Thursday, December 15, 2011

Kata Nama Khas

1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.

3. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

4. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.

a)benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d)tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

5.Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

-manusia = Zaidi, Mei Fong,Subramaniam
-binatang = Tompok (kucing), Jalak (ayam)
-tempat = Muar (daerah),Seremban (bandar),Jepun (negara)
-bangunan = Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),Menara Tun Razak (pejabat)
-judul buku = Keluarga (majalah),Rentong (novel),Kamus Dewan ( buku)
-benda = Proton Perdana(kereta), Pilot(pen), Seiko (jam)

6.Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

a. Benda

bangunan = Bangunan Tabung Haji
kereta = Proton Saga
buku = Bahasa Melayu
sekolah = S.K. Darau

b. Orang

doktor = Doktor Efendi
kerani = Puan Zainun
guru = Cikgu Azmi
budak lelaki = Muhamad Fauzi

c. Binatang

kucing = Si Tompok
lembu = Lembu Sapi
katak = Katak Puru
ayam = Ayam Belanda
burung = Burung Murai

d. Tempat

negeri = Terengganu
bandar = Jerteh
kampung = Kampung Pasir Akar
tasek = Tasek Perdana

e. Tumbuhan

pisang = Pisang Emas
cili = Cili Padi
jambu = Jambu Batu
limau = Limau Kasturi

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment