Friday, February 03, 2012

Golden Guli Membawakan Permainan Tradisional Malaysia Ke Platform iOS



Nampaknya, lebih banyak aplikasi permainan berbentuk tradisional akan hadir dalam bentuk permainan digital untuk platform mudah-alih. Selepas Congkak Craze sebelum ini, kini hadirnya permainan baru, dinamakan sebagai Golden Guli, yang memfokuskan kepada permainan guli, dengan diberikan beberapa penambahan, dan ciri-ciri moden.

Aplikasi permainan yang dibangunkan oleh iReka Soft ini menyediakan lebih daripada 90 tahap permainan berbeza, membolehkan anda hilang bosan, dengan pelbagai tahap diperkenalkan, dengan cabaran-cabaran yang semakin sukar dari sebuah tahap ke tahap yang lain.

Melalui halaman informasi pada iTunes, ia kelihatan aplikasi tersebut akan ditawarkan secara percuma untuk seminggu, sebelum ianya mula dijual. Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin anda boleh memuat-turunya sementara percuma, dan memainkannya pada peranti iOS anda hari ini.

sumber rujukan : http://amanz.my/2012/02/golden-guli-ios/

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment