Tuesday, December 27, 2011

Suing The Devil (2011) DVDRip


::INFO::
Source: Suing The Devil (2011) DVDRip RMVB-KURYU
Encoder: Kuryu
Genre: Comedy | Drama | Thriller
Runtime: N/A
User Rating: 6.4/10 (235 users)
IMDB Link: http://imdb.com/title/tt1615075/
Country: USAhttp://www.blogger.com/img/blank.gifhttp://www.blogger.com/img/blank.gif
Language: English
Subtitle: None

PLOT MOVIE
A down-and-out law student sues Satan for $8 trillion dollars. Satan appears to defend himself and the trial of the century takes place.

http://adf.ly/4QW2i

http://adf.ly/locked/4QW2k

TQ for http://www.teamhanna.org/
http://adf.ly/1okqV

Transformers Prime Darkness Rising (2011) DVDRip


::INFO::
Source: Transformers Prime Darkness Rising (2011) DVDRip RMVB-KURYU
Encoder: Kuryu
Genre: Animation | Action | Adventure
Runtime: N/A
User Rating: 6.7/10 (15 users)
IMDB Link: http://imdb.com/title/tt1762039/
Country: USA
Language: Englishhttp://www.blogger.com/img/blank.gifhttp://www.blogger.com/img/blank.gif
Subtitle: None

PLOT MOVIE
The Decepticons, in order to find the Autobot base, capture and torture Secret Agent Fowler, and it’s up to Bulkhead and the three human kids to track him down. Meanwhile, Megatron raises an army of undead Transformers


http://adf.ly/4Qf9Y

http://adf.ly/4Qf9Z

Say TQ for http://www.teamhanna.org/
http://adf.ly/1okqV

Thursday, December 15, 2011

Kata nama Terbitan

1.Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.

2.Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :

di awal kata ( awalan )
di akhir kata ( akhiran )
di awal dan di akhir kata ( apitan )

3.Sila teliti contoh-contoh imbuhan :

a)di awal kata
pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-

b)di akhir kata
-ita, -man, -wati, -an, dan -wan

c)di awal dan di akhir kata ( apitan )
per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an

4. Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-

a) kelas kata = kata kerja

-kata dasar = peraga, latih, bawa, lawan

-kata terbitan = peragawati/latihan/pembawaan/perlawanan

b) kelas kata = kata sendi

-kata dasar = oleh, untuk

-kata terbitan = perolehan/peruntukan

c) kelas kata = kata nama

-kata dasar = lombong/rumah/guru

-kata terbitan = perlonbongan/perumahan/perguruan

d) kelas kata = kata adjektif

-kata dasar = cantik/besar/tinggi

-kata terbitan = kecantikan/pembesar/ketinggian

http://adf.ly/1okqV

Kata Nama Khas

1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.

3. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

4. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.

a)benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d)tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

5.Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

-manusia = Zaidi, Mei Fong,Subramaniam
-binatang = Tompok (kucing), Jalak (ayam)
-tempat = Muar (daerah),Seremban (bandar),Jepun (negara)
-bangunan = Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),Menara Tun Razak (pejabat)
-judul buku = Keluarga (majalah),Rentong (novel),Kamus Dewan ( buku)
-benda = Proton Perdana(kereta), Pilot(pen), Seiko (jam)

6.Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

a. Benda

bangunan = Bangunan Tabung Haji
kereta = Proton Saga
buku = Bahasa Melayu
sekolah = S.K. Darau

b. Orang

doktor = Doktor Efendi
kerani = Puan Zainun
guru = Cikgu Azmi
budak lelaki = Muhamad Fauzi

c. Binatang

kucing = Si Tompok
lembu = Lembu Sapi
katak = Katak Puru
ayam = Ayam Belanda
burung = Burung Murai

d. Tempat

negeri = Terengganu
bandar = Jerteh
kampung = Kampung Pasir Akar
tasek = Tasek Perdana

e. Tumbuhan

pisang = Pisang Emas
cili = Cili Padi
jambu = Jambu Batu
limau = Limau Kasturi

http://adf.ly/1okqV

Nama Am

1. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

2.Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum. Contohnya

a.Manusia ,orang (contoh)ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll

b.binatang (contoh) ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll

c.tumbuh- tumbuhan (contoh) pokok, betik, rumput, lalang dll

d.benda (contoh) pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

e.tempat (contoh) pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll


3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:

a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat

b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.


4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.

5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:

buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan

6. Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Contoh:

Dia sedang menjinakkan seekor gajah. (Pada akhir ayat)

Gajah itu berbadan besar. (Pada awal ayat)

http://adf.ly/1okqV

KATA NAMA

1. Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.

a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan

2. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.

http://adf.ly/1okqV

Kata Ganti tak tentu.

1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu

2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti Umum / Tak Tentu serta ayat-ayat contoh

apa-apa
a. Entah apa-apa yang dibawanya
b. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya.

Siapa-siapa
a. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
b. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.

Mana-mana
a. Jangan ke mana-mana, duduklah di sini sahaja.
b. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.

Kata Ganti Tak Tentu
sapa-sapa digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
mana-mana, masing-masing,digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
seseorang,dan sesuatu digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu
siapa-siapa atau sesiapa

http://adf.ly/1okqV

Kata Ganti Nama Penunjuk

Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.

1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk

2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai;

a) Subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:

i. Ini komputer.
ii. Itu rumah Sally.

b) Penentu dan letaknya di bahagian belakang kata nama. Contohnya:

i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di sekolah itu.

http://adf.ly/1okqV

Kata Ganti Umum / Tak Tentu

Kata ganti umum / tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya
seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.

Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.

http://adf.ly/1okqV

Kata Ganti Tempat

1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.

2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti Tempat dan Penggunaannya

a.sana digunakan untuk tempat yang dianggap jauh

b.sini digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang yang bercakap

c.situ digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak sejauh sana

d.Benda, orang, Binatang digunakan untuk ini, itu

e.Tempat
sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)

f.Keadaan digunakan untuk begini, begitu, demikian

3. contoh ayat

a. Ini langsat.
b. Itu kucing.
c. Pokok itu rendah sahaja.
d. Kereta Proton Wira ini cantik.

http://adf.ly/1okqV

Kata Ganti Tanya

1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.

2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.

3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

a. Benda (contoh) apakah
b. Orang (contoh) siapakah
c. Tempat (contoh) manakah
d. Masa (contoh) bilakah
e. Hal (contoh) bagaimanakah, kenapakah, mengapakah
f. Bilangan (contoh) berapakah

4. Kata Ganti Nama dan penggunaannya

a.apa digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
b.siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
c.mana digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat

5. Contoh ayat

a. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
b. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
c. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
d. Nama pokok itu apa ?
e. Pemuda kacak itu siapa ?

http://adf.ly/1okqV

Ringkasan Kata Ganti diri pertama, kedua, dan ketiga

1. Kata Ganti Nama Diri = Diri Pertama( Orang yang bercakap )

a. Tunggal
aku
saya
patik
hamba

b. Bilangan Banyak / Jamak
kami
kita

--------------------------------------------------------------------------

2. Diri Kedua = ( Orang yang dilawan bercakap )

a. Tunggal
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku

b.Bilangan Banyak / Jamak
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian

--------------------------------------------------------------------------

3. Diri Ketiga = ( Orang yang diceritakan halnya )

a. Tunggal
dia
ia
nya
beliau
baginda

b.Bilangan Banyak / Jamak
mereka

http://adf.ly/1okqV

Kata Ganti diri ketiga

1.kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.

2.Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk. Bentuk dan Contoh kata ganti diri ketiga

a.tunggal (contoh) ia, dia, beliau, baginda

b.jamak (contoh) mereka


3.Kata Ganti Diri Ketiga dan penggunaannya

a.baginda(tunggal)digunakan untuk raja dan sultan

b.beliau(tunggal)digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin

c.dia dan ia(tunggal)digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan

d.mereka(jamak)digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang


4.Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.

a. Dia pegawai pendidikan
b. Mereka itu orang India.
c. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
d. Ia diburu oleh pihak polis.
e. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
f. Dia menolong bapanya.
g. "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.

h. "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.

i. Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu dua jam lagi.

j."Tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.

http://adf.ly/1okqV

Kata Ganti Nama Diri Kedua

1.Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.

2.Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :

Bentuk dan contoh kata Ganti Diri Kedua

a. Tunggal (contoh) tuanku, wak, kamu, anda, engkau

b. Jamak (contoh) kalian


3.Kata Ganti Diri Kedua dan Penggunaannya

a.anda (tunggal)digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita

b.awak (tunggal)digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

c.engkau (tunggal)digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga

d.tuanku (tunggal)digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja

e.kalian (jamak)digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap

f.kamu (tunggal dan jamak)digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

4.Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua

a. Awak pekerja yang patuh
b. Kamu semua adalah murid yang baik
c. Guru mencari engkau.
d. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
e. Tunku akan bersiram sekejab lagi.

http://adf.ly/1okqV

Kata Ganti Diri Pertama

1.Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.

2.Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.


Kata Ganti Diri Pertama

a.aku(tunggal)digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan

b.saya(tunggal)digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi

c.hamba(tunggal)digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu

d.patik(tunggal)digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan

e.beta(tunggal)digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat

f.kami (jamak)digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua

7.kita(jamak)digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

8.Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak. Bentuk dan contoh kata nama diri pertama

a.tunggal (contoh) beta, patik, aku, saya

b.jamak (contoh) kita, kami, kita orang

http://adf.ly/1okqV

Kata Ganti Nama

1. Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.

2. Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu;

Gantinama Diri,
Gantinama Umum,
Gantinama Pertanyaan,
Gantinama Petunjuk dan
Gantinama Sendi.

3. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang

4. Kata ganti diri terdiri daripada:

(a) kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b) kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.

http://adf.ly/1okqV