Friday, April 27, 2012

TEMA NOVEL KABUS di PERBUKITAN

Novel ini bertemakan jati diri orang Melayu. Tema ini diserlahkan melalui watak utama Faridah yang merantau ke New Zealand selama 25 tahun. Walaupun begitu lama tinggal di negara orang, akhirnya dia dan keluarganya kembali membina kehidupan yang lebih bermakna di Malaysia.
(Sumber : BPK KPM)

Soalan 1:

Huraikan tema Novel Kabus di Perbukitan yang anda pelajari.

Jawapan:

Novel Kabus di Perbukitan bertemakan kasih sayang seorang wanita yang mendalam terhadap keluarga, anak-anak, masyarakat dan tanah airnya.

Faridah sangat sayang akan ibunya, Salmah. Dia menjaga kebajikan ibu dan sentiasa mengambil berat tentang kesihatan ibunya yang sakit.

Faridah telah mengalami kehidupan yang duka akibat perceraian ibu bapanya. Dia bertekad hendak mempertahankan keluarganya. Dia tidak mahu Melina dan Anne mengalami nasib yang sama.

Faridah mempunyai jiwa yang penyayang. Dia bekerja sebagai sukarelawan untuk berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa.

Faridah sentiasa merindui kampung halamannya, iaitu Sungai Besar walaupun dia berada jauh di New Zealand. Setelah tinggal di New Zealand selama 25 tahun, Faridah dan suaminya kembali ke Malaysia dan menetap di Cameron Highland. Dia bertekad hendak membina jati diri di tanah airnya sendiri.

(Sumber : http://forum.engkabang.net/ )

No comments:

Post a Comment