RUANG SEMBANG

Latihan interatif

Panduan Penulisan Rumusan Bahasa Melayu SPM

Saturday, November 12, 2011

Panduan menjawab soalan novel SPM bahasa Malaysia

1. Jawapan untuk soalan ini hendaklah berdasarkan novel-novel yang telah anda baca di
tingkatan 4 dan 5. Sebanyak 15 markah diperuntukkan untuk bahagian ini.

a. Soalan pertama 7 markah

skemah pemarkahan

Isi = 4
Bahasa = 3. Jumlah 7 markah

b. Soalan kedua 8 markah

skemah pemarkahan

Isi = 6
Bahasa = 2. Jumlah 8 markah

2. Anda akan diberikan dua ceraian yakni bahagian a dan bahagian b. Anda wajib
menjawab kedua-dua soalan ini.

3 Kedua-dua soalan ini adalah berdasarkan lapan buah novel wajib yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Walau bagaimanapun anda seharusnya
menguasai hanya dua buah novel bagi menjawab soalan-soalan pada bahagian ini.

4. Bagi menjawap soalan bahagian ini, anda perlu membaca keseluruhan novel dan
seterusnya membuat catatan untuk aspek-aspek berikut:

Saya mencadangkan sebelum peperiksaan, tolong beri tumpuan sepenuhnya tajuk-tajuk ini

1. Sinopsis
2. Tema
3. Persoalan
4. Sudut pandangan
5. Plot
6. Teknik plot/penceritaan
7. Latar (masa, tempat dan masyarakat)
8. Gaya bahasa
9. Kritikan sosial/kepincangan masyarakat/unsur motivasi/unsur keberanian/unsur jati diri/unsur perpaduan/pemerian

Tajuk ini saya cadangkan awak baca sehari sebelum peperiksaan bermula
1. Watak/perwatakan
2. Nilai (individu dan kemasyarakatan)
3. Pengajaran

5. Seterusnya ingati/hafal sekurang-kurangnya 4 isi penting untuk setiap aspek di atas. Hal ini disebabkan markah maksimum untuk setiap soalan novel ialah lapan. Hal ini bermakna anda boleh memperoleh markah maksimum dengan memberikan empat isi
yang dikembangkan dengan sempurna.

6. Anda juga seharusnya membuat analisis perbandingan persamaan dan perbezaan antara dua buah novel yang telah anda baca di tingkatan empat dan lima. Hal ini disebabkan anda mungkin dikehendaki membuat perbandingan dengan menggunakan dua buah
novel.

ASPEK (contoh)

1. Tema
2. Persoalan
3. Nilai
4. Aspek-aspek seterusnya

SEMOGA CADANGAN INI DAPAT MEMBANTU ANDA.....AMIN

http://adf.ly/1okqV

2 comments:

  1. tips yang amat berguna ..
    terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Tolong kongsi dengan rakan anda supaya kita sama-sama dapat berkat....Amin

    ReplyDelete