Saturday, April 07, 2012

Syair Pemberontakan Patani

Laksamana dititahkan Betara,
Ke negeri Patani berjalan segera,
Mendapat cogan Raja Senggora,
Akan menerima hukum dan dera.

LAKSAMANA MENDAPAT PERINTAH DARIPADA BETARA AGAR SEGERA KE NEGERI PATANI BAGI MENDAPATKAN PANJI ATAU LAMBANG KEBESARAN RAJA SENGGORA (MENYATAKAN TAAT SETIA KEPADA RAJA SENGGORA) YANG DIKATAKAN AKAN MENJATUHKAN HUKUMAN DAN SIKSAAN.

Barang yang hendak dihukumkan,
Sekalian tidak boleh dipersalahkan,
Kesalahan pinta dimaafkan,
Pegawai yang dipegang itu dipohonkan.

DI SANA NANTI LAKSAMANA DITITAHKAN AGAR MEMOHON MAAF DARIPADA RAJA SENGGORA DAN MERAYUM AGAR HUKUMAN TIDAK DIJATUHKAN KE ATAS PEGAWAI YANG DITAHAN.

Setelah demikian titah betara,
Laksamana tiada berani dura,
Kerana negeri hendak dipelihara,
Kelak menjadi huru hara.

SETELAH MENERIMA TITAH BETARA, LAKSAMANA TIDAK MAHU MENUNJUKKAN KERESAHANNYA KERANA KEAMANAN NEGERI PERLU DIPELIHARA.

Bonda Duli Mahkota Indera,
Pada Laksamana emak saudara,
Sakit terlantar hampir bermara,
Meninggalkan dia tiada terkira.

KERANA PADA KETIKA ITU BONDA SAUDARANYA IAITU DULI MAHKOTA INDERA SEDANG MENGALAMI SAKIT YANG BAHAYA DAN NHATI LAKSAMANA TERASA AMAT BERAT UNUK MENINGGALKAN BONDANYA ITU.

Daripada kerja terlalu berat,
Ke atas negeri hendak mudarat,
Jadilah dititah duli hadirat,
Bimbang dan masygul disuruh kerat.

SEGALA KEBIMBANGANNYA DIKETEPIKAN KERANA SITUASI NEGARA BERADA DALAM KEADAAN YANG MENCEMASKAN.

Tiada lagi terkata-kata,
Sudah dengan titah Sang Nata,
Diputuslah hati yang bercinta,
Kepada Allah diserah semata.

LAKSAMANA TIDAK DAPAT MEMBANTAH ARAHAN BETARA (SANG NATA ) WALAUPUN HATINYA AMAT BERAT UNTUK MELAKSANAKAN TUGAS TERSEBUT.. LAKSAMANA AKHIRNYA MENYERAHKAN SEGALA-GALANYA KEPADA ALLAH SWT.

Niat laksamana yang pegari,
Daulat baginda barang berdiri,
Jika selamat sentosa negeri,
Biarlah susah di atas diri.

LAKSAMANA TETAP MENJUNJUNG PERINTAH RAJA DEMI MEMASTIKAN RAJA TERUS DERDAULAT DAN BERKUASA DALAM NEGERI DAN NEGERI BERADA DALAM KEADAAN SENTOSA.

Berjalan ia berhati hampa,
Bonda yang sakit tiada dilupa,
Kerana sakit berat menimpa,
Yakin hatinya tiada berjumpa.

LAKSAMANA KE PATANI WALAUPUN HATINYA AMAT SEDIH DAN BERAT UNTUK MENINGGALKAN BONDA SAUDARANYA KERANA DIA YAKIN TIDAK DAPAT LAGI BERTEMU DENGAN BONDA SAUDARANYA.

Daripada sudah demikian peri,
Keberatan tertanggung di atas negeri,
Yang sakit itu seorang diri,
Bala yang datang meliput negeri.

TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA KEDAULATAN NEGERI LEBIH UTAMA DARI MEMIKIRKAN TENTANG KESAKITAN YANG DITANGGUNG OLEH SEORANG SAHAJA. SELURUH NEGERI AKAN MUSNAH JIKA DISERANG MUSUH.

Jadilah dititahkan Seri Betara,
Tiadalah lagi terkira-kira,
Berjalanlah pergi bersegera-segera,
Mendapat cogan Raja Senggora.

MAKA, PERINTAH BETARA (SERI BETARA) SEGERA DIJUNJUNG TANPA BERFIKIR PANJANG. LAKSAMANA SEGERA BERJALAN KE PATANI BAGI MENDAPATKAN PERLINDUNGAN RAJA SENGGORA.

MAKSUD SYAIR
SECARA KESELURUHANNYA SYAIR INI MENYAMPAIKAN PESANAN TENTANG

I. KEPERLUAN SEORANG PEMIMPIN MENGUTAMAKAN KESELAMATAN NEGARA BERBANDING KESELAMATAN DAN KEPENTINGAN PERIBADI.

Puisi Melayu Tradisi ,1993
Oxford Fajar Sdn.Bhd.


KOSA KATA

i. bercinta = berat rasa hati untuk melakukan sesuatu
ii. bermara = berbahaya/menghadapi bahaya
iii. cogan = panji-panji atau lambang
iv. dera = pukulan dengan rotan/cemeti dll.
v. dura = risau /susah hati
vi. masyghul = susah hati/murung/sedih
vii. mudarat = bahaya
viii. pegari = dapat dilihat/muncul/menjelma
ix. peri = kata


TEMA : Semangat patriotik pepimpin


PERSOALAN
i. semangat cinta akan keamanan negara yang tinggi dalam diri seorang pemimpin
ii. sikap mengutamakan keselamatan negara melebihi kepentingan peribadi
iii. taat akan perintah demi keselamatan negara
iv. kesanggupan berjuang semata-mata mempertahankan kedaulatan negara.

NILAI
i. Semangat cinta akan negara/sayang akan negara
ii. Ketaatan
iii. Keberanian
iv. Keredaan/pasrah akan kehendak tuhan

PENGAJARAN
i. Hendaklah mempertahankan kedaulatan negara daripada serangan musuh
ii. Hendaklah mendahulukan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan keluarga

iii. Hendaklah ada perasaan sayang akan Negara dan berusaha mempertahankannya
iv. Hendaklah banyak berserah dan memohon pertolongan daripada Allah SWT apabila berada dalam kesusahan.

v. Hendaklah menjunjung perintah ketua dengan rela hati demi keselamatan negara.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment