Monday, May 21, 2012

KATA HAMPIR SAMA MAKNA

Kata : angin
Makna : Udara yang bergerak

Ayat Contoh
a) Daun kelapa kelihatan bergerak-gerak menandakan ada angin bertiup.
---------------------------------------------------------------------------------------
Kata : ayu
Makna : Cantik lemah lembut dan menarik (untuk orang sahaja khususnya perempuan)

Ayat Contoh
a) Anak gadis Pak Shukur sungguh ayu.
---------------------------------------------------------------------------------------
Kata : kaku
Makna : Tidak boleh dilentur, kejang.

Ayat Contoh
a) Kakinya menjadi kaku kerana berdiri terlalu lama di atas salji.
---------------------------------------------------------------------------------------
Kata : belah
Makna :  Menjadi dua bahagian

Ayat Contoh
a) Dinding itu terbelah dua akibat dirempuh oleh lori.
---------------------------------------------------------------------------------------
Kata : belasah
Makna :  Menyebat, menyesah dengan teruk

Ayat Contoh 
a) Pegawai penjara membelasah pesalah dengan sepuluh sebatan.
---------------------------------------------------------------------------------------
Kata : bergegar
Makna : Bergoncang dengan kuat

Ayat Contoh 
a) Bangunan bergegar apabila gempa bumi melanda kawasan tersebut.
---------------------------------------------------------------------------------------
Kata : berhamburan
Makna : Keluar bertaburan






Ayat Contoh 
a) Garam di dalam guni itu berhamburan di jalan raya.
---------------------------------------------------------------------------------------
Kata : garau
Makna : Nada suara yang kasar dan besar, garuk

Ayat Contoh
a) Suara Shafiq mula menjadi garau selepas berumur 12 tahun.
---------------------------------------------------------------------------------------
Kata : melulur
Makna : Menelan tanpa dikunyah

Ayat Contoh 
a) Ular sawa melulur seekor ayam kepunyaan Pak Mansur.
---------------------------------------------------------------------------------------
Kata : memangkas
Makna : Memotong bahagian hujung supaya menjadi pendek

Ayat Contoh 
a) Tukang kebun memangkas pokok bunga yang semakin tinggi itu supaya lebih rendah.
---------------------------------------------------------------------------------------
Kata : menenyeh
Makna : Menekan dan memicit-micit dengan kuat.

Ayat Contoh  
a) Abang menenyeh puntung rokoknya ke lantai.
---------------------------------------------------------------------------------------
Kata : menjolok
Makna : Merodok dengan galah

Ayat Contoh
a) Ayah menjolok buah kelapa supaya gugur.
---------------------------------------------------------------------------------------
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment