Thursday, December 15, 2011

Nama Am

1. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

2.Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum. Contohnya

a.Manusia ,orang (contoh)ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll

b.binatang (contoh) ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll

c.tumbuh- tumbuhan (contoh) pokok, betik, rumput, lalang dll

d.benda (contoh) pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

e.tempat (contoh) pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll


3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:

a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat

b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.


4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.

5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:

buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan

6. Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Contoh:

Dia sedang menjinakkan seekor gajah. (Pada akhir ayat)

Gajah itu berbadan besar. (Pada awal ayat)

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment