Saturday, April 28, 2012

PERSOALAN KABUS DIPERBUKITAN (Mohamad Kholid Hamzah)

PERSOALAN

Persoalan-persoalan yang bergerak seiring dengan tema ini ialah:

a. Kewujudan aspek bawah sedar. Faridah yang koma selepas kemalangan jalan raya seolah-olah kembali ke satu zaman lain iaitu era penjajahan. Dia juga seolah-olah dapat berkomunikasi dengan adik kembarnya Rahayu.

b. Kasih sayang antara adik-beradik. Faridah dan Rahayu yang telah terpisah akibat perpecahan keluarga mempunyai satu keintiman yang sukar dijelaskan.

c. Kesan kegiatan ekstremis terhadap kehidupan manusia. Kegiatan Mohamed Attar dalam kegiatan ekstremis meninggalkan kesan buruk terhadap kehidupan orang lain. Misalnya Benny yang berkenalan dengannya juga turut menjadi buruan pihak berkuasa.

d. Pengekalan identiti diri. Faridah tetap mengekalkan identitinya sebagai seorang Melayu walaupun bertahun-tahun menetap di luar negara.

e. Kasih yang terputus. Hasrat Azrul untuk mendirikan rumah tangga dengan Rahayu tidak tercapai kerana Rahayu meninggal dunia.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment