Thursday, December 15, 2011

Kata Ganti Tanya

1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.

2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.

3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

a. Benda (contoh) apakah
b. Orang (contoh) siapakah
c. Tempat (contoh) manakah
d. Masa (contoh) bilakah
e. Hal (contoh) bagaimanakah, kenapakah, mengapakah
f. Bilangan (contoh) berapakah

4. Kata Ganti Nama dan penggunaannya

a.apa digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
b.siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
c.mana digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat

5. Contoh ayat

a. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
b. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
c. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
d. Nama pokok itu apa ?
e. Pemuda kacak itu siapa ?

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment