Saturday, May 05, 2012

PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT TOKOH


Pendahuluan jenis pendapat tokoh, para pelajar diharapkan memaparkan pendapat tokoh yang berkaitan dengan tajuk perbincangan.  Pendapat ini tidak seharusnya mencerminkan idea tokoh yang tulen, sebaliknya boleh direka cipta. Teknik ini memaparkan kematangan pemikiran para
pelajar.

Pendapat ini boleh ditulis dalam bentuk prosa mahupun dalam bentuk dialog. Maka, pendahuluan akan lebih bermaya dan menarik sekali gus memberikan “impression” ataupun kesan yang positif kepada pemeriksa.

Seperkara lagi, sebarang jenis pendahuluan perlu mempunyai tiga elemen yang penting, yakni tajuk karangan, huraian tajuk, dan fokus karangan. Dan, setiap perenggan pendahuluan perlu terdiri daripada tiga jenis ayat, yakni ayat rangsangan (AR), ayat huraian (AH), dan ayat arahan (AA).
Seelok-eloknya, para pelajar dinasihati agar merangka pendahuluan secara ringkas sebelum menulis demi menghasilkan pendahuluan yang mantap. Semasa merangka, pastikan terdapat tiga unsur:  tajuk karangan, huraian tajuk, dan fokus karangan.


Contoh 1

Tajuk: Implikasi negatif yang dihadapi oleh mangsa buli
Fokus: Implikasi negatif
Jenis Karangan: Pendapat
Format: Tiada

Masalah buli di sekolah bukanlah isu baru di negara kita malah di seluruh dunia. Mengikut Deklarasi Kandersteg yang ditandatangani di Switzerland pada 2007, dianggarkan terdapat kira-kira 200 juta murid sekolah di seluruh dunia menjadi mangsa buli atau dera oleh rakan sebaya. Kajian buli di Malaysia telah dirintis oleh Dr. Noran Fauziah Yaakub yang telah membuat kajian menyeluruh di sekolah-sekolah di Malaysia untuk melihat hingga ke akar umbi punca dan kesan masalah buli ini.

Contoh 2


Tajuk: Kemalangan jalan raya
Fokus: Langkah-langkah pencegahan
Jenis Karangan: Pendapat
Format: Tiada
Demikianlah contoh pendahuluan jenis pendapat tokoh yang harus dijadikan panduan. Diharapkan, bakal-bakal calon SPM akan memanfaatkan teknik penulisan ini.


Contoh 3

Tajuk:Dalam kalangan rakyat negara ini
Fokus: Usaha-usaha untuk memupuk minat membaca
Jenis Karangan: Bincangkan
Format: Tiada

Soalan:

Amalan membaca harus dipupuk dalam kalangan rakyat negara ini sejak mereka kecil lagi, seperti kata peribahasa ’melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Hal ini bertepatan dengan hasrat kerajaan yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat berilmu yang maju dan berdaya saing.
Bincangkan usaha-usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat negara ini.

”Setiap seorang daripada kita mesti memberikan nilai tambah kepada diri masing-masing.” Demikian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu. Ungkapan keramat itu sesungguhnya membawa maksud bahawa harga seseorang dalam pasaran pekerjaan akan bertambah andai individu itu berusaha mendapatkan keterampilan yang lain untuk dirinya. Selain melalui proses pembelajaran secara formal, nilai diri akan dapat ditambah dengan banyaknya menerusi amalan membaca. Cerdik pandai sering menganggap membaca sebagai jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lantaran amalan membacalah yang dapat menghubungkan antara manusia dengan segala ilmu dan pengetahuan. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan rakyat negara ini.

Contoh 4

Tajuk: Pencemaran alam sekitar
Fokus: Punca daripada kegiatan pembangunan
Jenis Karangan:
Format: Tiada

Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bahagia . Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan. 
 

Contoh 5

Tajuk: Kejadian jenayah yang membabitkan remaja
Fokus: Siapakah yang bertanggungjawab menangani masalah ini
Jenis Karangan: Pendapat
Format: Tiada
 
Soalan contoh : Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak belakangan ini. Pada pendapat anda, siapakah yang bertanggungjawab menangani masalah ini.

Kita semakin kerap didedahkan dengan kejadian jenayah membabitkan remaja pada masa kini (ayat 1) Demikian dinyatakan oleh Ketua Polis Negara dalam sidang akhbar baru-baru ini (ayat 2) Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian pembunuhan kejam yang dilakukan oleh seorang remaja terhadap seorang kanak-kanak baru-baru ini (ayat 3) Bagi menangani masalah ini daripada berterusan, pelbagai pihak perlu memainkan peranan aktif bagi mencegahnya (ayat 4)

Sumber : Albhukari bin Mohd. Nordeen (Guru Cemerlang)
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment