Monday, February 06, 2012

Teknik Menjawab Rumusan Bahagian Perenggan Kesimpulan

1. Kesimpulan hendaklah “SATU AYAT” sahaja yang terdiri daripada “DUA UNSUR”.

a). Unsur pertama ialah cadangan anda iaitu apa/siapa yang patut melakukan sesuatu.

b). Unsur kedua ialah mengapa cadangan itu patut dilaksanakan/kesan daripada cadangan itu.

Contoh:

Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengelakkan keracunan makanan (unsur pertama) agar keselamatan awam terjamin. (unsur kedua).

Kata kunci penulisan kesimpulan rumusan

Pihak yang terlibat (sesuai dengan tema 1 isi tersurat)+ tindakan pihak tersebut + kata hubungan agar/supaya + harapan hasil tindakan tersebut

2. Namun begitu, satu ayat itu harus mempunyai EMPAT perkara di dalamnya iaitu:

Pihak + Tindakan + Kata Hubung + Alasan

Pihak -
Siapa yang bertanggungjawab @ siapa yang boleh lakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah dalam petikan

Tindakan -
Nyatakan bahawa pihak di atas harus mengatasi masalah yang menjadi isu dalam petikan

Kata Hubung - Supaya @ agar

Alasan - Berikan justifikasi atau kesan mengambil tindakan tersebut

Contoh 1
Petikan berkaitan pembalakan yang keterlaluan

Pihak - Kerajaan
Tindakan - Harus mengurangkan pembalakan
Kata Hubung - Agar
Alasan - Memelihara alam semula jadi

Penutup Lengkap
Kesimpulannya, kerajaan harus mengurangkan pembalakan agar alam semula jadi kita terpelihara.

Contoh 2
Petikan berkaitan masalah disiplin di sekolah

Pihak - Pihak sekolah
Tindakan - Harus mengawal disiplin pelajar
Kata Hubung - Agar
Alasan - Dapat melahirkan generasi yang berakhlak mulia

Penutup Lengkap
Kesimpulannya, pihak sekolah harus mengawal masalah disiplin dalam kalangan pelajar agar dapat melahirkan satu generasi yang berakhlak mulia.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment