Saturday, April 28, 2012

Latihan 5 Pantun Lapan Kerat

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawap soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Pantun Lapan Kerat
Harun Mat Piah (Penyelenggara)

Buat bangsal di tengah hutan,
Tebaslah hutan buat halaman,
Di tepi halaman menanam kobis,
Diselang dengan pokok papaya;
Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman,
Tidak patah digoncang iblis,
Akhirnya tuan menang berjaya.

Ikan teluk parang-parang,
Anak ketam disangka lelabi,
Berburu musim tengkujuh,
Dapat buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,
Cucu Adam sepaian nabi,
Turun dari langit ketujuh,
Jadi khalifah kepada Allah.

Lengkang-lengkung apa dipaku,
Paku jatuh patah dua,
Menjadi riuh orang di darat,
Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
Kerana lalai rosak binasa,
Kebudayaan Timur dinodai Barat,
Bahasa ibunda hina terbiar.

Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dn Pustaka, 2010

i. Apakah kelebihan seseorang individu yang beriman? [3 markah]

Jawapan
i. Individu yang beriman tidak akan mudah terpengaruh dengan godaan iblis.

ii. Berikan cadangan bagaimana kita boleh mempertahankan warisan budaya bangsa kita daripada dinodai oleh budaya Barat. [3 markah]

Jawapan
ii. Satu cara kita boleh mempertahankan warisan budaya bangsa kita daripada dinodai oleh budaya Barat adalah dengan menghargai warisan kita dan tidak terlalu mengagung-agungkan budaya Barat. Selain itu kita juga harus mempraktikan warisan budaya kita. Selain itu golongan dewasa perlu memainkan tanggungjawab serius untuk mendedahkan generasi muda kepada warisan
budaya bangsa mereka.

iii. Nyatakan tiga ciri yang menandai puisi ini. [3 markah]

Jawapan
iii. Satu ciri puisi ini ialah setiap rangkapnya terdiri daripada lapan baris. Empat baris pertama dalam setiap rangkap merupakan pembayang manakala empat baris terakhirnya pula merupakan maksud. Satu lagi cirinya ialah puisi jenis ini tunduk kepada rima hujung abcdabcd.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment