Saturday, November 12, 2011

Peribahasa

PENGENALAN

1. Soalan yang menguji pengetahuan calon tentang peribahasa akan dikemukakan pada soalan 3(e) kertas 2.

2. Sebanyak enam markah akan diperuntukkan bagi soalan ini.

3. Walaupun terdapat ribuan peribahasa dalam budaya Melayu, namun peribahasa yang akan dikemukakan dalam peperiksaan biasanya terdiri daripada koleksi peribahasa yang terkandung dalam semua buku teks Bahasa Melayu tingkatan 1 hingga 5.

4. Oleh itu anda perlu peka terhadap kesemua peribahasa yang terdapat dalam buku teks yang anda gunakan. Catatkan peribahasa-peribahasa ini dan pastikan anda mengetahui maksudnya.

5. Peribahasa Melayu boleh dikategorikan kepada pelbagai kelompok berdasarkan ciri-ciri binaannya.

BIDALAN
Ini ialah peribahasa yang membawa maksud selapis, yakni maksud secara langsung.

Contoh:
Biar lambat asal selamat
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

PEPATAH
Tidak jauh berbeza dengan bidalan. Juga membawa maksud selapis, tetapi biasanya lebih tajam. Sering mengandungi unsur sindiran.

Contoh:
Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelagar
Bertepuk tangan sebelah takkan berbunyi

PERUMPAMAAN
Peribahasa berbentuk perbandingan. Biasanya bertujuan untuk mendidik atau memberikan ajaran. Mudah dikenali kerana akan bermula dengan kata-kata seperti bagai, seperti, umpama, laksana dll.

Contoh:
Seperti aur dengan tebing
Bagai melukut di tepi gantang
Laksana lembu kasi

SIMPULAN BAHASA
Juga dikenali sebagai bunga bahasa, mutiara bahasa dan mestika bahasa. Mudah dikenali kerana ter diri daripada dua atau tiga perkataan sahaja. Membawa maksud simbolik yakni tidak berkaitan dengan maksud kata-kata yang digunakan

Contoh
Kaki botol
Anak emas
Ringan tulang
Bermain kayu tiga
Tulang empat kerat

TAMSIL dan IBARAT
Menyatakan sesuatu dalam bentuk kiasan. Selalunya IBARAT dituturkan secara berangkap-rangkap

Contoh:
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk

-------------------------------------------------------------------------

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment