Saturday, April 28, 2012

Latihan 2 Seloka Si Luncai

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawap soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Seloka Si Luncai
Md. Ali Bachik (ILADAM) (Penyelenggara)

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan …
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tidak selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tidak mengkaji,
Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan, biarkan …!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dn Pustaka, 2010

i. Apakah sikap Si Luncai yang dapat anda simpulkan daripada puisi ini?                         [3 markah]

Jawapan
 i. Sikap Si Luncai yang dapat disimpulkan ialah dia merupakan seorang individu yang mempunyai segala-galanya tetapi tidak mempunyai dorongan untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin.

ii. Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi kepada individu yang mempunyai sikap seperti 
Si Luncai?                                                                                                                            [3 markah]

Jawapan
ii. Pada pendapat saya, individu seperti Si Luncai akan membiarkan segala kelebihan yang dimilikinya terlepas daripada tangannya. Akhirnya dia akan hidup melarat.

iii. Nyatakan tiga gaya bahasa yang ketara dalam puisi ini?                                                [3 markah]

Jawapan
iii. Satu gaya bahasa yang ketara dalam puisi ini ialah pengulangan kata pada awal baris atau anafora. Ini dapat diperhatikan melalui pengulangan kata “Ada” pada baris kedua hingga ke baris ke sepuluh. Selain itu terdapat juga gaya bahasa responsi iaitu pengulangan kata pada pertengahan baris puisi. Ini dapat diperhatikan melalui pengulangan kata “tidak” pada baris kedua dan ketiga. Satu lagi gaya bahasa yang ketara ialah epifora iaitu pengulangan kata pada penghujung baris-baris puisi. Hal ini dapat diperhatikan melalui pengulangan kata “ biarkan” pada baris pertama dan ke sebelas.
 
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment