Wednesday, March 28, 2012

Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012

Perhatian kepada pemohon

Sila baca Maklumat Program dengan teliti sebelum anda membuat permohonan
Sebarang kesilapan semasa mengisi borang boleh menjejaskan permohonan anda http://www.blogger.com/img/blank.gif

Anda disarankan menggunakan pelayar web "Mozila Firefox" bagi melancarkan
urusan permohonan.

Selamat Maju Jaya.

http://apps1.moe.gov.my/kplspm/kplspm2012/index.cfm

Tarikh : 18 Mac 2012
1. Iklan akhbar permohonan Program PISMP Ambilan Jun 2012.

Tarikh : 22 Mac 2012
2. Permohonan secara online dibuka & Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

Tarikh : 5 April 2012
3. Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup).

Tarikh : 30 April 2012
4. Semakan nama calon berjaya ditemu duga secara atas talian (pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui internet).

Tarikh : 7 Mei hingga 18 Mei 2012
5. Temu duga PISMP Ambilan Jun 2012. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat yang dicetak melalui internet yang telah dilengkapkan).

Tarikh : 5 Jun 2012
6. Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG). (Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG).

Tarikh : 18 Jun 2012
7. Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru. (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar).

Semoga maklumat ini dapat membantu anda.

Sumber rujukan : http://apps1.moe.gov.my/kplspm/kplspm2012/kalendar_aktiviti.cfm


http://adf.ly/1okqV

Thursday, March 22, 2012

PANDUAN PENULISAN PENDAHULUAN

Contoh Soalan

Huraikan pendapat anda tentang kebaikan mengadakan Program Rumah Terbuka Malaysia.

Panduan ( rujuk soalan di atas untuk menjawab bahagian ini )

Tajuk : Program Rumah Terbuka sempena perayaan besar di Malaysia.

Isu berkaitan tajuk : Menjadi budaya masyarakat Malaysia.

Kehendak soalan : Kebaikan mengadakan Program Rumah Terbuka di Malaysia.

ATAU

Tajuk : Program Rumah Terbuka sempena perayaan agama di Malaysia.

Isu berkaitan tajuk : Amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan rakyat Malaysia apabila tiba hari-hari perayaan utama.

Kehendak soalan :
Hal ini pasti akan mewujudkan kebaikan dalam membentuk masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni seperti kata pepatah, "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat".

Jawapan lengkap penulisan pendahuluan di atas.


Program Rumah Terbuka sempena perayaan agama di Malaysia. Namun dalam konteks ini menjadi budaya masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian terdapat beberapa Kebaikan mengadakan Program Rumah Terbuka di Malaysia.

http://adf.ly/1okqV

Skrip Dialog Israk dan Memori Seorang Tua

Pelajar saya Tingkatan 4 Cemerlang telah berjaya menyediakan skrip dialog dan boleh dilakonkan sebagai drama pendek daripada cerpen Israk dan cerpen memori seorang tua dalam buku komsas 'Harga Remaja'. Oleh itu sesiapa yang berminat untuk mendapatkan skrip dialog ini boleh membuat sumbangan sebanyak RM 2.00 bagi setiap skrip dialog. Saudara boleh menghantar email kepada saya untuk membuat tempahan ;

abdrahmanlo@yahoo.com.sg atau hubungi saya 089-764101 / 0178901736

Harga setiap skrip RM 2.00

1. Skrip dialog Israk = RM 2.00
2. Skrip Memori Seorang Tua = RM 2.00

Terima kasih atas sokongan anda.

http://adf.ly/1okqV

Thursday, March 15, 2012

Loosies (2012)

http://www.blogger.com/img/blank.gif

Synopsis: A young pickpocket in the New York subways, living a fast, free, lihttp://www.blogger.com/img/blank.giffestyle is confronted by a woman whom he had a one night affair with, she informs him that she is now pregnant with his child, he must now choose between continuing the lifestyle he lead or take responsibility for his actions

File download
http://www.filefactory.com/file/c4d6fa9/n/loossie.wancuiX.jieazzmovie.net.mkv.001

http://www.filefactory.com/file/c4d6fa1/n/loossie.wancuiX.jieazzmovie.net.mkv.002

http://adf.ly/1okqV
http://jieazzmovie.net/english/loosies-2012-dvdrip-xvid-mkv-wancuix/

John Carter (2012) TS




Transplanted to Mars, a Civil War vet discovers a lush planet inhabited by 12-foot tall barbarians. Finding himself a prisoner of these creatures, he escapes, only to encounter a princess who is in desperate need of a savior.

File download
http://jumbofiles.com/rxd8onsqg9ns

http://jumbofiles.com/tkc8lm8vh6g7

http://adf.ly/1okqV
http://www.teamhanna.org/english/john-carter-2012-ts

Kata Sendi

1. Golongan kata sendi adalah golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.

2. Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain.

3. Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.

4. Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.

5. Antara kata sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.

Contoh:

a. Buku di pejabat (kata nama + kata sendi + kata nama)
b. Menyelam sambil minur air (kata kerja + kata sendi + frasa kerja)
c. Rosak kerana banjir melanda (kata sifat + kata sendi + frasa nama)

Penggunaan Kata Sendi Nama Dari dan Daripada

Sebenarnya kata sendi nama dari dan daripada mempunyai pengertian yang berbeza dalam sistem tatabahasa Melayu.

1 : Dari: Kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa.

Contohnya :

Menyatakan tempat
a. Ahmad datang dari mana?
b. Ely datang dari Kelantan.
c. Saya berjalan kaki dari Juaseh ke Kuala Pilah.
d. Saya berasal dari negeri Perak.
e. Dia mengangkat air dari perigi ke dapur.

Menyatakan masa
a. Keadaannya semakin tenat dari sehari ke sehari.
b. Kami menunggu dari pukul 8.00 pagi.
c. Hidupnya miskin dan melarat dari kecil lagi.
d. Pukul berapa awak bertolak dari rumah?
e. Dia pergi dari pagi hingga ke malam.
f. Mereka belajar dari pukul lapan hingga pukul sepuluh.

Menyatakan arah
a. Bola itu ditendang dari penjuru padang.
b. Suruhan mikropemproses yang berkaitan dengan kawalan pergerakan perkataan data dari suatu kedudukan ke kedudukan lain. Ini termasuk pergerakan dari suatu ingatan ke ingatan lain, pergerakan dari suatu daftar ke suatu ingatan, proses menindan, dan pengendalian, iaitu yang mengerakkan data.
c. Tindakan memindahkan objek dari satu titik koordinat paparan grafik ke titik koordinat yang lain.
d. Tindakan memindahkan data dari satu kedudukan ke kedudukan lain.

2 : Daripada : Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.

contoh;
1. Surat itu saya terima daripada Yatie.
2. Pensel ini lebih panjang daripada pensel itu.
3. Ukiran itu diperbuat daripada perak.
4. Kami memperoleh manfaat daripada
5. Yang dikatakannya berbeza daripada yang diamalkan.
6. Kumpulan perompak senjata api itu terdiri daripada enam belas orang anggota.

Kata sendi daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan perkara berikut :

a) Menyatakan punca bagi manusia, institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad.

Contoh:
i.Ali menerima sepucuk surat daripada ibunya yang kini sedang menunaikan fardu haji.
ii.Ahmad dapat menyelesaikan masalah itu hasil daripada ketabahannya menghadapi dugaan.

b) Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda.

i.Kain yang dipakai oleh Puan Mariam diperbuat daripada sutera.
ii.Raja menerima berita kemenangannya dalam pertandingan melukis daripada berita yang disiarkan melalui televisyen.

c) Menyatakan sebahagian daripada semua. Contoh :

i.Enam orang daripada mereka mati disambar petir.
ii.Sebahagian daripada pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing.

d) Menyatakan perubahan , perbezaan atau perbandingan contoh :

i.Adik lebih tinggi daripada abang
ii.Pendapatan yang dikemukakan jauh lebih matang daripada usianya yang sebenar.

e) Kata sendi nama daripada boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja dan kata adjektif atau frasa adjektif apabila digunakan untuk menyatakan perbezaan atau perbandingan. Contohnya :

i.Lebih baik menjawab soalan daripada tidak menjawab langsung.
ii.Daripada duduk sahaja di rumah lebih baiklah beramal ibadat, membersihkan kawasan masjid dan lain-lain.

Sumber rujukan :
Encik Mohd Sa'ad
Tatabahasa Dewan

http://adf.ly/1okqV