Saturday, April 07, 2012

KATA SENDI NAMA "di"

Kata sendi bermaksud perkataan yang digunakan untuk menyambungkan 'sesuatu perkataan' dengan 'kata nama'.

Kata sendi................... Fungsi atau kegunaan
______________________________________________________
Di............................ [tempat / arah]
------------------------------------------------------

‘di’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda atau arah’.
‘di’ tidak boleh diikuti dengan ‘masa/ waktu/ zaman/ tahun’. (gunakan ‘pada’)
‘di antara' mesti diikuti perkataan ‘dengan’.
"di atas" menunjukkan "kedudukan sesuatu" atau "tempat":

PERINGATAN
‘di’ yang dirapatkan bermaksud imbuhan ‘di….’ dan bukan kata sendi.

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA "di"
(a)
-Dia tinggal dibelakang rumah saya. (arah)
-Pos itu terletak diantara tol dengan pejabat. (tempat)
-Anda sentiasa dihati saya. (benda)

(b)
-Dia sampai ke Melaka di waktu malam.
-Di zaman dahulu ada raja yang zalim.

(c)
-Sungai itu terletak di antara Melaka dan Johor.
-Bandingkanlah di antara anda dan saya.
-Di antara makan dan minum, dia lebih suka minum.

(d)
-Monyet itu sedang bergayut di atas pokok.
-Buku itu terletak di atas meja guru.
-Rumah besar tersebut dibina di atas puncak bukit.


BETUL PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA "di"

(A)
-Dia tinggal di belakang rumah saya.
-Pos itu terletak di antara tol dengan pejabat.
-Anda sentiasa di hati saya. Mereka bermain-main di taman.

(B)
-Dia sampai ke Melaka pada waktu malam.
-Pada zaman dahulu ada raja yang zalim.

(C)
-Sungai itu terletak di antara Melaka dengan Johor.
-Bandingkanlah di antara anda dengan saya.
-Di antara makan dengan minum, dia lebih suka minum.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment