Monday, May 21, 2012

NOVEL : EKSPEDISI

BIODATA PENULIS

- Mohd. Ghazali Tocheh
- Lahir pada 7 Jun 1949, di Kampung Pilin, Negeri Sembilan.
- Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pilin, Rembau dan Sekolah Menengah
  Undang Rembau sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Dato' Sedia Raja
  Rembau.
- Pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa di Kementerian
  Pertanian, Kuala Lumpur dan Pembantu Tadbir di Bahagian Belanjawan, Perbendaharaan
  Malaysia.
- Beliau bergiat aktif dalam penulisan novel, cerpen, puisi dan skrip drama.
- Beliau menerima banyak anugerah dalam bidang ini, iaitu Hadiah Saguhati dalam Peraduan
  Menulis Skrip Drama Pentas Sebabak anjuran Teater Malaysia (TEMA), (1990), Pemenang
  Ketiga Hadiah Sastera anjuran Utusan Malaysia Public Bank dan Hadiah Saguhati dalam
  Pertandingan Karya Seni Kreatif Puisi Kebangsaan.
- Antara karya beliau termasuklah "Diari Dua Dunia" (1991), "Simfoni Kasih" (1992),
  "Cahaya Kasih" (1997), "Setangkai Tak Segugus" (1998) dan "Menjejak Perang (1999).

SINOPSIS

              Hadi kecewa dengan sikap ayahnya yang membantah niatnya untuk berekspedisi
bersama-sama Cikgu Murad dan kawan-kawannya. Walau bagaimanapun Hadi berpeluang
menyertai ekspedisi tersebut apabila ayahnya pergi berburu pada masa yang sama dengan
jangka waktu rancangan ekspedisi mereka. Sekembalinya dari ekspedisi itu, dia terkejut
apabila mendapat tahu bahawa Cikgu Murad telah ditangkap polis. Dia semakin bingung
dengan pengakuan ayahnya tentang harta kekayaan yang sedang mereka nikmati dan rahsia di
sebalik kegemaran ayahnya yang selalu pergi berburu. Semua persoalan itu terjawab setelah
mereka dibawa ke balai polis.

            Akhimya mereka mendapat tahu bahawa penjenayah yang sedang diburu itu bukanlah Cikgu
Murad tetapi seorang lelaki yang menyerupai wajah seiras dengannya.

PLOT

Permulaan cerita
- Pak Salleh bercakap dengan Hadi tentang rancangan Cikgu Murad untuk mengadakan
ekspedisi ke hutan di belakang kampung mereka
 
Perkembangan cerita
- Pak Salleh menghalang niat Hadi untuk menyertai ekspedisi tersebut
- Hadi memberitahu Cikgu Murad bahawa dia tidak akan menyertai ekspedidi itu
- Pak Salleh memberitahu Hadi bahawa dia akan pergi berburu
- Cikgu Murad dan murid-muridnya diketuai oleh Pak Musa meredah hutan menuju ke Gunung Itik

Perumitan cerita (Koflik)
- Hadi dan Mak Jamilah gelisah apabila Pak Salleh tidak pulang pada hari yang dijanjikannya
- Seorang Inspektor polis menjemput Pak Salleh sekeluarga ke balai polis
- Qrang kampung sibuk memperkatakan hal Cikgu Murad yang ditangkap polis atas tuduhan   
  merompak
- Hadi tidak bersetujtu dengan pendapat ayahnya bahawa Cikgu Murad sememangnya seorang 
  penjenayah
- Pak Salleh terkejut apabila melihat Cikgu Murad dibebaskan
- Inspektor itu menceritakan pergalaman mereka menangkap penjenayab-penjenayah yang   
  dikehendaki.

Puncak cerita (Klimaks)
- Pak Salleb sekeluarga terkejut apabila mendapal tahu bahawa salah seorang daripada penjenayah 
  itu mempunyai wajah seiras dengan Cikgu Murad
- Tanggapan Pak Salleh bahawa Cikgu Murad meleset

Peleraian
- Pak Salleh menyesali perbuatannya yang telah merosakkan nama baik Cikgu Murad dan  meminta 
  maaf daripadanya
- Pak Salleh sekeluarga kembali hidup bahagia seperti masa-masa sebelum dia dikenali sebagai 
  Orang Kaya Baru

TEKNIK PLOT
1. Imbas muka
Hadi membayangkan bahawa sekiranya mereka tersilap langkah mendaki puncak gunung,
mereka akan ditimpa bahaya. Mereka akan cedera bahkan boleh membawa maut.

2. Monolog dalaman
- Malam kepunyaan mereka, detik suara hatinya.
- Kalau aku masuk hutan seorang dah lama tenggelam dalam sungai. Cuai betul! Desis Nazri dalam
  hati.
- Keparat kau Cikgu Murad! Seranahnya keras dalam hati.

GAYA BAHASA

Bahasa Inggeris
Cool down, friend, chef, zero eight hundred

Bahasa Arab
Insya-Allah, assalamualaikum

Personifikasi
- Sebaik jasad Nazri hilang ditelan khemah, seorang demi seorang bangun lalu mengikut
  jejaknya.
- Tentu selang beberapa ketika lagi senja merangkak tiba
- Sesekali angin dingin bertiup kencang, menolak tompokan awan daripada meliputi matahari.

Inversi
- Cikgu Murad kembali bersuara.
  Sepatutnya ditulis: Cikgu Murad bersuara kembali.
- Pertanyaan Pak Musa itu menyebabkan Hadi sedikit tersentak.
  Sepatutnya ditulis: Pertanyaan Pak Musa itu menyebabkan Hadi tersentak sedikit.

Peribahasa
- Bagai menentang minyak yang penuh

Simile
- Bicara Cikgu Murad persis memberi taklimat
- Muka Mak Jamilah seperti harimau kelaparan
  
NILAI
1. Berani dan cekal apabila membuat sesuatu pekerjaan
Contohnya, anggota ekspedisi berjaya sampai di puncak Gunung Itik setelah mereka
berjaya menempuh pelbagai dugaan.


2. Setia kawan dan bekerjasama
Walaupun anggota ekspedisi terdiri daripada berbilang bangsa dan agama tetapi mereka
mengamalkan sikap setia kawan dan saling bekerjasama semasa mendaki Gunung Itik.


3. Saling menyayangi kerana perasaan sayang dapat mempengaruhi tindaktanduk
manusia
Contohnya, Pak Salleh menghalang Hadi menyertai ekspedisi kerana bimbang akan
keselamatan anak tunggalnya itu.


4. Bersedia untuk memohon maaf setelah melakukan kesalahan supaya
segala kesilapan dapat dibetulkan. Kesanggupan Pak Salleh yang mahu memohon maaf daripada Cikgu Murad merupakan tindakan yang terpuji.


5. Bersedia untuk memaafkan
Manusia sering melakukan kesilapan. Lantaran itu, Cikgu Murad bersedia memaafkan Pak
Salleh yang telah memusuhinya semenjak dia rnenetap di Kampung Dataran.


6. Bertanggungjawab
Contohnya, tindakan Pak Salleh dan anggota ekspedisi yang telah memberi maklumat
kepada polis sehingga tertumpasnya kumpulan sindiket yang merompak jongkong emas
Tauke Eddie Jar dan seterusnya menyelesaikan kes rompakan kedai emas yang berlaku di
seluruh negara sejak kebelakangan ini.


7. Mengenang budi
Manusia hidup haruslah berbudi dan orang yang telah menerima budi berusaha pula untuk
membalas jasa. Contohnya, tindakan Tauke Eddie Jar yang memberi ganjaran lumayan
kepada Pak Salleh.


8. Bersyukur dan sentiasa mengingati Tuhan
Bersyukur bererti berterima kasih atas segala pertolongan dan nikmat yang telah diterima.
Contohnya, Pak Salleh bersyukur apabila dapat mencari jalan pulang setelah tersesat di
dalam hutan.


Pengajaran

1. Kita hendaklah bersikap berani, cekal, dan sabar semasa melaksanakan sesuatu program
kerana sikap berani, cekal, dan sabar merupakan asas kejayaan.

2. Kita hendaklah mengamalkan sikap setia kawan dan toleransi supaya dapat meningkatkan
kualiti kerja.

3. Setelah melakukan kesilapan, kita hendaklah memohon maaf dan berusaha kembali ke
pangkal jalan.

4. Kita hendaklah memberi kemaafan kepada orang yang telah sedar akan kesalahan yang
dilakukan. Kemaafan itu hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas dan jujur.

5. Kita hendaklah menyemai perasaan saling menyayangi terutama antara ahli keluarga
supaya dapat membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

6. Kita hendaklah memikul tanggungjawab seperti melaksanakan tugas-tugas yang telah
diamanahkan terutama yang berkaitan dengan keselamatan negara.

7. Kita hendaklah sentiasa menyimpan hasrat untuk membalas budi baik seseorang dengan
hati yang ikhlas.

8. Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah diperoleh dan sentiasa
menginsafi akan kelemahan diri sendiri.

9. Kita hendaklah gigih berusaha untuk menyelesaikan masalah ataupun untuk mengubah
kehidupan.

10. Setiap orang haruslah membantu orang lain yang memerlukan bantuan.

11. Pertolongan yang dihulurkan hendaklah ikhlas tanpa tujuan lain.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment