Saturday, January 28, 2012

PANDUAN DAN CADANGAN LANGKAH MENULIS RUMUSAN BAHASA MALASYIA

Dalam menulis rumusan, terdapat beberapa langkah boleh diikuti oleh pelajar. Langkah-langkah ini akan membantu pelajar untuk menulis rumusan dengan lebih sistematik. Langkah-langkah untuk menulis rumusan adalah seperti yang berikut:

Langkah 1

Pelajar-pelajar perlu membaca arahan dan soalan dengan teliti. Pastikan apakah kata kunci soalan, iaitu aspek atau perkara yang dikehendaki. Tanya diri anda dengan soalan-soalan seperti apa, mengapa, siapa, di mana, bila, dan
Bagaimana terhadap perkara yangdikemukakan.

Langkah 2

Setelah membaca arahan dan soalan, dan setelah mengetahui apa-apa yangdikehendaki, pelajar hendaklah membaca petikan sepintas lalu yang bertujuan untuk mendapatkan kesan atau untuk mengetahui kandungan isi secara keseluruhan. Berdasarkan soalan yang ditujukan kepada diri anda sendiri tadi, pelajar akan dapat menyusun isi denganmudah.

Langkah 3

Pada peringkat yang seterusnya, pelajar hendaklah membaca dengan teliti dan menandakan isi-isi yang dikehendaki, iaitu isi-isi tersurat seperti yang dikehendaki dalam soalan. Cara yang paling mudah untuk menanda isi ialah menanda kata kunci isi-isi tersurat yang terdapat dalam ayat atau perenggan. Kebiasaannya, dalam sesuatu petikan itu terdapat 5 hingga 8 isi-isi tersurat.

Langkah 4

Kemudian, pelajar hendaklah menyusun kata-kata untuk ayat pendahuluan, ayat-ayat untuk isi tersurat mengikut kepentingan, ayat untuk isi-isi tersirat, dan ayat kesimpulan.Semasa menyusun perkara-perkara di atas, aspek-aspek yang berikut perlu diambil perhatiansebelum menulis jawapan sepenuhnya dengan teliti.

(a) Ayat pendahuluan mestilah mengandungi kata kunci atau perkara yang menjawab soalan dankandungan petikan.

(b) Bilangan isi tersurat dan tersirat termasuk susunan, olahan, kesinambungan, dan sebagainya. Sebaik-baiknya, pelajar menyediakan isi-isi tersurat dan isi-isi tersirat mengikutnisbah 4 : 4, 5 : 3 atau 6 : 2.

(c) Kesimpulan, iaitu yang berupa cadangan, seruan, kesan, akibat, atau penilaian.

(d) Aspek-aspek teknikal seperti bilangan perkataan, penyusunan perenggan, tulisan, dan sebagainya.

Langkah 5:

Pada peringkat ini, pelajar perlu menyemak rumusan yang ditulis dari segi ejaan,tanda baca, bilangan perkataan, ketepatan dan bilangan isi, dan sebagainya sebelum menjawab soalan yang seterusnya.


Sumber rujukan : Abdul Ghalib Yunus
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment