Friday, April 27, 2012

JENIS-JENIS PUISI TRADISIONAL

Puisi tradisional merupakan sebahagian daripada warisan masyarakat silam. Puisi-puisi ini boleh dikategorikan kepada beberapa jenis berdasarkan bentuk dan binaannya.

A. Pantun

i. Pantun merupakan salah satu komponen kesusasteraan Melayu yang tertua.

ii. Jika ditinjau dari segi bentuknya, terdapat pelbagi jenis pantun seperti pantun
dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, sepuluh kerat, dua belas kerat
dan pantun berkait.

iii. Pantun yang paling popular ialah pantun empat kerat.

iv. Dalam pantun empat kerat, dua baris pertama merupakan pembayang manakala dua baris terakhirnya pula merupakan maksud.

v. Setiap baris dalam pantun ini akan terdiri dalam lingkungang 4 patah perkataan.

vi. Rima hujung pantun empat kerat ialah abab.

B. Syair

Syair merupakan puisi tradisional yang muncul di dunia Melayu melalui pertembungan
bangsa Melayu dengan Arab. Istilah “Syair” berasal daripada bahasa Arab yang bemaksud perasaan atau sesuatu yang muncul melalui rasa. Ciri-ciri syair ialah:

i. Setiap baris syair terdiri daripada 4 – 5 patah perkataan.

ii. Terdapat 4 baris dalam setiap rangkap.

iii.Rima akhirnya ialah aaaa

iv. Tidak ada konsep pembayang dalam syair. Kesemua empat barisnya berfungsi sebagai maksud.

v. Syair biasanya menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan cerita dongeng, hikayat, sindiran, hal-hal berkaitan agama atau memberikan nasihat.

C. Gurindam

Gurindam merupakan sejenis syair melarat yang biasanya terdiri daripada dua baris serangkap tanpa sebarang had terhadap jumlah rangkapnya. Antara ciri gurindam ialah

i. Terdiri daripada dua baris serangkap.

ii. Rima akhirnya ialah aa.

iii. Ayat pertama merupakan pengenalan untuk isu, manakala ayat keduanya menjadi penerang akibat untuk ayat pertama.

iv. Biasanya gurindam bertujuan untuk memberikan nasihat tentang kehidupan dan
juga hal-hal agama.

D. Seloka

Perkataan “seloka” berasal daripada perkataan Sanskrit. Kaedah inilah yang digunakan untuk menyampaikan cerita Mahabharata dan Ramayana. Ciri-ciri seloka ialah

i. Seloka merupakan puisi yang digunakan sebagai pilihan untuk prosa bagi
menyampaikan sesuatu kisah.

ii. Terdapat dua bentuk seloka iaitu seloka bersajak (empat baris serangkap dengan
rima hujungnya aaaa) dan seloka tidak bersajak (tiada ketetapan baris dan rima)

iii. Seloka Si Luncai ialah satu contoh seloka tidak bersajak.

iv. Oleh sebab seloka membawakan satu cerita, maka tidak ada konsep pembayang di dalamnya.

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
(Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment