Saturday, May 05, 2012

KAEDAH PENGEMBANGAN IDEA / ISI KARANGAN

Demi menghasilkan perenggan isi yang kreatif dan impresif, idea mestilah relevan, huraian jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai, di samping pengolahan atau pengembangang isi yang menarik dan berkesan. Dalam aspek penulisan ini, cikgu memaparkan kaedah pengembangan idea yang berkesan. Di sini, dikemukakan kaedah atau model untuk mengolah atau mengembangkan idea atau isi karangan, yakni Model 5W + 1H:

Perenggan isi hendaklah terdiri daripada 4 jenis ayat, yakni Ayat Topik, Ayat Huraian, Ayat Contoh, dan Ayat Penyimpul. Kesemua ayat ini perlulah ditautkan secara kemas dan betul dengan menggunakan penanda wacana, kata hubung, dan frasa. Sebagai petua, saya memaparkan satu contoh perenggan isi deduktif, yakni Idea  + Huraian + Contoh + Rumusan.

Tajuk karangan: Bencana banjir
Fokus karangan: Cara mengatasi masalah banjir
Jenis karangan: Pendapat
Format karangan: Tiada


Sumber ; Khairuddin Ayip bin Azizul (Guru Cemerlang)
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment