RUANG SEMBANG

Latihan interatif

Panduan Penulisan Rumusan Bahasa Melayu SPM

Thursday, October 27, 2011

TIPS MENDEKATI SOALAN EJAAN

Kesilapan ejaan yang sering dilakukan oleh pengguna bahasa dapat dikelompokkan dalam TUJUH kategori. Pastikan anda tidak melakukan kesalahan yang sama. Berikut merupakan contoh kesilapan ejaan yang biasa dilakukan oleh pelajar.

A. Mengeja Kata-Kata Pinjaman Daripada bahasa Inggeris

SALAH / BETUL
Lanskap / Landskap
Injin / Enjin
Akitek / Arkitek
Otomatik / Automatik
Impot / Import
Paspot / Pasport
Minima / Minimum

B. Mengeja Kata-kata Pinjaman Yang Tidak Tertakluk Kepada Sistem Ejaan Baru

SALAH / BETUL
Calun / Calon
Tulin / Tulen
Perabut / Perabot
Siksa / Seksa
Atlit / Atlet
Anih / Aneh

C. Mengeja Kata-kata Yang Masih Kuat Pengaruh Ejaan Lamanya

SALAH / BETUL
Samada / Sama ada
Istirehat / Istirahat
Ugama / Agama
Cop / Cap
Catit / Catat

D. Pengejaan Kata Yang Menggunakan Imbuhan Peng-/Meng-
(Pelajar sering menggugurkan satu “g”. Hal ini terjadi bagi kata-kata dasar yang bermula dengan “g”))

SALAH / BETUL
Menganas /Penganas / Mengganas/Pengganas
Mengari / Menggari
Mengaru / Menggaru
Mengaul / Menggaul

E. Pengejaan Kata Yang Berakhir Dengan Imbuhan –kan
(Pelajar sering gugurkan satu “k”. Hal ini terjadi bagi kata-kata dasar yang berakhir dengan huruf “k”

SALAH / BETUL
Menggalakan / Menggalakkan
Meletakan / Meletakkan
Menegakan / Menegakkan
Merosakan / Merosakkan

F. Pengejaan Kata Yang Berakhir Dengan Imbuhan -an
(Pelajar sering menambahkan satu lagi “k” bagi kata-kata dasar yang berakhir dengan “k”)

SALAH / BETUL
Kedudukkan / Kedudukan
Keunikkan / Keunikan
Kerosakkan / Kerosakan
Galakkan / Galakan

G. Memisahkan kata majmuk yang sepatutnya disatukan

SALAH / BETUL
Warga negara / Warganegara
Bumi putera / Bumiputera
Setia usaha / Setiausaha
Tanda tangan / Tandatangan

H. Mencantumkan kata majmuk yang sepatutnya dipisahkan

SALAH / BETUL
Keretapi / Kereta api
Pasaraya / Pasar raya
Suratkhabar / Surat khabar
Ibubapa / Ibu bapa

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
http://adf.ly/1okqV

HUKUM-HUKUM TATABAHASA POPULAR

Bagi menjawab soalan pada bahagian ini, anda perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang pelbagai hukum tatabahasa. Sebenarnya hukum-hukum ini bukan sahaja penting bagi menjawab soalan tatabahasa tetapi juga bagi menjawab kesemua soalan lain dalam subjek Bahasa Melayu.

Berikut merupakan beberapa hukum tatabahasa yang sering diuji dalam bahagian ini.

---------------------------------------------------------------------------

1. Dua unsur jamak (plural) tidak boleh hadir dalam frasa yang sama.

Contoh
Semua guru-guru dijemput ………. (Salah)
Semua guru dijemput ………. (Betul)
Sebahagian pelajar-pelajar di sekolah itu …. (Salah)
Sebahagian pelajar di sekolah itu …. (Betul)

------------------------------------------------------------------------------

2. Penggunaan kata pemeri (ialah/adalah)

“Ialah” hanya boleh mendahului kata nama atau objek

Contoh
…….. ialah guru (Betul)
…...... ialah rumah (Betul)
…….. ialah masalah (Betul)
…….. adalah guru (Salah)
…...... adalah rumah (Salah)
…….. adalah masalah (Salah)

“Adalah” pula digunakan dalam dua situasi iaitu

----------------------------------------------------------------------------

i. di hadapan kata hubung/sendi

Contoh
….. adalah untuk
….. adalah kerana
….. adalah seperti

ii. di hadapan kata adjektif

Contoh
…… adalah cantik
…… adalah besar
…… adalah pandai

----------------------------------------------------------------------------

3. Penggunaan antara / di antara

“Antara” digunakan bagi menunjukkan hubungan manakala “di antara” digunakan bagi menunjukkan lokasi.

Contoh - Hubungan

Kasih sayang di antara ibu dengan anak itu mengharukan kami. (Salah)
Kasih sayang antara ibu dengan anak itu mengharukan kami. (Betul)
Permusuhan di antara kedua-dua buah negara itu berakhir dengan perjanjian tersebut. (Salah)
Permusuhan antara kedua-dua buah negara itu berakhir dengan perjanjian tersebut.(Betul)

Contoh – Lokasi
Ipoh terletak antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. (Salah)
Ipoh terletak di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang (Betul)
Ismail duduk antara Kumar dan Swee Lan. (Salah)
Ismail duduk di antara Kumar dan SweeLan. (Betul)

----------------------------------------------------------------------

4. Penggunaan Sendi Nama (Dari/Daripada)

“Dari” digunakan untuk tiga situasi:

a. Masa
Contoh
Dia menebang pokok itu dari pagi hingga tengah hari.

b. Tempat
Contoh
Pemuda itu datang dari Johor.

c. Arah
Contoh
Batu itu jatuh dari atas bumbung.

----------------------------------------------------------------------

Sementara itu, “daripada” pula digunakan untuk dua situasi:

a. Perbandingan
Contoh
Meja ini lebih besar daripada meja itu.

b. Sumber
Kerusi ini diperbuat daripada kayu jati.

---------------------------------------------------------------------

5. Penggunaan Sendi Nama (di / pada)

“Di” menunjukkan tempat/lokasi manakala “pada” menunjukkan masa atau pemilikan.

Contoh
Di pagi yang mulia ini…. (Salah)
Pada pagi yang mulia ini … (Betul)
Mereka berhenti pada tempat itu. (Salah)
Mereka berhenti di tempat itu. (Betul)
Buku itu ada di guru. (Salah)
Buku itu ada pada guru. (Betul)

----------------------------------------------------------------------

6. Penggunaan Kata Penguat (sungguh, amat, sangat, paling, ter-, sekali dll)

Dua kata penguat boleh hadir dalam ayat yang sama:

Contoh
Buku itu sungguh cantik sekali. (Betul)
Budak itu amat pandai sekali, (Betul)

Namun begitu, hal yang sama tidak boleh dilakukan untuk kata penguat “Paling” dan “Ter-“. Hal ini disebabkan paling dan termerupakan kata penguat darjah penghabisan. Oleh itu kedua-dua kata penguat ini tidak boleh diikuti dengan kata penguat belakang.

Contoh
Baju itu paling cantik sekali. (Salah)
Baju itu paling cantik. (Betul)
Budak itu terpandai sekali. (Salah)
Budak itu terpandai. Betul)

-------------------------------------------------------------------------------

7. Dua kata sendi nama atau dua kata hubung tidak boleh hadir dalam frasa yang sama

Contoh
Demi untuk mencapai hasratnya , dia telah …….. (Salah)
Demi mencapai hasratnya, dia telah ………… (Betul)
Selain daripada belajar muzik, dia juga ….. (Salah)
Selain belajar muzik, dia juga ………… (Betul)

-------------------------------------------------------------------------------

8. Penggunaan Kata Sengkang (-)

Terdapat lima situasi yang melibatkan penggunaan kata sengkang

a. Kata ganda

Contoh
Kanak-kanak
Gula-gula
Huru-hara

b. Tahun yang ditulis dengan angka

Contoh
Lagu-lagu P. Ramlee amat terkenal pada ahun 60-an.

c. Kedudukan yang ditulis dengan angka

Contoh
Dia mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan itu.

d. “Tuhan” yang ditulis dengan kata ganti nama “Nya”

Contoh
Ayah berdoa kepada-Nya agar mengampunkan segala dosanya

e. Imbuhan pinjaman (pro-, anti-,uni-, pra-, ko-, sub- dll) yang diikuti dengan kata nama khas.

Contoh
Pro-Amerika
Anti-Israel

-----------------------------------------------------------------------------

9. Kata sendi “akan” mesti diletakkan di antara kata adjektif yang menunjukkan perasaan dan objek.

Contoh
Dia suka durian . (Salah)
Dia suka akan durian. (Betul)
Ayah amat sayang anak-anaknya. (Salah)
Ayah amat sayang akan anak-anaknya. (Betul)

----------------------------------------------------------------------------

10. Sekiranya kata adjektif dalam ayat telah digandakan, maka kata nama yang diterangkan tidak perlu digandakan.

Contoh
Buku-buku di perpustakaan itu tebal-tebal. (Salah)
Buku di perpustakaan itu tebal-tebal (Betul)
Pelajar-pelajar di kelas itu pandai-pandai semuanya. (Salah)
Pelajar di kelas itu pandai-pandai semuanya. (Betul)

----------------------------------------------------------------------------

11. Kata adjektif tidak boleh menerima imbuhan 2+1 (memper – kan atau diper –kan).

Contoh
Mempercantikkan (Salah)
Diperluaskan (Salah)
Memperindahkan (Salah)
Memperluaskan (Salah)

Kata adjektif hanya boleh menerima imbuhan apitan biasa (me-kan, di-kan dll), imbuhan gabungan di hadapan (memper-, diper-) atau imbuhan hadapan atau imbuhan belakang.

Contoh:
Memperluas (Betul)
Meluas (Betul)
Luaskan (Betul)
Meluaskan (Betul)
Diluaskan (Betul)

-----------------------------------------------------------------------------

12. Ayat dengan kata ganti nama diri pertama (saya, aku, hamba, beta, kami dll) tidak boleh dipasifkan dengan menukarkan imbuhan pada kata kerjanya menjadi imbuhan di-kan

Contoh.
Saya menyiram pokok. – Ayat Aktif
Sekiranya dipasifkan, ayat ini harus ditulis seperti ini:
Pokok saya siram. – Ayat Pasif
dan bukannya:
Pokok disiram oleh saya. (Salah)

Perhatikan satu lagi contoh
Kami menebang pokok kelapa di hadapan rumah. - Ayat aktif
Jika dipasifkan, ayat itu harus ditulis seperti ini:
Pokok kelapa di hadapan rumah kami tebang - Ayat Pasif
dan bukannya
Pokok kelapa di hadapan rumah ditebang oleh kami. (Salah)

---------------------------------------------------------------------------

13. Semua kata majmuk atau frasa yang ditulis terpisah akan menjadi satu perkataan apabila diberikan imbuhan apitan.

Contoh
Putar belit + imbuhan apitan (me-kan) memutarbelitkan
Salah tafsir + imbuhan apitan (di-kan) disalahtafsirkan
Surat khabar + imbuhan apitan (per-an) persuratkhabaran

---------------------------------------------------------------------------

14. Kata nama yang mengikuti kata bilangan pisahan (setiap, tiap-tiap) tidak perlu diberikan penjodoh bilangan.

Contoh
Tiap-tiap buah rumah. (Salah)
Tiap-tiap rumah. (Betul)
Setiap orang pelajar. (Salah)
Setiap pelajar. (Betul)

---------------------------------------------------------------------------

15. Penggunaan Imbuhan

Kata kerja dengan imbuhan apitan me-kan harus diikuti objek dan bukannya manusia.

Contoh
Ayah menghadiahkan adik sebuah basikal. (Salah)
Ayah menghadiahkan basikal kepada adik. (Betul)
Hakim menjatuhkan pesalah itu hukuman gantung. (Salah)
Hakim menjatuhkan hukuman gantung kepada pesalah itu. (Betul)

Kata kerja dengan imbuhan apitan me – i harus diikuti orang dan bukannya objek.

Contoh
Ayah menghadiahi basikal kepada adik. (Salah)
Ayah menghadiahi adik basikal. (Betul)
Hakim menjatuhi hukuman gantung kepada pesalah itu. (Salah)
Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman gantung. (Betul)

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah Bahasa Melayu SPM 2011

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang berkaitan dengan persoalan keberanian.

CADANGAN JAWAPAN Novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

*Keberanian menempuh dugaan - Kamarudin berani mengharungi hutan belantara demi mencari anaknya, Faridah setelah pihak berkuasa menghentikan operasi mencari.

*Keberanian mencuba sesuatu yang baharu - Azrul nekad menceburi bidang pertanian dan penternakan setelah menamatkan pengajian di universiti


Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan Bahasa Melayu SPM 2011

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang berkaitan dengan persoalan keberanian.

CADANGAN JAWAPAN Novel Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

*Keberanian mengubah keadaan - Adila berani mendekati Bujei untuk mengubah keadaan dan pemikiran Bujei yang dianggap dungu dan kurang siuman oleh penduduk kampung.

*Keberanian menyahut cabaran - Bujei berani bernyanyi di atas pentas dalam majlis perkahwinan Same'ah setelah diminta oleh seseorang.

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Interlok karya Abdullah Hussain Bahasa Melayu SPM 2011

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang berkaitan dengan persoalan keberanian.

CADANGAN JAWAPAN Novel Interlok karya Abdullah Hussain

*Keberanian menghadapi cabaran - Seman berani membawa ibunya, Mak Limah keluar dari kampung mereka meskipun tidak mempunyai arah tuju setelah dihalau oleh Cing Huat

*Keberanian menentang musuh - Lazim sanggup dipenjarakan kerana berani berjuang untuk membebaskan tanah airnya daripada penjajah Jepun dan inggeris

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir Bahasa Melayu SPM 2011

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang berkaitan dengan persoalan keberanian.

CADANGAN JAWAPAN Novel Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

*Keberanian mengakui kesalahan - Amira mengaku kepada Jacinta bahawa dia membaca mesej pada telefon bimbit Jacinta tanpa pengetahuan rakannya itu

*Keberanian menghadapi cabaran - Itai dan Pak bas sanggup berhadapan dengan makhluk berbulu yang marah kerana mereka ingin membawa Malique dari gua

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah Bahasa Melayu SPM 2011

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang berkaitan dengan persoalan keberanian.

CADANGAN JAWAPAN Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

*Keberanian mengemukakan idea - Fuad menyarankan Farhana membentangkan cadangan program English Personal Guidance dalam mesyuarat yang akan dihadiri oleh Farhana

*Keberanian menghadapi cabaran - Fuad berani meneruskan usahanya untuk mencari ibu kandungnya meskipun tidak mengetahui tempat tinggal ibunya

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Renyah karya Gunawan Mahmood Bahasa Melayu SPM 2011

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang berkaitan dengan persoalan keberanian.

CADANGAN JAWAPAN Novel Renyah karya Gunawan Mahmood

*Keberanian mengemukakan sesuatu pembaharuan - Wahi mengemukakan kertas cadangan untuk melaksanakan Kawalan Mutu Menyeluruh (KMM) di Dolhi-Albert Holding, seperti yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat di Jepun kepada Datuk Dolhi

*Keberanian mengakui kesalahan dan mendedahkan kebenaran - Hasnol menyerah diri kepada pihak berkuasa di lapangan terbang atas kesalahannya melakukan rasuah sekembalinya dari London dan akan berterus terang tentang penglibatan Tengku Munir dalam kes itu supaya Tengku Munir dihadapkan ke muka pengadilan

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel PAPA..(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof Bahasa Melayu SPM 2011

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang berkaitan dengan persoalan keberanian.

CADANGAN JAWAPAN Novel PAPA..(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof

*Keberanian mengingkari kata-kata ibu bapa - Julia tetap keluar dengan Rasylan secara sembunyi¬sembunyi walaupun dia dilarang oleh papanya daripada berkawan rapat dengan Rasylan.

*Keberanian menyatakan pendapat - Julia menentang hasrat papanya untuk berkahwin dengan Aisyah kerana menganggap papanya tidak menyayangi mamanya lagi

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Azfa Hanani Karya Halis Azhan Mohd Hanafiah Bahasa Melayu SPM 2011

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang berkaitan dengan persoalan keberanian.

CADANGAN JAWAPAN Novel Azfa Hanani Karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

* Keberanian menyamar - Hanani berani menyamar sebagai Tengku Murni di hadapan keluarga Tengku Murni, terutama di hadapan ibu Tengku Murni, iaitu Datin Maziah - hal ini demikian kerana anak dan menantu Datin Maziah meminta Hanani berbuat demikian untuk mengubati kemurungan Datin Maziah setelah kematian Tengku Murni

* Keberanian menegur kesilapan dan menyatakan pendapat - Hanani menyatakan pendapatnya bahawa Tengku Muzaffar tidak patut menghalang persahabatannya dengan Ekran semata-mata kerana darjat, tambahan pula dia bukan adik Tengku Muzaffar

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Wednesday, October 26, 2011

CAKAP AJUK / CAKAP PINDAH

Cakap ajuk merujuk kepada perbualan atau dialog yang dituturkan oleh manusia. Oleh itu cakap ajuk harus ditulis dalam pembuka dan penutup kata (“…..”). Sementara itu, cakap pindah pula merupakan bentuk bahasa yang wujud apabila kita menyampaikan semula maklumat yang dituturkan itu kepada orang ketiga.

Contoh:
1. “Nama saya Ali,” kata budak itu. - Cakap ajuk
2. Budak itu berkata bahawa namanya Ali. – Cakap pindah

1. “Hantar buku kamu sekarang juga,” kata cikgu kepada pelajar itu. – Cakap ajuk
2. Guru menyuruh budak itu menghantar bukunya pada waktu itu juga. – Cakap pindah

Petua Menukarkan Cakap Ajuk

a. Tukarkan semua kata ganti nama diri pertama (saya, aku, hamba, beta, kami, kita dll) dan kata ganti nama diri kedua ( awak, kamu, anda, engkau, saudara, tuan dll) menjadi kata ganti nama diri ketiga (dia, beliau, mereka, -nya, nama orang)

Contoh.:
“Saya akan menunggu awak di tepi jambatan,” kata Ali kepada Kassim.

Cakap pindah:
Ali memberitahu Kassim bahawa dia akan menunggunya di tepi jambatan.

b. Berikan imbuhan kepada semua kata dasar.

Contoh:
“Angkat peti ini dan letak di bilik saya, “ kata Encik Halim kepada pekerjanya.

Cakap pindah:
Encik Halim menyuruh pekerjanya mengangkat peti itu dan meletakkannya di biliknya.

c. Tukarkan semua singkatan menjadi kata lengkap

Contoh:
“Saya tak nak makan . Saya dah makan di kedai tadi,” kata Amin kepada ibunya.

Cakap pindah:
Amin memberitahu ibunya bahawa dia tidak mahu makan kerana sudah makan di kedai.

d. Gugurkan semua Kata Tanya (berapa, bila, mengapa dll) dan gantikan dengan frasa tanpa Kata Tanya.

Contoh:
1. “Bagaimana awak buat kek ini?” Tanya kakak kepada rakannya.

Cakap pindah:
1. Kakak menanyakan cara membuat kek itu kepada rakannya.

Contoh:
2. “Kenapa kamu lambat Ali?” Tanya cikgu.

Cakap pindah:
2. Cikgu menanyakan sebab kelambatan Ali.

d. Gugurkan semua Kata Tanya (berapa, bila, mengapa dll) dan gantikan dengan frasa tanpa Kata Tanya.

Contoh:
“Bagaimana awak buat kek ini?” Tanya kakak kepada rakannya.

Cakap pindah:
Kakak menanyakan cara membuat kek itu kepada rakannya.

Contoh:
“Kenapa kamu lambat Ali?” Tanya cikgu.

Cakap pindah:
Cikgu menanyakan sebab kelambatan Ali.]

e. Tukarkan kata tunjuk ini menjadi kata tunjuk jauh itu atau tersebut.

Contoh:
“Saya suka baju ini bu,” kata adik.

Cakap pindah:
Adik memberitahu ibu bahawa dia suka akan baju tersebut/itu.

f. Tukarkan kata arah sini menjadi situ atau di tempat itu.

Contoh:
“Di sinilah saya menuntut ilmu semasa muda dahulu,” kata ayah.

Cakap pindah:
Ayah berkata bahawa di tempat itulah beliau menuntut ilmu semasa muda.

g. Tukarkan semua kata lisan/bahasa pasar menjadi kata/frasa formal

Cakap Ajuk / Cakap Pindah

Tak bagi / Tidak membenarkan
Tak mahu / Enggan
Kaca u / Ganggu
Masuk campur / Melibatkan diri
Bukan hal aku / Bukan urusannya

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
http://adf.ly/1okqV

AYAT BIASA/ SONGSANG

Pada dasarnya ayat akan ditulis dengan susunan subjek di hadapan dan predikat di belakang. Ini dikenali sebagai ayat bersusunan biasa. Namun begitu ada masanya susunan ini boleh diterbalikkan atau disongsangkan. Ayat-ayat sedemikian dikenali sebagai ayat
bersusunan songsang.

Contoh:

1. Mereka bersalam-salaman sebelum berpisah. - Susunan biasa
1. Bersalam-salaman mereka sebelum berpisah - Susunan songsang

2. Kakak menyanyi-nyanyi sementara menunggu gulai itu masak. – Susunan biasa
2. Menyanyi-nyanyi kakak sementara menunggu gulai itu masak. – Susunan songsang
2. Sementara menunggu gulai itu masak, kakak menyanyi-nyanyi. - Susunan songsan

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

AYAT AKTIF / PASIF

Ayat aktif ialah ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif. Kebanyakan kata kerja jenis ini bermula dengan imbuhan me-, mem-, men- dan meng- dan berakhir dengan imbuhan –kan atau -i atau tidak berakhir dengan sebarang imbuhan.

Contoh ayat aktif ialah:

1. Adik memasukkan guli ke dalam lubang.
2. Kakak membantu Aminah menghias rumah barunya
3. Mereka menaiki bas untuk pergi ke sekolah.
4. Ayah menggantikan ibu untuk menjaga adik di hospital.

---------------------------------------------------------

Kesemua ayat tersebut merupakan ayat aktif. Sekiranya dipasifkan, kata kerjanya akan menjadi kata kerja pasif iaitu menerima imbuhan di- atau di – kan dan diikuti kata sendi oleh.

Perhatikan bagaimana kita mempasifkan ayat-ayat di atas:

1. Adik memasukkan guli ke dalam lubang. - Ayat aktif
1. Guli dimasukkan oleh adik ke dalam lubang. - Ayat pasif

2. Kakak membantu Aminah menghias rumah barunya. – Ayat aktif
2. Aminah dibantu oleh kakak untuk meghias rumah barunya. – Ayat pasif

3. Mereka menaiki bas untuk pergi ke sekolah. - Ayat aktif
3. Bas dinaiki oleh mereka untuk pergi ke sekolah. – Ayat pasif

4. Ayah menggantikan ibu untuk menjaga adik di hospital. – Ayat aktif
4. Ibu digantikan oleh ayah untuk menjaga adik di hospital. - Ayat pasif

-------------------------------------------------------------------

Namun begitu, teknik berkenaan tidak boleh digunakan bagi mempasifkan ayat-ayat yang melibatkan kata ganti nama diri pertama (saya, aku, hamba, beta, kami dll)

Contoh.
1. Saya membaca buku cerita itu. - Ayat aktif
2. Buku cerita itu dibaca oleh saya. - Ayat pasif - SALAH

Sepatutnya:
Buku cerita itu saya baca. – Ayat pasif - BETUL

Contoh tambahan.
1. Kami menyediakan bilik untuk mesyuarat. - Ayat aktif
2. Bilik disediakan oleh kami untuk mesyuarat. - Ayat pasif –SALAH
3. Bilik kami sediakan untuk mesyuarat - Ayat pasif - BETUL

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Ayat Majmuk

Ayat majmuk terbina melalui gabungan dua atau lebih ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung. Hal ini bermakna ayat majmuk akan mempunyai lebih daripada satu subjek dan/atau predikat.

Contoh :
Ali / pergi ke sekolah. – Ayat tunggal 1
Adiknya / masih tidur. – Ayat tunggal 2

Ali pergi ke sekolah tetapi adiknya masih tidur - Ayat majmuk

Ayat majmuk dikenali dengan nama berbeza berdasarkan jenis kata hubung yang digunakan dan kaedah ayat-ayat di dalamnya digabungkan.

Contoh :

1. Ayat Majmuk Gabungan

Ini ialah dua atau lebih ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, lalu, serta, walaupun dll.

Contoh:
Hisham dan adiknya pergi ke sekolah.
Pak Jalil tetap turun ke sawah walaupun badannya kurang sihat.

2. Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Ini ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung yang sahaja.

Contoh:
Pelajar yang baru berpindah dari Johor itu pandai bermain catur.

Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

Ini ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung bahawa dan untuk sahaja.

Contoh:
Guru menerangkan bahawa besok hari cuti.
Dia membeli hadiah itu untuk ibunya yang tercinta

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Ini merupakan ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil. Ayat kecil itu berfungsi untuk menerangkan

ayat induk.

Contoh :

Ali tidak datang ke sekolah kerana sakit. (Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Sebab)

Saya akan pergi jika tidak hujan. (Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Syarat)

Dia sakit perut setelah memakan kuih itu. (Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Waktu)

Dia tetap ke sawah walaupun sakit. (Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Pertentangan)

Kami berdoa agar dia lekas sembuh. (Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Harapan)

Ayah pergi ke pejabat dengan kereta. (Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Cara )


http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Perbandingan dua buah novel Bahasa Melayu SPM 2011

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan perasaan anda setelah selesai membaca novel tersebut dan nyatakan sebab-sebab anda berperasaan sedemikian.

CADANGAN JAWAPAN Melunas Rindu dengan Kabus di Perbukitan

Melunas Rindu

Fuad berkonflik dengan ayahnya, Robert Lim – Fuad tidak menziarahi ayahnya itu seperti yang diminta oleh Robert Lim melalui Chin – Fuad berasa kesal dan kecewa atas tindakan Robert Lim yang meninggalkan ibunya

Kabus di Perbukitan

Rahayu merindui ibunya dan kakak kembarnya, Faridah – mereka terpisah setelah ayah Rahayu dan Faridah, Kamarudin membawa Rahayu tinggal bersama-sama keluarga baharunya manakala Faridah menetap bersama-sama ibunya, Salmah

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelasakan satu contoh konflik kekeluargaan yang terdapat dalam setiap novel.

CADANGAN JAWAPAN Novel Renyah dengan Sutera dalam Lukisan

Renyah

*Datuk Dolhi berkonflik dengan Mukhlis – Datuk Dolhi enggan memberi wang kepada Mukhlis apabila diminta oleh anaknya itu – Datuk Dolhi marah kerana Muklis meminta wang daripadanya dengan alasan untuk berdakwah di India dan pada masa yang sama Mukhlis menyatakan bahawa perniagaan bapanya itu penuh dengan riba

Sutera dalam Lukisan

*Bujei berkonflik dengan Harun, bapa tirinya – Harun memukul Bujei apabila kertas yang diberi oleh Harun untuk ditandatangani oleh Bujei dirosakkan oleh Bujei secara tidak sengaja - Bujei cedera sehingga pengsan

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Perbandingan dua buah novel Bahasa Melayu SPM 2011

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelasakan satu contoh konflik kekeluargaan yang terdapat dalam setiap novel.

CADANGAN JAWAPAN Novel PAPA... (akhirnya kau tewas jua!) dengan Interlok

PAPA... (akhirnya kau tewas jua!)

•Julia berkonflik dengan papanya, Jeffri – Julia ditampar oleh papanya kerana mengeluarkan kata¬kata yang menyebabkan papanya marah berkaitar dengan hasrat papanya untuk berkahwin lagi

Interlok

•Maniam berkonflik dengan bapa mertuanya, Perumal – Perumal menyuruh Manima meninggalkan isterinya. Malini kerana Maniam tidak memberitahu Perumal bahawa dia telah berkahwin di India sebelum berkahwin dengan Malini, anak Perumal – Perumal menganggap Maniam telah menipunya

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Perbandingan dua buah novel Bahasa Melayu SPM 2011

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelasakan satu contoh konflik kekeluargaan yang terdapat dalam setiap novel.

CADANGAN JAWAPAN Novel Azfa Hanani dengan Novel Kembara Amira

Azfa Hanani

*Hanani berkonflik dengan Tengku Muzaffar dan Datuk Tengku Makmur
– Tengku Muzaffar menentang perhubungan Hanani dengan Ekran manakala Datuk Tengku Makmur tidak menerima Hanani sebagai pengganti Tengku Murni

Kembara Amira

*Tau berkonfllik dengan isterinya, Ipah
– Tau tidak membenarkan Ipah bekerja di kem orang putih kerana mendengar khabar bahawa Ipah rapat dengan Jonny tetapi Ipah bertegas hendak bekerja di sana.
– Tau marah dan kecewa apabila Ipah lari bersama-sama Jonny dengan membawa anak sulungnya, Sabi.

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah Bahasa Melayu SPM 2011

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan perasaan anda setelah selesai membaca novel tersebut dan nyatakan sebab-sebab anda berperasaan sedemikian.

CADANGAN JAWAPAN

Kabus di Perbukitan

Gembira kerana Faridah dan suaminya akhirnya mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia – Faridah dapat kembali ke tanah airnya

Berbangga Kerana Soleh dan Datuk Azrul memajukan Tanah Tinggi Lojing sebagai kawasan pelancongan tanpa mengabaikan alam sekitar

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan Bahasa Melayu SPM 2011

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan perasaan anda setelah selesai membaca novel tersebut dan nyatakan sebab-sebab anda berperasaan sedemikian.

CADANGAN JAWAPAN

Sutera dalam Lukisan

Gembira dan kagum kerana Bujei berjaya mengubah penampilan, pemikiran, dan sikapnya seperti manusia normal serta usaha Adila berhasil

Terkejut dan terharu kerana Alias pula menjadi seperti Bujei dahulu – penampilan, pemikiran, dan sikapnya seperti orang kurang siuman

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Interlok karya Abdullah Hussain Bahasa Melayu SPM 2011

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan perasaan anda setelah selesai membaca novel tersebut dan nyatakan sebab-sebab anda berperasaan sedemikian.

CADANGAN JAWAPAN

Interlok

Terkejut kerana Seman dapat berkahwin dengan Gayah kerana ayah Gayah, Mat Ranggi amat memilih menantu kerana dirinya kaya sedangkan Seman hidup miskin.

Kagum dan berbangga dengan perpaduan yang terjalin antara Seman, Lazim, Yew Seng, Cing Huat, Raman, dan lain-lain dan semangat cinta akan tanah air yang ditunjukkan oleh mereka.

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir Bahasa Melayu SPM 2011

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan perasaan anda setelah selesai membaca novel tersebut dan nyatakan sebab-sebab anda berperasaan sedemikian.

CADANGAN JAWAPAN

Kembara Amira

Kagum dan berbangga kerana Itai berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang perubatan meskipun berasal dari perkampungan orang asli

Gembira kerana Jacinta sudah berbaik-baik dengan ayahnya dan sedang membantu perniagaan bapanya dalam bidang fesyen di Paris

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah Bahasa Melayu SPM 2011

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan perasaan anda setelah selesai membaca novel tersebut dan nyatakan sebab-sebab anda berperasaan sedemikian.

CADANGAN JAWAPAN

Melunas Rindu

Kagum akan ketabahan dan kesungguhan Fuad mencari ibu kandungnya setelah mengetahui kemungkinan ibunya masih hidup

Sedih kerana Fuad tidak dapat berkahwin dengan Farhana kerana mereka adik-beradik seibu

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Renyah karya Gunawan Mahmood Bahasa Melayu SPM 2011

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan perasaan anda setelah selesai membaca novel tersebut dan nyatakan sebab-sebab anda berperasaan sedemikian.

CADANGAN JAWAPAN

Novel Renyah

Gembira kerana Wahi dilantik oleh Datuk Dolhi untuk menggantikan tempatnya dalam Dolhi - Albert Holding – perniagaan Datuk Dolhi jatuh ke tangan anaknya sendiri dan empayar perniagaannya dapat diluaskan

Gembira kerana isteri dan anak-anak Datuk Dolhi dapat menerima kehadiran Wahi dan isterinya, Yuka dalam keluarga mereka

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel PAPA..(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof Bahasa Melayu SPM 2011

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan perasaan anda setelah selesai membaca novel tersebut dan nyatakan sebab-sebab anda berperasaan sedemikian.

CADANGAN JAWAPAN

Novel PAPA... (akhimya kau tewas jua!)

Terkejut kerana mama (Intan Maliana) tiba-tiba membuka matanya setelah bertahun-tahun koma setelah melahirkan anak kembarnya.

Sedih dan terharu kerana mama (Intan Maliana) meninggal dunia sejurus mengetahui papa (Jeffri) berkahwin dengan Aisyah

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir Bahasa Melayu SPM 2011

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan perasaan anda setelah selesai membaca novel tersebut dan nyatakan sebab-sebab anda berperasaan sedemikian.

CADANGAN JAWAPAN

Novel Kembara Amira

Gembira kerana Hanani tinggal semula di banglo Datuk Tengku Makmur dan menggunakan identitinya sendiri, bukannya Tengku Murni.

Terkejut kerana Tengku Muzaffar menolong Ekran membina gerai burgernya semula dan tidak menghalang perhubungan Hanani dengan Ekran lagi.

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Perbandingan dua buah novel Bahasa Melayu SPM 2011

Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan, satu perwatakan watak utama dalam dua buah novel yang anda pelajari.

CADANGAN JAWAPAN Melunas Rindu dengan Kabus di Perbukitan

Melunas Rindu

Watak utama - Fuad

Persamaan
Taat akan ajaran agama Islam - Sering sembahyang berjemaah dan belajar membaca al-Quran daripada Pak Ismail di surau

Perbezaan
Merendah diri - tidak pernah bersikap sombong terhadap orang lain walaupun sebenamya dia mempunyai banyak wang dan memiliki ijazah dari luar negara

Kabus di Perbukitan

Watak utama - Faridah

Persamaan
Taat akan ajaran agama Islam - bangun awal pagi untuk menunaikan solat subuh - mengamalkan cara hidup Muslim sepanjang menetap di New Zealand

Perbezaan
Setia kepada suami - tidak pernah berenggang dengan suaminya, Soleh

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Perbandingan dua buah novel Bahasa Melayu SPM 2011

Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan, satu perwatakan watak utama dalam dua buah novel yang anda pelajari.

CADANGAN JAWAPAN Renyah dengan Sutera dalam Lukisan

Renyah

watak utama – Datuk Dolhi

Persamaan
Bertanggungjawab – memberikan perbelanjaan kepada Wahi sejak kecil meskipun tidak memelihara anaknya itu

Perbezaan
Berpegetahuan dan berpengalaman luas – sering menyampaikan ceramah kepada bakal-bakal usahawan

Sutera dalam Lukisan

watak utama - Bujei / Hafiz

Persamaan
Bertanggungjawab - berusaha untuk menyelamatkan ibunya dalam kebakaran di rumahnya

Perbezaan
Dungu dan kebudak-budakan - akibat tekanan psikologi yang dihadapi semasa kanak¬kanak

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Perbandingan dua buah novel Bahasa Melayu SPM 2011

Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan, satu perwatakan watak utama dalam dua buah novel yang anda pelajari.

CADANGAN JAWAPAN Novel PAPA .... (akhirnya kau tewas jua!) dengan Interlok

PAPA .... (akhirnya kau tewas jua!)

Watak utama – Julia

Persamaan
Berani – menentang pendapat bapanya apabila bapanya menghalang perhubungannya dengan Rasylan

Perbezaan
Bijak – berjaya dalam peperiksaan SPM sehingga dapat menyambung pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Interlok

Persamaan – berani – menentang Cing Huat apabila Cing Huat datang ke rumahnya dengan Pak Cin untuk menghalau dia clan ibunya dari rumah

Perbezaan – rajin – melakukan kerja rumah seperti mengapak kayu apabila bapanya sakit, membasuh pakaian, menyapu rumah, dan lain-lain

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Perbandingan dua buah novel Bahasa Melayu SPM 2011

Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan, satu perwatakan watak utama dalam dua buah novel yang anda pelajari.

CADANGAN JAWAPAN Novel Azfa Hanani dengan Novel Kembara Amira

Novel Azfa Hanani

Watak utama – Azfa Hanani

Persamaan – berani – sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kakak Syafinaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni

Perbezaan – mengenang jasa – sentiasa mengingati keluarga pak longnya di kampung walaupun dia sudah berada di banglo Datuk Tengku Makmur

Novel Kembara Amira

watak utama – Amira

Persamaan – berani – sanggup pergi ke Air Terjun Angin sendirian untuk menemui Malique

Perbezaan – mudah mesra dengan sesiapa sahaja – Amira mudah rapat dan mesra dengan Malique sebaik-baik sahaja dia berkenalan dengan Malique di Air Terjun Angin

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

How does getting rewarded through sharing sound like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sound like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah Bahasa Melayu SPM 2011

Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam pembinaan jati diri. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, berikan tiga peristiwa yang dapat membina jati diri kepada pembaca.

CADANGAN JAWAPAN Novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

* Kamarudin meneruskan usaha mencari Faridah yang hilang setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya – membina semangat juang yang tinggi – mendorong pembaca supaya tidak mudah berputus asa atau mengaku kalah

* Azrul menceburi bidang pertanian walaupun memiliki ijazah – membina jati diri keyakinan diri – pembaca terdorong untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan yakin dan bersungguh-sungguh

* Tok Batin Senik menjaga Faridah di rumahnya – membina jati diri bantu-membantu
– menyemai rasa perikemanusiaan dan kasih sayang sesama insan tanpa mengira keturunan

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan Bahasa Melayu SPM 2011

Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam pembinaan jati diri. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, berikan tiga peristiwa yang dapat membina jati diri kepada pembaca.

CADANGAN JAWAPAN Novel Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

* Adila berusaha membantu Bujei yang dungu clan gelandangan untuk menjadi manusia biasa – membina jati diri bersimpati clan kesungguhan – pembaca terdorong untuk bersikap betas kasihan dan bersungguh-sungguh apabila berusaha supaya mendapat kejayaan

* Wak Senen berterus terang kepada Bujei tentang tanah yang didudukinya – membina jati diri kejujuran dan keikhlasan – pembaca terdorong untuk bersikap jujur clan ikhlas

* Adilah mendermakan darahnya kepada Sahak – membina jati diri bersimpati dan sanggup berkorban – pembaca terdorong untuk bersikap tidak mementingkan diri sendiri

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Interlok karya Abdullah Hussain Bahasa Melayu SPM 2011

Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam pembinaan jati diri. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, berikan tiga peristiwa yang dapat membina jati diri kepada pembaca.

CADANGAN JAWAPAN Novel Interlok karya Abdullah Hussain

* Musa membantu Maniam yang dipukul orang sehingga menyebabkan penyerang tersebut lah – membina jati diri keberanian – pembaca terdorong untuk bersikap berani apabila berhadapan dengan musuh

* Maniam meminta anaknya, Inspektor Ramakrisynan membebaskan Mak Limah – membina jati diri bantu¬membantu clan menghargai jasa – pembaca terdorong untuk membantu orang yang dalam kesusahan dan menghargai jasa – Maniam menghargai jasa swami Mak Limah, Pak Musa yang membantunya sewaktu dipukul orang

* Lazim mengetuai gerakan nasionalisme di kampungnya – membina jati diri sayang akan negara – pembaca terdorong untuk berjuang demi agama, bangsa, dan negara

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir Bahasa Melayu SPM 2011

Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam pembinaan jati diri. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, berikan tiga peristiwa yang dapat membina jati diri kepada pembaca.

CADANGAN JAWAPAN Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

* Jidin menyelamatkan Samantha ketika kapal terbang yang dinaiki oleh Samantha dan ibu bapanya terhempas – membina jati diri bantu-membantu dan kasih sayang – pembaca terdorong untuk membantu orang lain yang menghadapi kesusahan – menyemai rasa perikemanusiaan dan kasih sayang sesama insan tanpa mengira keturunan

* Tau mengahwini Ipah untuk membolehkan Ludin menjadi ketua kampung – membina jati diri sanggup berkorban – pembaca terdorong untuk bersikap sanggup berkorban dan tidak mementingkan diri sendiri

* Amira, Jacinta, Ital. Pak Lias, dan Roslan mencari Malique – membina jati diri bekerjasama dan setia kawan – pembaca terdorong untuk memupuk semangat kerjasama dan setia kawan

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah Bahasa Melayu SPM 2011

Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam pembinaan jati diri. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, berikan tiga peristiwa yang dapat membina jati diri kepada pembaca.

CADANGAN JAWAPAN Novel Melunas Rindu

* Fuad menghantar anak Borhan yang demam ke klinik — membina jati diri bantu-membantu — pembaca terdorong untuk membantu orang lain yang menghadapi kesusahan

* Fuad menunaikan solat berjemaah dan mengaji di surau – membina jati diri mempercayai keesaan Tuhan – pembaca terdorong untuk teguh berpegang kepada ajaran agama

* Fuad dan Farhana merancang pelbagai program untuk meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran bahasa Inggeris – membina jati diri bekerjasama –pembaca terdorong untuk bekerjasama dan berfikiran kritis serta kreatif dalam mencapai sesuatu kejayaan

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Renyah karya Gunawan Mahmood Bahasa Melayu SPM 2011

Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam pembinaan jati diri. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, berikan tiga peristiwa yang dapat membina jati diri kepada pembaca.

CADANGAN JAWAPAN

Renyah

* Datuk Dolhi berjoging dengan Albert Lee — membina jati diri menjaga kesihatan diri — pembaca terdorong untuk mengamalkan gaya hidup sihat

* Wahl menghantar kertas cadangan yang diambil daripada budaya kerja masyarakat Jepun kepada Datuk Dolhi — membina jati diri rasional — pembaca terdorong untuk berfikiran terbuka dan rasional apabila berhadapan dengan sesuatu situasi dan tindakan

* Datuk Dolhi menasihati Datin Tominah agar meneliti pelbagai aspek sebelum memulakan rancangannya membuka butik busana Islam — membina jati diri teliti — pembaca terdorong untuk teliti dan berfikiran kritis dalam merancang sesuatu program atau aktiviti

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel PAPA..(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof Bahasa Melayu SPM 2011

Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam pembinaan jati diri. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, berikan tiga peristiwa yang dapat membina jati diri kepada pembaca.

CADANGAN JAWAPAN

PAPA .... (akhirnya kau tewas jua!)

* Jeffri berkebun di belakang rumah bersama-sama isterinya, Intan Maliana — membina jati diri kerajinan —pembaca terdorong untuk bersikap rajin tanpa mengira pangkat dan jawatan — Jeffri pensyarah manakala Intan Maliana guru

* Julia menerima hakikat ayahnya berkahwin lagi —membina jati diri rasional — pembaca terdorong untuk bersikap terbuka dan rasional apabila berhadapan dengan sesuatu situasi dan tindakan

* Mak Cik Noraini mengingatkan Intan Maliana tentang risiko yang akan dihadapinya sekiranya mengambil keputusan untuk meneruskan kandungannya —membina jati diri keprihatinan — pembaca terdorong untuk bersikap prihatin terhadap orang lain

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah Bahasa Melayu SPM 2011

Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam pembinaan jati diri. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, berikan tiga peristiwa yang dapat membina jati diri kepada pembaca.

CADANGAN JAWAPAN

(a) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

* Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni bagi membantu Abang Mazran dan Kak Syafinaz menyembuhkan masalah kemurungan yang dihidapi oleh ibu mereka, Datin Maziah — membina jati diri bantu-membantu — pembaca terdorong untuk membantu orang lain yang menghadapi kesusahan

* Hanani belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca — membina jati diri berusaha dan kesungguhan — pembaca terdorong untuk meluaskan ilmu pengetahuan dan kemahiran diri untuk berjaya

*Ekran berniaga burger berdekatan dengan Institut Lingua Franca — membina jati diri kerajinan dan bijaksana — pembaca, khususnya pelajar sekolah terdorong untuk bersikap rajin dan bijak menggunakan masa lapang

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

Tuesday, October 25, 2011

Angry Birds v1.6.3.1 – Latest Version


The survival of the Angry Birds is at stake. Dish out revengeon the green pigs who stole the Birds’ eggs. Use the uniquepowers of the Angry Birds to lay waste to the pigs’confounding constructions. Angry Birds features challenging,physics-based demolition gameplay with hours and hours ofreplay value. Each of the 240 levels requires logic, skill,and brute force to crush the enemy.

* 15 new levels for the Mine and Dine episode!
* Find more collectible jewels!
* Problems with loading times when starting Angry Birds? We fixed ’em!
* Mighty Eagle still in business: Buy once, unlimited use!

http://www.filesonic.com/file/2607772844/AngryBirds.1.6.3.1.rar

http://adf.ly/1okqV

Sunday, October 16, 2011

TEMA POPULAR KARANGAN 2011

Amalan berjimat cermat dan menabung.

contoh karangan

Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.

Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.

Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.

Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.

http://adf.ly/1okqV

TEMA POPULAR KARANGAN 2011

Malaysia kaya dengan bangunan dan monumen bersejarah. Kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan menjadikan binaan lama tersebut sebagai salah satu daripada Warisan Kebangsaan. Bincangkan kepentingan memulihara dan mengekalkan bangunan bersejarah di negara kita.

Contoh karangan

Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini berjaya menempa nama di persada antarabangsa. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan perumahan dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Senario ini telah menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan adalah sama ada Stadium Merdeka patut dirohohkan untuk pembangunan kerana bangunan itu tidak lagi berfungsi sebagai tapak akvtiviti sukan lagi. Isu tersebut pernah menjadi polemik pelbagai lapisan masyarakat kita. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

Satu daripada kemaslahatan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dicatat merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau legenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan bahawa berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.

Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara, namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera pada zaman Kesultanan Melaka. Negara kita jugamampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain bagai berdiri sama tinggi duduk sama rendah sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat menarik pelancong baik pelancong domestik mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan pemandangan alam yang indah. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis bagai menyelam sambil minum air. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.

Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa, yakni “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.

Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan dan dilestarikan, bak kata pepatah “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang.

http://adf.ly/1okqV

TEMA POPULAR KARANGAN 2011

Sektor pelancongan merupakan salah satu industri perkhidmatan terpenting di negara kita. Bincangkan faktor-faktor yang merangsang perkembangan industri pelancongan tersebut.

Contoh karangan

Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Saban tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat. Industri pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Justeru, banyak syarikat besar yang tumbuh “bak cendawan selepas hujan” mahupun agensi kerajaan yang giat melaksanakan usaha bagi menarik pelancong berkunjung ke Malaysia. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pelancong.

Antara faktor tersebut adalah kerana Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara kita. Sebagai contohnya, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands. Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna yang terdapat di situ. Justeru, kewujudan kawasan reakrasi seperti ini dapat menarik pelancong dari dalam dan dari luar negara.

Selain itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga disebabkan oleh keadaan iklim semula jadinya yang panas sepanjang tahun. Corak iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ramai pelancong barat yang mengambil kesempatan bercuti di Malaysia untuk berjemur di bawah sinaran matahari terik terutamanya di kawasan pantai yang terdapat di Malaysia. Hal ini disebabkan juga oleh keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir putih. Di kawasan pantai ini juga disediakan pelbagai aktiviti untuk para pelancong seperti berkayak, berperahu layar mahupun mandi-manda. Oleh itu, keistimewaan tersebut berjaya menambat hati para pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita.

Di samping itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga turut disebabkan oleh kewujudan banyak pulau yang indah dan menarik. Di antara pulau yang menjadi tumpuan para pelancong di negara kita termasuklah Pulau redang, Pulau Kapas dan Pulau Tioman. Kemudahan prasarana di kawasan ini dijaga dengan rapi bagi memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan selesa untuk kunjungan para pelancong. Para pelancong juga akan dapat merasai “syurga dunia” dengan melakukan aktiviti skuba di kawasan batu karang yang terletak di Pulau Kapas sehingga diakui sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia. Bagi memastikan pelancong dapat menikmati keindahan semula jadi di kawasan pulau tersebut, kerajaan telah mewartakan kawasan itu sebagai Taman Laut. Jadi, dengan adanya keistimewaan tersebut, Malaysia dapat menarik lebih ramai pelancong yang sekaligus dapat menjana kemajuan industri pelancongan negara.

Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti Sate, ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal dengan masakan kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita.

Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai contohnya, Kementeria Pelancongan telah mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan dan destinasi pelancongan Malaysia ke beberapa buah negara sebagai usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing. Tumpuan promosi bukan sahaja terhad ke negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat malah meliputi semua negara di dunia termasuk di Asia Barat dan di Asia Timur. Pada masa yang sama, kerajaan juga turut mengadakan pelbagai aktiviti tahunan bagi menarik lebih ramai pelancong seperti mengadakan Pesta Flora Kuala Lumpur, Pesta Makanan Tradisional Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi dan sebagainya. Malaysia juga turut memperkenalkan konsep pelancongan baru seperti “ekopelancongan”, “agrotourism”, pelancongan perubatan, pelancongan pendidikan dan lain-lain. Dengan usaha yang berterusan ini maka sektor pelancongan di Malaysia semakin berkembang maju.

Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk menyumbang pada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diterokai kerana “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Justeru, peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan kerjasama daripada semua masyarakat adalah amat diperlukan. Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka.

http://adf.ly/1okqV

TEMA POPULAR KARANGAN 2011

Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya.

Contoh karangan

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggung jawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjerumus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibu bapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja terutama daripada pihak ahli politik. Begitu juga dengan pihak media massa yang hanya tahu menyiarkan sahaja berita sensasi tentang topik ini berulang kali . Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

http://adf.ly/1okqV

TEMA POPULAR KARANGAN 2011

Pengangkutan awam di negara kita sedang berkembang maju. Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai langkah untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengatasi masalah kesesakan khususnya di kawasan bandar. Jelaskan langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam

Contoh karangan

Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri di mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Kereta api, komuter dan monorel. Jikalau bukan kita sebagai warganegara Malaysia yang menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi yang mesti menyokongnya? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.

Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak pihak mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke destinasi lain dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu dengan harga yang mampu dibeli oleh orang ramai khususnya mereka yang berpendapatan rendah supaya dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan awam di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh pelaksanaannya di negara barat seperti di Melbourne, Australia. Di Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket pada kos yang rendah untuk menaiki kereta api atau menaiki bas. Hal ini bertepatan dengan peribahasa “serampang dua mata”. Pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang golongan yang kurang berupaya tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan harian mereka. Jadi jikalau sistem tiket bersepadu ini dapat direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali pengangkutan awam.

Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan jumlahnya bagi memenuhi kehendak rakyat serta mengatasi masalah kekurangan pengangkutan awam di sesetengah kawasan yang menjadi rungutan orang ramai. Selain itu, KTM (Kereta Api Tanah Melayu) haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di negara Jepun yang telah menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train) sehingga mencapai kelajuan melebihi 200 kilometer sejam. Dengan menggunakan lokomotif berkuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat ditingkatkan. Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kekerapan perjalanan pengangkutan awam yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu ketibaan pengangkutan awam tersebut. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan orang ramai secara keseluruhannya. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kelemahan perkhidmatan dan kelewatan jadual perjalanan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang berkeyakinan terhadap pengakutan awam di negara kita. Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat terhadap sistem perkhidmatan pengangkutan awam.

Pada masa yang sama, langkah kerajaan menggalakkan pemasangan televisyen di dalam bas ekspres mendapat banyak komen yang baik daripada orang ramai. Hal ini kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk menonton pelbagai siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka dan menjadikan perjalanan lebih menarik. Perkara ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam yang lain seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan yang mengimbas kembali detik-detik bersejarah di negara kita dan sebagainya. Kemudahan seperti alat pendingin udara juga perlu dipertingkatkan bagi menjadikan penumpang berasa lebih selesa apabila menaiki pengangkutan tersebut. Kemudahan-kemudahan sampingan seperti ini pasti akan dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti dengan banyaran yang minimum. Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para penumpang untuk menaiki pengangkutan awam.

Bagi mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang kurang berdisiplin, sistem perakam perlu dipasang di semua kenderaan awam di negara kita. Pemasangan alat perakam ini dapat merakamkan bukan sahaja perkara yang berlaku di sepanjang perjalanan malah dapat merakamkan kelajuan pengangkutan awam tersebut. Hal ini akan dapat mengurangkan masalah kenderaan awam seperti bas yang dipandu terlalu laju sehingga melebihi had yang dibenarkan. Pada masa yang sama, pemasangan alat ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya bas yang sering diperkatakan oleh orang ramai. Kerajaan juga perlu lebih kerap mengadakan pemeriksaan bagi memastikan pemandu pengangkutan benar-benar mereka yang berkelayakan atau bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah. Tindakan kerajaan menyenaraihitamkan pemandu yang kurang berdisiplin akan dapat mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang tidak bersopan sekali gus melenyapkan pekerja yang tidak berkualiti. Pemeriksaan oleh pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Jalan atau pihak polis juga perlu menyeluruh bukan sahaja kepada kakitangan pengangkutan awam tetapi perlu juga melihat pada keadaan dan keselamatan pengangkutan awam yang digunakan bagi memastikan keselamatan pengguna pengangkutan tersebut terjamin. Dengan cara itu, keyakinan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam di negara kita akan meningkat.

Pihak pengurusan atau pengendali pengangkutan awam juga perlulah lebih peka untuk menyediakan kemudahan hiliran bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan ini. Di kawasan stesen komuter atau LRT umpamanya, tempat meletakkan kenderaan perlu ditambah bagi mengelakkan orang ramai meletak kenderaan mereka di tepi-tepi jalan atau di tempat lain yang tidak sesuai. Hal ini sentiasa menjadi rungutan orang ramai kerana bukan sahaja boleh mengakibatkan kesesakan malah pada masa yang sama turut menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. Begitu juga halnya dengan pengangkutan tambahan atau “bas fider” yang dikatakan menjadi masalah kepada pengguna komuter dan LRT. Kekurangan pengangkutan bas tambahan ini telah menyukarkan pengguna pengangkutan tersebut jika kawasan stesen tersebut jauh dari pejabat. Justeru adalah penting sekiranya bas-bas tambahan ditambah bilangannya bagi memudahkan dan mempercepat perjalanan seseorang dari rumah ke destinasi yang dituju. Jarak atau lokasi pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga perlu ditambah dari semasa ke semasa agar lingkungan pengguna yang dapat menaiki kemudahan awam tersebut turut meningkat. Biarpun langkah ini memerlukan biaya yang agak tinggi namun kesannya pada sistem perhubungan di negara kita adalah amat besar. Oleh itu langkah-langkah menyediakan kemudahan tambahan bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam tersebut perlu dilaksanakan agar pengangkutan awam di negara kita tidak dianggap “indah khabar dari rupa”.

Seperti kata peribahasa Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Pihak sekolah dicadangkan supaya memberi penerangan tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada fikiran pelajar agar menaiki perkhidmatan awam. Usaha ini bukan sahaja perlu ditumpukan kepada para pelajar, tetapi harus juga diperluas kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej dalam hati mereka apabila menaiki pengangkutan awam. Melalui pendidikan, kita dapat melahirkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan awam seperti kereta api dan bas sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kendera sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan menggunakan pengangkutan awam tertanam dalam jiwa mereka.

Kesimpulannya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan kepada masyarakat di negara kita seperti dapat mengurangkan kesesakan dan kemalangan, mengurangkan pencemaran udara, menjimatkankan masa malah mengurangkan kos kehidupan kita sehari-hari. Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya yang bijak, kita perlulah menyahut seruan kerajaan agar menggunakan pengangkutan awam sebagai kaedah untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Kita juga berharap agar dengan langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan ini maka pengangkutan awam di negara kita akan menjadi lebih maju setanding dengan pengangkutan awam di negara-negara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Australia.

http://adf.ly/1okqV

TEMA POPULAR KARANGAN 2011

Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan kepentingannya.

Contoh karangan

Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.

Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.

Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.

Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.

Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?

http://adf.ly/1okqV

TEMA POPULAR KARANGAN 2011

Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Contoh karangan

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
.
..........Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.
.
..........Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
.
..........Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
.
..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.
.
..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.
.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.
.
..........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

http://adf.ly/1okqV

TEMA POPULAR KARANGAN 2011

Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Rangka Karangan

Pendahuluan
- kepentingan amalan gaya hidup sihat

Isi-isi
- amalan pemakanan seimbang
- bersukan dan beriadah
- Pemeriksaan kesihatan

Penutup
- amalan tersebut perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat

Contoh karangan

Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.

Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.

Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.

Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah.

Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

http://adf.ly/1okqV

TEMA POPULAR KARANGAN 2011

Sesetengah bencana alam yang berlaku adalah disebabkan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Jelaskan sebab-sebab bencana alam yang berlaku akibat perbuatan manusia sendiri.

Rangka Karangan

Pendahuluan
- kita sering dikejutkan dengan kejadian bencana alam

Isi-isi Karangan
i. aktiviti pembalakan menjadi faktor berlakunya bencana alam
i. individu-individu yang tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran terbuka
iii. anggota masyarakat membuang sampah ke dalam longkang dan sungai
iv. aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng bukit

Penutup
- semua pihak harus bekerjasama dan berganding bahu

Karangan Contoh

Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Berita-berita yang menyedihkan hati kita ini terpampang di dada-dada akhbar dan dikongsi bersama-sama oleh manusia sejagat. Kesannya, bencana alam ini telah meragut banyak nyawa yang tidak berdosa. Fenomena ini dibuktikan melalui kejadian tanah runtuh, banjir kilat, jerebu, tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi yang sering melanda dunia. Malangnya, tiada jalan penyelesaian untuk menghalang bencana alam ini daripada berlaku. Hal ini demikian kerana, sudah menjadi lumrah alam iaitu apabila tiba saat dan ketikanya, bencana alam ini pasti akan terjadi. Tiada satu kuasapun yang mampu menangani kuasa alam, namun kejadian bencana alam yang berpunca daripada sikap manusia itu sendiri perlu diberikan perhatian agar nyawa manusia tidak terancam.

Aktiviti pembalakan memang merupakan antara penyumbang ekonomi negara, namun antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana alam. Individu-individu yang terbabit dalam aktiviti pembalakan seharusnya memikirkan kesannya sebelum menebang pokok kerana, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kawasan hutan yang telah ditebang dan jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu, biasanya akan terdedah kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda. Oleh itu, langkah yang bijaksana dan efektif perlulah dijalankan untuk menangani masalah ini daripada berlaku.

Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan menyebabkan penyakit mereka semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara kerana pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membantu kita untuk menyelamatkan nyawa manusia sejagat yang tidak berdosa.

Seterusnya, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab iaitu dengan membuang sampah ke dalam longkang dan sungai dengan sesuka hati. Secara sedar atau tidak, golongan ini sebenarnya menganiayai masyarakat seperti kata pepatah, “kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya”. Hal ini demikian kerana, sistem perparitan akan tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai dan longkang. Masalah sistem perparitan yang tersumbat ini pula akan menyebabkan banjir kilat berlaku. Kejadian ini sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa. Oleh itu, pihak berkuasa haruslah mengkaji masalah ini hingga ke akar umbinya.

Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng-lereng bukit. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku. Sebagai contohnya, sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa musnah akibat tanah runtuh dan mengorbankan empat nyawa pada 6 Disember 2008 yang lalu. Hal ini disebabkan oleh pihak pemaju yang membangunkan kawasan tersebut tidak mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Mereka tidak membuat sistem perparitan yang sempurna untuk menyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh. Perkara ini penting dilakukan kerana kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku akibat pergerakan air di dalam tanah yang menyebabkan tanah itu longgar dan mudah runtuh.

Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu dengan mengamalkan peribahasa “seperti aur dengan tebing” untuk menangani masalah ini. Janganlah kita mengamalkan peribahasa “seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”. Jika perkara ini tidak dilakukan, sudah pastinya semua pihak terpaksa menanggung akibat buruk daripada sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat perlulah sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata. Kita harus sedar bahawa, sebenarnya Allah menganugerahkan alam ini kepada kita sebagai amanah untuk dijaga. Mahukah kita hidup di dalam kawasan tanah runtuh, jerebu, banjir dan kemarau? Oleh hal yang demikian, tepuklah dada, tanyalah selera, sebelum bertindak.

http://adf.ly/1okqV

TEMA POPULAR KARANGAN 2011

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak bergiat dalam bidang sukan.Huraikan pendapat anda.

Rangka Karangan

Pendahuluan
- antara bidang yang penting di negara kita - aktiviti sukan mendatangkan banyak faedah

Isi-isi
i. memberikan galakan dengan cara membeli peralatan sukan
ii. menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif
iii. memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan
iv. membelikan anak-anak majalah sukan

Penutup
- peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan – ibu bapa perlu memainkan peranan yang sepatutnya


Karangan Contoh

Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai iaitu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan cara itu, nama negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan.

Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakan dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket badminton, squash dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya, mereka diharapkan dapat melakar kemenangan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara.

Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia.

Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut. Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu, tinggi gunung, tinggi lagi harapan kami. Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan serius. Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan menerusi majalah-majalah sukan tersebut. Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.

Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberikan kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. Kita mahu agar kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam bidang sukan. Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah, "genggam bara api biar sampai jadi arang" sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang yang ingin akan kejayaan.

http://adf.ly/1okqV