Saturday, April 28, 2012

TEKNIK PENCERITAAN

Pengarang menggunakan pelbagai teknik untuk menyampaikan ceritanya dengan berkesan. Antara teknik tersebut ialah:

a. Pemerian

Teknik ini digunakan dengan luas oleh pengarang. Beliau menggunakan teknik ini untuk memberikan gambaran terperinci tentang pemikiran dan pergolakan jiwa watak, gambaran latar dan sebagainya. Sebenarnya teknik ini amat berguna untuk pengarang bagi memainkan peranannya sebagai seorang tukang cerita. Teknik ini membolehkan beliau mengawal perjalanan cerita kerana beliau boleh menentukan aspek yang ingin diperincikannya dan sejauh mana beliau mahu memperincikannya. Teknik ini dimanfaatkan di sepanjang novel ini.

b. Dialog.
Teknik ini juga dimanfaatkan di sepanjang novel ini. Teknik ini, yang digunakan semasa perbualan sesama watak, amat produktif untuk membolehkan pembaca memahami pemikiran, pendapat dan pergolakan jiwa yang dialami oleh watak-watak. Selain itu, teknik dialog yang diselitkan di sana sini juga amat berguna untuk menghidupkan watak dan menjadikan cerita lebih realistik.

c. Imbas Kembali
Teknik ini digunakan untuk mengingatkan kembali sesuatu peristiwa yang telah terjadi. Tujuan utama seseorang pengarang memanfaatkan teknik ini adalah untuk mendedahkan kepada pembaca sesuatu episod atau kejadian yang penting tanpa perlu mengundurkan plot cerita ke belakang. Oleh itu pengarang boleh menjaga kekemasan plot dan pada masa yang sama mendedahkan satu peristiwa penting yang perlu dimaklumkan kepada pembaca. Satu contoh penggunaan teknik ini dalam karya ini ialah Faridah teringat zaman kecilnya ketika dia dengan ibunya membeli belacan di kedai Pak Talib. Satu lagi contoh teknik ini ialah Faridah teringat zaman kanak-kanaknya ketika dia dan adiknya Rahayu sering mengutip lala dan kerang di pantai Sungai Haji Dorani.

d.Teknik monolog.
Ini merupakan teknik pengarang menggambarkan pergolakan jiwa seseorang watak. Teknik ini amat produktif untuk pembaca mendalami pemikiran dan tanggapan seseorang watak tentang sesuatu perkara serta menyelami perasaan dalamannya. Contoh  penggunaan teknik tersebut dalam novel ini ialah apabila Rahayu berbisik kepada dirinya …

Rayahu berbisik kepada dirnya. “Mungkin sakit tekak atau entah-entah ulser,” bisiknya sendirian (hlm. 1)
 
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment