Tuesday, February 07, 2012

ISTILAH KOMSAS

1. Aliterasi –

pengulangan bunyi atau huruf konsonan dalam baris-baris puisi dan prosa
- selalunya huruf m , k , n , t dan kadang-kadang p

2. amanat / pengajaran / mesej –
perutusan yang ingin disampaikan kepada orang ramai / pembaca oleh pengarang

3. anapora –
pengulangan sesuatu kata atau frasa pada permulaan ayat ( dalam puisi atau prosa )

4. antagonis –
watak jahat atau watak terlalu kuat yang menentang watak utama

5. antologi –
kumpulan karya prosa atau sajak atau kedua-daunya yang dihasilkan oleh seseorang atau sekumpulan penulisa dan yang telah dibukkan

6. asonsansi –
pengulangan bunyi atau huruf vokal dalam barus -baris puisi dan prosa

7. babak –
bahagian dalam drama atau lakonan / adegan

8. bait –
bahagian sajak / rangkap

9. balada –
lagu atau puisi panjang yang mengisahkan cerita yang romantis atau sentimental

10. bentuk –
binaan puisi yang terdiri daripada jumlah bait atau rangkap , jumlah p[erlarataan , jumlah suku kata , bunyi rima akhir

11. cereka –
kependekan untuk cerita rekaan atau fiksyen

12. cerpen –
kependekan untuk cerita pendek

13. dialog –
pertuturan watak-watak dalam drama dan fiksyen

14. didaktik – unsur pengajaran / nasihat / pendidikan yang terkandung dalam karya-karya

15. diksi –
pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan

16. dilema –
keadaan yang menyebabkan sukarnya membuat keputusan antara dua perkara

17. dinihari –
pagi-pagi benar ( antara pukul 3 hingga 5 pagi )

18. drama –
karya yang dipersembahkan oleh pelakon yang mengandungi dialog (percakapan ) dan aksi ( gelagat / kelakuan )

19. elegi –
puisi bernada sedih atau sayu

20. epik –
puisi kepahlawanan yang menceritakan tentang pahlawan yang gagah

21. episode –
satu bahagian daripada sesebuah karya yang mengandungi beberapa peristiwa atau
persoalan

22. gaya bahasa –
corak , bentuk atau rupa sesuatu bahasa meliputi aspek kesemua penggunaan perkataan frasa dan ayat

23. genre –
jenis karya sastera seperti sajak , novel , cerpen dan lain-lain

24. hiperbola –
perbandingan yan berlebih-lebihan

25. humor –
unsur jenaka atau kelucuan yang menimbulkan rasa seronok

26. imbas kembali – peristiwa atau kejadian yang digambarkan melalui penceritaan semula

27. imbas muka –
ramalan atau jangkaan sesuatu peristiwa yang akan berlaku dalam plot

28. intonasi –
turun naik tinggi rendah nada suara

29. inverse –
pembalikan susunan kata yang menyimpang daripada susunan biasa / tatabahasa ( dibalikkan )

30. jeda –
berhenti sebentar

31. ketegangan / suspens –
keadaan tertunggu-tunggu untuk mengetahui sesuatu perkara yang akan berlaku seterusnya

32. klimaks –
bahagian dalam cerita lebih hebat genting mencemaskan dan lain-laian daripada bahagian lain dalam sesebuah cerita

33. konflik –
unsur- unsur ketegangan / pertentangan sehingga menimbulkan konflik yang memerlukan penyelsaiannya

34. latar –
menyatakan tentang masa , ruang dan suasana dalam sesebuah karya

35. mesej –
pemikiran atau pengajaran yang hendak disampaikan dalam sesebuah karya

36.
metafora – perbandingan yang menggunakan kata-kata yang lain daripada makna biasa

37. nada –
bunyi suara yang melahirkan atau membayangkan sesuatu sikap

38. nilai –
sesuatu perbuatan atau tingkah laku yang digeamari atau dibenci

39. peleraian –
penyelesaian sesebuah scerita dalam sesuatu karya sastrea

40. pemikiran –
idea yang dikelmukakan dalam sesebuah karya

41. personafikasi –
unsure yang digunakan untuk memberikan sifat manusia kepada benda yang tidak bernyawaa atau sesuatu yang abstrak

42. perwatakan –
sifat watak dalam cerita . dapat dinilai melalui gambaran oleh pengarang , aksi , dialog dan monolog watak

43. plot –
urutan atau jalinan peristiwa dalam sesebuah cerita

44. prosa –
karya novel dan cerpen

45. protagonis –
watak utama dalam cerita

46. puisi-
karangan berbentuk sajak , syarir , pantun gurindam dll

47. rangkap –
beberapa baris dalam pantun , sajak atau syair yang disatukan

48. rima –
bunyi yang sama pada huruf akhir atau kata akakhir dalam sesebuah rangkap / puisi atau sajak

49. simile –
kiasan yg menggunakan kata-kataperbandingan seperti seumpama bagai bak macam

50. sinkof –
pemendekan atau penyingkatan sesuatu kata dengan menghilangkan huruf atau suku kata( sahaja – saja , tidak – tak , hendak – nak )

Sumber rujukan : Buku analisis komsas
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment