Saturday, April 07, 2012

SYAIR MAKNA RIAK

Kemudian dinyatakan makna riak,
Amal ibadat kerana manusia
Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,
Sebab kerana syirikkan Dia.

TAKRIF RIAK IALAH AMAL IBADAT DIBUAT HANYA UNTUK MANUSIA MERUPAKAN PERBAUATAN YANG PALING DIBENCI OLEH ALLAH SWT

Terkadang riak pula dilakukan,
Mengiringkan beberapa puasa tak makan,
Bertutur itu suara diperlahankan,
Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

ADA SESETENGAH MANUSIA MELAKSANAKAN IBADAT PUASA DENGAN TUJUAN DIPUJI TENTANG KELEBIHANNYA TIDAK MAKAN, BERTUTUR DENGAN SUARA YANG RENDAH DAN TIDAK MEMPEDULIKAN KESIHATAN DIRI.

Supaya disangka ianya wali,
Akan dunia tidak dipeduli,
Hemahnya itu sangatlah ali,
Tetapi hatinya ke dunia bertali.

SESETENGAHNYA PULA TIDAK MAHU LANGSUNG MENIKMATI KESENANGAN DUNIA SEDANGKAN SEBENARNYA DI DALAM HATI PENUH DENGAN KEINGINAN UNTUK MENCARI KESENANGAN MATERIAILISTIK.

Terkadang riakkan ia berilmu,
Bersurah ketika orang berjamu,
Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis disapu.

ADA SESETENGAH MANUSIA SUKA MENUNJUK-NUNJUKKAN KEKEBIHAN ILMUNYA DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI

Terkadang bercakap ilmunya mantik,
Bicara alhayat konon diselidik,
Supaya disangka ianya cerdik,
Sukalah orang memberinya gundik.

ADA YANG MENGGUNAKAN ILMU UNTUK MENUNJUK-NUNJUK KEARIFAN BERBINCANG TENTANG KEJADIAN ALAM AGAR DIKAGUMI ORANG LAIN SEHINGGA DITAWARKAN PEREMPUAN-PEREMPUAN UNTUK DIJADIKAN ISTERI

Terkadang riak dengan pakaian,
Berserban lilit ekor berhambayan,
Sejadah di bahu bersampaian,
Tasbih di tangan beruitan.

SESETENGAH MANUSIA PULA BERSIFAT RIAK MELALUI CARA BERPAKAIAN AGAR DIKATAKAN ALIM. TANGAN SENTIASA MEMBILANG TASBIH

Pejamkan mata duduk bersila,
Lidah berzikir Allah Taala,
Terkadang jazbah seperti gila,
Kasadnya hendak jadi kepala.

SESETENGAH MANUSIA PULA ASYIK BERZIKIR TANPA HENTI AGAR DILIHAT MANUSIA SEORANG YANG HEBAT ILMU AGAMANYA SUPAYA DIPILIH MENJADI PEMIMPIN.

Riak demikian menjadi balak,
Amal itu tentu ditolak,
Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,
Allah Taala sualak.

KESEMUA SIFAT RIAK DI ATAS TIDAK DISUKAI ALLAH SWT. SEGALA AMALAN DITOLAK ALLAH SWT SEMUA AMALAN DICAMPAK SEMULA KE MUKA PENGAMALNYA.


Puisi Melayu Tradisi 1993
Oxford Fajar Sdn. Bhd.


Maksud perkataan

1. ali = tinggi (Arab)
2. balak = bala – bencana/malapetaka
3. berhambayan = melambai-lambai
4. bersampaian = tersidai/tersampir di bahu
5. beruitan = bergerak sedikit
6. gundik = bukan isteri gahara /isteri tidak rasmi/perempuan simpanan
7. jazbah = keadaan diri yang sedar bahawa Allah mendahului segala-galanya apabila melihat sesuatu

8. kasad = maksud/niat/tujuan
9. mantik = akal(sebab dan musabab tentang sesuatu kejadian )
10. nahu = tatabahasa
11. riak = i.suka menunjuk-nunjukkan amalm ibadah atau sesuatu kabaikan untuk mendapai pujian manusia

ii. BERBUAT SESUATU BUKAN KERANA ALLAH TETAPI KERANA MAHUKAN PUJIAN DARIPADA MANUSIA.

12. sarap = i. Sampah
ii. lapik dengan bahan yang nipis (kain dll.)
iii.penyakit kulit

13. sualak = suka
14. syirik = perbuatan menyegutukan Allah/menganggap Allah itu banyak
15. wali = orang yang rapat hubungannya dengan Allah SWT
16. zikir = perbuatan mengingati Allah SWT dengan ucapan/kalimah yang diulang-ulang



TEMA
Sifat riak yang ada dalam diri manusia
Sifat suka menunjuk-nunjuk kelebihan diri

PERSOALAN

i. Manusia yang sering berpura-pura agar diri dipandang tinggi dan dipuji manusia
ii. Kebencian Allah SWT terhadap manusia yang memiliki sifat riak
iii. Manusia yang menggunakan alaman agama sebagai cara untuk mencari kedudukan
tinggi dalam masyarakat.

PENGAJARAN:
i. Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara/pekerjaan semata-mata kerana Allah SWT
ii. Kita mesti ikhlas melakukan kebaikan semata-mata kerana Allah SWT
iii. Kita jangan menggunakan agama sebagai landasan untuk mencari sanjungan manusia.
iv. Kita hendaklah menyembunyikan amal kebaikan daripada diketahui manusia agar tidak ada perasaan riak akan kebaikan yang dibuat.

v. Kita jangan mengundang kebencian Allah SWT dengan perbuatan yang melampau dalam beribadat.
vi. Kita jangan menggunakan amalan agama untuk mengejar kedudukan sebagai pemimpin.


MASYARAKAT
i. Masyarakat yang mementingkan kedudukan dan sanjungan.
ii. Masyarakat yang memiliki sifat riak dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan diri.
iii. Masyarakat yang menggunakan agama untuk mencari kedudukan dan pujian dalam masyarakat.
iv. Masyarakat yang membelakangkan keikhlasan dalam melaksanakan tugas.




http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment