Saturday, April 28, 2012

NILAI MURNI dan PENGAJARAN

Nilai-nilai yang ketara dalam karya ini ialah kasih sayang, bertanggungjawab, berdikari dan kegigihan. Pengajaran yang dibawakan oleh pengarang ialah

a. Kita harus mencurahkan kasih sayang kepada insan lain tidak kira apa sekalipun hubungan kita dengan mereka. Sebagai contoh Hamidah amat mengasihi Rahayu walaupun gadis itu hanya merupakan anak tirinya.

b. Seseorang ayah haruslah bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli keluarganya. Tindakan Mejar (B) Kamarudin berusaha mencari Faridah yang hilang selepas kemalangan harus dicontohi.

c. Kita harus berdikari seperti Azrul yang enggan bekerja makan gaji sebaliknya mengusahakan perniagaan sendiri setelah menamatkan pengajian.

d. Kita harus gigih berusaha bagi mengecapi kejayaan sebagaimana yang dilakukan oleh Azrul dan Soleh Johnsons yang memulakan perniagaan agropelancongan.

e. Kita tidak harus melupakan jati diri dan negara asal kita sebagaimana Faridah tidak pernah lupa akan hakikat dirinya seorang yang berbangsa Melayu dan tanah airnya walaupun sudah menetap di luar negara lebih 25 tahun.

http://adf.ly/1okqV

1 comment: