Saturday, January 28, 2012

PANDUAN PENULISAN RUMUSAN BAHASA MALAYSIA

Rumusan terdiri daripada 4 bahagian yang utama, iaitu :

1. pendahuluan,
2. isi-isi tersurat,
3. isi-isi tersirat dan
4. kesimpulan,

maka pelajar perlu mengetahui cara-cara menulis dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keempat-empat perkara tersebut.


Pendahuluan

Untuk menulis pendahuluan, terdapat format tertentu yang perlu dipatuhi oleh pelajar. Format tersebut ialah pelajar dikehendaki menulis pendahuluan seperti yang di bawah ini:

(a) Petikan menyatakan ...
(b) Petikan tersebut membincangkan ...
(c) Penulis petikan tersebut memberi komen tentang ...
(d) Petikan membicarakan ...

Pendahuluan rumusan karangan ini hendaklah ditulis dalam satu ayat sahaja. Satu perkara yang perlu diingati oleh pelajar ialah jangan menyalin bulat-bulat perkara atau aspek yang dikehendaki seperti yang terdapat dalam soalan. Pelajar sepatutnya mengolah ayat sendiri dan menulis pendahuluan berdasarkan isi yang diperkatakan dalam petikan.

Isi-isi Tersurat

Untuk menulis isi-isi tersurat, pelajar dikehendaki menyusun ayat yang lengkap dan gramatis satu persatu berdasarkan kata kunci atau isi-isi yang telah ditanda atau dikenal pasti dalam petikan. Ayat-ayat hendaklah diolah dan disalin semula tanpa mengambil bulat-bulat daripada petikan. Dari segi ayat pula, para pelajar hendaklah memastikan bahawa setiap ayat terkandung isi-isi tersurat yang dikehendaki. Antara satu ayat dengan ayat yang lain pula, pelajar hendaklah menggunakan penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, oleh hal yang demikian, dan oleh itu.

Semasa menulis isi-isi tersurat, pelajar tidak dikehendaki menulis kesemua isi tersurat yang terdapat dalam petikan. Berhubung dengan perkara ini, pelajar dikehendaki menulis 4, 5, atau 6 isi tersurat sahaja. Manakala, yang selebihnya adalah untuk isi-isi tersirat. Jumlah isi tersurat dan tersirat mestilah dalam nisbah 4:4, 5:3, atau 6:2. Sebaik-baiknya, isi tersurat dan tersirat hendaklah seimbang, iaitu 4:4.

Isi-isi Tersirat

Dalam menulis rumusan, pelajar-pelajar dikehendaki menulis sebanyak 2, 3 atau 4 isi tersirat. Isi-isi tersirat yang hendak dikemukakan mestilah tidak terdapat dalam petikan. Isi-isi tersurat tersebut diperoleh melalui pengalaman, pengetahuan, pembacaan, pengaplikasian, penilaian, dan sebagainya. Isi-isi tersirat yang dikemukakan ini dapat membezakan pelajar yang baik, sederhana, dan lemah dalam rumusan karangan. Oleh hal yang demikian, sudah tentulah pelajar yang banyak membaca serta banyak pengalaman dan pengetahuan akan membantu mereka untuk menjawab soalan rumusan dengan baik dan cemerlang. Seperti isi-isi tersurat, isi-isi tersirat juga hendaklah ditulis dan diolah dengan bahasa yang baik dan lancar. Selain itu, penanda wacana yang digunakan mestilah memperlihatkan kesatuan ayat yang berkesan dan berkesinambungan antara satu isi dengan isi yang lain. Dalam hal ini, huraian hendaklah matang dan memperlihatkan penggunaan bahasa yang baik.

Kesimpulan Rumusan

Pelajar mestilah juga mempunyai kemahiran untuk menulis ayat kesimpulan atau penutup rumusan. Ayat untuk penutup ini mestilah memaparkan kebolehan pelajar untuk menyatakan kesan, langkah, usaha, dan sebagainya secara keseluruhan dengan membuat penilaian, cadangan, nasihat, dan sebagainya. Kebiasaannya, format untuk ayat penutup atau kesimpulanadalah seperti yang di bawah ini:

a) Kesimpulannya, ...
b) Oleh itu, ...
c) Sebagai kesimpulan, ...
d) Rumusannya, ...
e) Sebagai rumusan, ...

Dalam penulisan rumusan, pelajar kebiasaannya dikehendaki menulis tidak lebih daripada 120 patah perkataan. Hal ini bermakna rumusan yang terdiri daripada 120 patah perkataan dan 10 isi itu hendaklah mengandungi 10 hingga 12 patah perkataan dalam setiap ayat seperti yang digambarkan di bawah ini

Bilangan Ayat Isi Bilangan Perkataan1.

Pendahuluan 10-12

Tersurat 1 10-12.
Tersurat 2 10-12.
Tersurat 3 10-12.
Tersurat 4 10-12.
Tersurat 5 10-12.
Tersurat 6 10-12.

Tersirat 1 10-12.
Tersirat 2 10-12.

Kesimpulan 10-12

JUMLAH 100-120

Sumber : Abdul Ghalib Yunus
http://adf.ly/1okqV

PANDUAN DAN CADANGAN LANGKAH MENULIS RUMUSAN BAHASA MALASYIA

Dalam menulis rumusan, terdapat beberapa langkah boleh diikuti oleh pelajar. Langkah-langkah ini akan membantu pelajar untuk menulis rumusan dengan lebih sistematik. Langkah-langkah untuk menulis rumusan adalah seperti yang berikut:

Langkah 1

Pelajar-pelajar perlu membaca arahan dan soalan dengan teliti. Pastikan apakah kata kunci soalan, iaitu aspek atau perkara yang dikehendaki. Tanya diri anda dengan soalan-soalan seperti apa, mengapa, siapa, di mana, bila, dan
Bagaimana terhadap perkara yangdikemukakan.

Langkah 2

Setelah membaca arahan dan soalan, dan setelah mengetahui apa-apa yangdikehendaki, pelajar hendaklah membaca petikan sepintas lalu yang bertujuan untuk mendapatkan kesan atau untuk mengetahui kandungan isi secara keseluruhan. Berdasarkan soalan yang ditujukan kepada diri anda sendiri tadi, pelajar akan dapat menyusun isi denganmudah.

Langkah 3

Pada peringkat yang seterusnya, pelajar hendaklah membaca dengan teliti dan menandakan isi-isi yang dikehendaki, iaitu isi-isi tersurat seperti yang dikehendaki dalam soalan. Cara yang paling mudah untuk menanda isi ialah menanda kata kunci isi-isi tersurat yang terdapat dalam ayat atau perenggan. Kebiasaannya, dalam sesuatu petikan itu terdapat 5 hingga 8 isi-isi tersurat.

Langkah 4

Kemudian, pelajar hendaklah menyusun kata-kata untuk ayat pendahuluan, ayat-ayat untuk isi tersurat mengikut kepentingan, ayat untuk isi-isi tersirat, dan ayat kesimpulan.Semasa menyusun perkara-perkara di atas, aspek-aspek yang berikut perlu diambil perhatiansebelum menulis jawapan sepenuhnya dengan teliti.

(a) Ayat pendahuluan mestilah mengandungi kata kunci atau perkara yang menjawab soalan dankandungan petikan.

(b) Bilangan isi tersurat dan tersirat termasuk susunan, olahan, kesinambungan, dan sebagainya. Sebaik-baiknya, pelajar menyediakan isi-isi tersurat dan isi-isi tersirat mengikutnisbah 4 : 4, 5 : 3 atau 6 : 2.

(c) Kesimpulan, iaitu yang berupa cadangan, seruan, kesan, akibat, atau penilaian.

(d) Aspek-aspek teknikal seperti bilangan perkataan, penyusunan perenggan, tulisan, dan sebagainya.

Langkah 5:

Pada peringkat ini, pelajar perlu menyemak rumusan yang ditulis dari segi ejaan,tanda baca, bilangan perkataan, ketepatan dan bilangan isi, dan sebagainya sebelum menjawab soalan yang seterusnya.


Sumber rujukan : Abdul Ghalib Yunus
http://adf.ly/1okqV

PANDUAN PENULISAN PENUTUP KARANGAN BAHASA MALAYSIA

1. Kesimpulan mestilah lembut tetapi berkesan
2. Jangan mengulangi isi-isi yang telah dikemukakan
3. Gunakan penanda wacana yang sesuai

Contoh :

(i) Kesimpulanya, kita perlulah berhati-hati apabila menerima kedatangan pekerja asing kerana pelbagai masalah sosial yang dibawa oleh mereka. Mereka seharusnya ditapis sebelum diterima bekerja di sini.

(ii) Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menjadi pengguna yang bijak dan bergabung tenaga untuk membanteras inflasi. Ini sejajar dengan wawasan Perdana Menteri kita yang berkeyakinan bahawa inflasi di Malaysia boleh mencapai nilai 0%.

(iii) Jelaslah kepada kita bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting dalam usaha membantu kerajaan membendung masalah inflasi merupakan masalah kita bersama. Masalah inflasi tidak akan menjadi gawat dan membimbangkan sekiranya semua pihak mempunyai kesedaran.

(iv) Natijahnya, sektor perindustrian bukan sahaja mendorong pertumbuhan ekonomi Negara malah mengembleng tenaga belia ke arah penerokaan suatu bidang baru . Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung pelbagai masalah negatif dalam sektor ini untuk menjamin keutuhan dan kejayaan sektor perindustrian di Malaysia.

(v) Pada keseluruhannya, lawatan sambil belajar itu sungguh berjaya. Menurut beberapa orang ahli yang ditemu ramah, mereka sedar bahawa kegiataan penubaan ikan merupakan satu cara yang tidak bermoral. Sebaliknya , penternakan ikan di dalam sangkar perlu digalakkan bagimendapatkan hasil yang lumayan di samping dapat mengelakkan keracunan dan pencemaransungai

http://adf.ly/1okqV

Thursday, January 26, 2012

PANDUAN PENULISAN PERENGGAN KARANGAN BAHASA MALAYSIA

Jenis-jenis perenggan:

perenggan deduktif
perenggan induktif
perenggan gabungan induktif dan deduktif

PERENGGAN DEDUKTIF
isi penting huraian isi contoh-contoh

Contoh soalan :
Laporan tentang punca-punca pelajar kurang berminat menggunakan perpustakaan sekolah.

PENDAHULUAN
Punca pertama, walaupaun pihak perpustakaan telah cuba sedaya upaya mendapatkan buku-buku untuk kegunaan pelajar, tetapi kebanyakan buku yang disediakan sudah terlalu lama. Isi buku-buku tersebut sudah ketinggalan zaman dan tidak dapat memenuhi keperluan pelajar. lagipun terdapat banyak buku yang mengalami kerosakkan . Contohnya ,masih tedapat buku-buku yang diterbitkab pada tahun 60-an dan 70-an. Isi Buku yang disediakansudah terlalu lama Huraian Isi buku-buku tersebut sudah ketinggalan zaman dan tidak dapat memenuhi keperluan pelajar. Lagipun tedapat banyak buku yang mengalami kerosakkan Contoh-Contohnya, masih terdapat buku-buku yang diterbitkan pada tahun 60-an dan 70-an.

PERENGGAN INDUKTIF
huraian isi contoh-contoh isi penting

Contoh soalan :
Sebab-sebab berlakunya kemalangan jalan raya.

PENDAHULUAN
Selekoh yang tajam , jalan berlopak, cahaya lampu, cahaya matahari, dan hujan juga merupakan punca terjadinya kemalangan jalan raya . Misalnya, jalan menuju ke Genting Highland mempunyai banyak selekoh yang tajam dan berbahaya kepada pengguna jalan tersebut. Jelaslah kepada kita bahawa faktor alam dan keadaan jalan raya itu sendiri juga merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara ini. Huraian Selekoh yang tajam , jalan belopak, cahaya lampu, cahaya matahari,dan hujan juga merupakan punca terjadinya kemalangan jalan raya. Contoh Misalnya, jalan menuju ke Genting Highlands Isi Jelaslah kepada kita bahawa faktor alam dan keadaan jalan raya itu sendiri juga merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara ini.

PERENGGAN GABUNGAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF
isi penting huraian isi contoh-contoh isi penting

Contoh Soalan:
Mengatasi masalah inflasi. Akhirnya, usaha yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan dalam menangani masalah ini ialah melalui kempen.

PENDAHULUAN
Kempen yang dijalankan secara bersungguh-sungguh serta mendapat sokongan daripada semua pihak sudah tentu akan memberi kesan dan kesedaran yang positif kepada para pengguna. Misalnya , dengan menghidupkan semula laungan, "Belilah Barangan Buatan Malaysia". Oleh itu, kempen -kempen yang terancang hendaklah dilaksanakan dengan kadar yang segera agar pengguna dapat disedarkan daripada lena yang panjang. Isi Akhirnya, usaha yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan dalam menangani masalah ini ialah melalui kempen. Huraian Kempen yang dijalankan secara bersungguh-sungguh serta mendapat sokongan daripada semua pihak sudah tentu akan memberi kesan dan kesedaran yang positif kepada para pengguna. Contoh misalnya , dengan menghidupkan semula laungan, "Belilah Barangan Buatan Malaysia". Isi Oleh itu, kempen-kempen yang terancang hendaklah dilaksanakan dengan kadar yang segera agar pengguna dapat disedarkan daripada lena yang panjang.


http://adf.ly/1okqV

JENIS-JENIS PENULISAN PENDAHULUAN KARANGAN BAHASA MALAYSIA

Jenis-jenis pendahuluan :

pendahuluan jenis definisi
pendahuluan jenis pendapat
pendahuluan jenis suasana
pendahuluan jenis persoalan
pendahuluan jenis peribahasa

PENDAHULUAN JENIS DEFINISI
memberikan takrif • makna • definisi

Contoh :

Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan.Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurutkajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius darisemasa ke semasa.

PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT
menyatakan pendapat seseorang tokoh

Contoh :

Menurut Y.A.B Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpuncadaripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikansama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi dalam masa yangsama meneruskan pembangunan.

PENDAHULUAN JENIS SUASANA
menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.

Contoh :

Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok denganperlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abangyang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak matakusempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.

PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN
mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk

Contoh :

Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka.Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkanseseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang ituboleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhikecemerlangan ?

PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA
memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.

Contoh :

Peribahasa Melayu ' ringan sama dijinjing, berat sama dipikul' dan 'seperti aur dengantebing ' amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanyamengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuahkomuniti.

http://adf.ly/1okqV

Monday, January 16, 2012

Pemarkahan skrip jawapan pelajar (Rumusan dan Karangan berpandu)

Salam 1Malaysia.

Saya menawarkan khidmat memeriksa skrip jawapan pelajar bagi mata pelajaran bahasa Melayu bahagian penulisan rumusan dan karangan berpandu.

Kriteria yang digunakan dalam pemarkahan jawapan esei berkaitan rapat dengan tujuan dan tugasan soalan. Kriteria ini terbahagi kepada tiga seperti yang berikut.

i) Kriteria kandungan yang merujuk kepada penguasaanmaklumat dan fakta yang berkaitan mengikut kehendak soalan.

ii)Kriteria pengolahan yang merujuk kepada kemahiran menghuraikan maklumat, fakta dan idea secara logik dan matang serta penggunaan bahasa yang tepat.

iii)Kriteria proses yang merujuk kepada aspek ketepatan, kemunasabahan,kelengkapan, ketekalan, keaslian, dan kreativiti dalam teknik penulisan.

Sekira anda berminat untuk mendapatkan khidmat saya. Anda boleh emailkan kerja anda kepada saya abdrahmanlo@yahoo.com.sg atau hubungi saya di nombor telefon 0178901736 / 089 764101 (H).

Sehubungan dengan perkara di atas saya mohon sumbangan ikhlas anda untuk memudahkan pengurusan bagi pihak saya. Sumbangan ini bertujuan untuk pembelian dakwat printer. Dakwat printer saya gunakan untuk print hasil tugasan anda untuk disemak oleh saya kemudian hasil kerja anda yang telah saya semak akan saya scan semula untuk dihantar kepada anda semula. Sekiranya ada perkara yang menimbulkan kemuskilan anda boleh hubungi saya, saya sentiasa membantu anda. Ini cadangan sumbangan ikhlas anda rumusan RM 3.00 dan karangan berpandu RM 4.00

http://adf.ly/1okqV