Monday, April 16, 2012

Bahasa lalah Pertuturan

Hal ini bersesuaian dengan pendapat Fries (1963) dalam bukunya Linguistics and Reading yang mengatakan bahawa 85% daripada bahasa yang digunakan oleh manusia dalam komunikasi ialah pertuturan. Selain lisan, tulisan ialah perkara kedua, perkara yang diterbitkan daripada pertuturan. Walau bagaimanapun, bahasa tulisan ialah bahasa juga, tetapi dianggap oleh sebilangan ahli bahasa sebagai 'secondary language'. Manakala sebilangan ahli bahasa yang lain menganggap tulisan bukannya bahasa tetapi hanya suatu pemetaan pertuturan dengan menggunakan tanda-tanda yang dapat dilihat seperti huruf-huruf dan sebagainya. Oleh itu, tulisan (transkripsi ortografik) dan rakaman-rakaman lain yang dianalisis bukanlah bahasa tetapi hanyalah rakaman bahasa.

Dalam pengucapan terhimpun berbagai-bagai aspek bahasa, iaitu pertuturan merangkumi apsek-aspek perkataan, frasa, ayat, bunyi, intonasi, hentian, tekanan, nada dan sebagainya, yang tidak tergambar secara jelas melalui tulisan. Dengan demikian, kajian bahasa atau kajian linguistik menjadikan pertuturan sebagai data utama di samping juga bahan bertulis. Walau bagaimanapun, terdapat golongan yang berbeza pendapat tentang hal ini. Ahli bahasa tradisional menjadikan bahan tulisan sebagai data kajian, sementara ahli bahasa struktural yang mengkaji bahasa secara deskriptif menjadikan pertuturan sebagai bahan kajian (Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, 1985: 40).

Sumber : Bahasa dan Kepentingannya
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment