Thursday, December 15, 2011

Kata Ganti diri ketiga

1.kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.

2.Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk. Bentuk dan Contoh kata ganti diri ketiga

a.tunggal (contoh) ia, dia, beliau, baginda

b.jamak (contoh) mereka


3.Kata Ganti Diri Ketiga dan penggunaannya

a.baginda(tunggal)digunakan untuk raja dan sultan

b.beliau(tunggal)digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin

c.dia dan ia(tunggal)digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan

d.mereka(jamak)digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang


4.Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.

a. Dia pegawai pendidikan
b. Mereka itu orang India.
c. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
d. Ia diburu oleh pihak polis.
e. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
f. Dia menolong bapanya.
g. "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.

h. "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.

i. Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu dua jam lagi.

j."Tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment