Setiap tahun bulan Disember berada di ambang tahun baru.
b) Layang-layang adik tersangkut pada ambang pintu.
-------------------------------------------------------------------------------------

Kata : Baharu

Makna
a) Tidak ada sebelumnya
b) Moden
c) Segar
d) Sekejap, sebentar

Ayat contoh
a) Bangunan pencakar langit itu baharu dibina
b) Banyak barang ciptaan baharu di pasaran.
c) Sayur-sayuran itu baharu dipetik dari kebun.
d) Adik baharu balik dari sekolah.
-------------------------------------------------------------------------------------

Kata : Baik

Makna
a) Berfaedah, bagus ,elok
b) Sembuh, pulih
c) Sesuai
d) Sangat rapat
e) Tidak jahat

Ayat contoh
a) Buku-buku itu baik untuk dibaca.
b) Kecederaan kaki adik telah baik.
c) Kasut itu baik untuk adik.
d) Hubungan persahabatan Apin dan Bakar sangat baik.
e) Tabiat abang yang baik itu disukai ayah.
-------------------------------------------------------------------------------------

Kata : Bangkit

Makna
a) Jaga daripada tidur
b) Hidup kembali
c) Naik (adunan)
d) Terbit
e) Sedar untuk bergerak
f) Berdiri daripda duduk

Ayat contoh
a) Adik bangkit pukul 5.00 pagi
b) Pada hari kiamat semua mayat akan bangkit dari kubur
c) Kek itu bangkit dengan elok setelah dibakar
d) Akibat diusik,kemarahan Alif mula bangkit
e) Akibat terlalu lama hidup dalam kemiskinan,anaknya bangkit untuk membela keluarga
f) Alice lee bangkit dari kerusi untuk menjawab pertayaan gurunya.
-------------------------------------------------------------------------------------

Kata : Bantai

Makna
a) Sembelih
b) Pukul
c) Makan

Ayat contoh
a) Lima ekor lembu dibantai pada hari raya korban
b) Peragut itu dibantai oleh orang ramai
c) Sebaik sahaja makanan itu dihidangkan, tetamu mula membantai
-------------------------------------------------------------------------------------

Kata : Belenggu

Makna
a) Gari,alat untuk memgikat
b) Kongkongan

Ayat contoh
a) Polis belenggu tangan lelaki tersebut kerana mencuri
b) Negara di bawah belenggu penjajah sukar untuk membuat apa-apa keputusan
-------------------------------------------------------------------------------------

Kata : Bencana

Makna 
a) Kecelakaan,malapetaka
b) Pengkhianatan,gangguan

Ayat contoh
a) Negara jepun selalu dilanda ternyata bencana alam
b) Penduduk kampong berasa sangsi akan kehadiran lelaki tua itu,walhal dia tidak mendatangkan bencana
------------------------------------------------------------------------------------- 

Kata : Bernas

Makna  
a) Berisi
b) Subur,penuh berisi (padi atau gandum)

Ayat contoh 
a) Ucapan wakil rakyat itu sungguh bernas
b) Burung pipit sangat suka akan buah padi yang bernas di sawah Pak Ajis
-------------------------------------------------------------------------------------

Kata : Bidang

Makna   
a) Penjodoh bilangan
b) Permukaan yang datar
c) Ukuran lebar
d) Jurusan, disiplin ilmu
e) Lapangan yang diceburi

Ayat contoh 
a) Pak Shukor mempuyai dua bidang tanah
b) Kotak kertas itu mempunyai empat bidang
c) Alas meja ini bidangnya satu meter
d) Abang mengambil bidang kedoktoran di universiti
e) Azura menceburi bidang nyanyian
-------------------------------------------------------------------------------------

Kata : Bulat

Makna
a) Bentuk seperti bola
b) Bundar seperti duit syiling atau roda
c) Tekad

Ayat contoh
a) Emak menggentel tepung itu supaya menjadi bulat
b) Meja di pejabat itu berbentuk bulat
c) Shafie membuat keputusan yang bulat demi masa depannya
------------------------------------------------------------------------------------- 
http://adf.ly/1okqV

2 comments: