Monday, April 16, 2012

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PENGAJARAN PANTUN ENAM KERAT (DIRGAHAYU BAHASAKU)

Pengajaran daripada pantun ini ialah kita perlu bersabar menerima dugaan, contohnya, penyair mahu kita bersabar menempuh dugaan yang kita tidak jangkakan. Seterusnya kita hendaklah bersyukur atas kurniaan Tuhan, contohnya, penyair mahu kita bersyukur atas ketentuan yang Tuhan berikan. Selain itu kita wajar mengenang jasa orang terhadap kita, contohnya, penyair mahu masyarakat mengenang jasa orang lain dan tidak mengamalkan sikap melupakan yang lama setelah memperoleh sesuatu yang baharu. Akhir sekali kita seharusnya tidak menyalahkan takdir, contohnya, penyair menyarankan sesuatu yang berlaku bukannya berpunca daripada ibu yang melahirkan kita.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment