Thursday, December 15, 2011

Kata Ganti Nama Diri Kedua

1.Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.

2.Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :

Bentuk dan contoh kata Ganti Diri Kedua

a. Tunggal (contoh) tuanku, wak, kamu, anda, engkau

b. Jamak (contoh) kalian


3.Kata Ganti Diri Kedua dan Penggunaannya

a.anda (tunggal)digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita

b.awak (tunggal)digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

c.engkau (tunggal)digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga

d.tuanku (tunggal)digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja

e.kalian (jamak)digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap

f.kamu (tunggal dan jamak)digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

4.Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua

a. Awak pekerja yang patuh
b. Kamu semua adalah murid yang baik
c. Guru mencari engkau.
d. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
e. Tunku akan bersiram sekejab lagi.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment