RUANG SEMBANG

Latihan interatif

Panduan Penulisan Rumusan Bahasa Melayu SPM

Monday, April 16, 2012

Definisi Bahasa

Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi.

Demikianlah juga yang dijelaskan oleh Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996: 87) bahawa bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu yang lain dan sebagainya).

Manakala, Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Kedua Cetakan Kesepuluh (1999: 77) pula mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang bunyi yang arbitrari, yang dipergunakan oleh para anggota suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasikan diri.

Hal ini bermakna bunyi-bunyi lain yang cara penghasilannya bukan yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan manusia bukanlah bahasa namanya. Malahan, jikalau bunyi yang dihasilkan itu ialah bunyi yang tidak berstruktur atau bunyi yang tidak bermakna bagi manusia lain bererti bunyi itu juga bukanlah bahasa.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment