Friday, April 06, 2012

AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH

1. Jangan mengubah makna asalnya.

2. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan)

3. Lakukan perubahan perkataan:

contoh:

- saya - dia
- kamu - dia
- kami - mereka
- hamba - dia
- di sini - di situ/di sana
- begini -.begitu
- kini - ketika itu dan sebagainya.

4. Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya.

contoh:

- mengapa - punca/sebab
- bagaimana - cara/keadaan
- berapa - jumlah/harga
- bila - masa

5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal.

contoh:

i. Ayat penyata :
berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan situasi.

ii. Ayat silaan :
mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.

iii. Ayat permintaan :
meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.

iv. Ayat suruhan :
menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.

v. Ayat larangan :
melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang.

vi. Ayat tanya :
bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian.

vii. Ayat seruan :
bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah, hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya".

Contoh penukaran ayat:

i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.

Jawapah:

Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.

ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.

Jawapan:

Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon.

iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.

Jawapan:

Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.

iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.
Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.

v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.

Jawapan:

Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.

vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle.

Jawapan:

Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul 11.00 pagi.

vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.

Jawapan:

Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment