Saturday, November 12, 2011

CONTOH PERIBAHASA POPULAR (Dalam Buku Teks BM) Tingkatan 5

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri
Tidak kira betapa istimewa sekalipun negara lain,namun tidak sama dengan negara sendiri

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Bersatu hati/bekerjasama /berkongsi apa yang ada dalam keadaan senang dan susah

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung/Mencurahkan taat setia terhadap negara yang dihuni

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak/Menyesuaikan diri dengan budaya dan cara hidup masyarakat setempat

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang/Kesenangan atau kejayaan tidak akan datang dengan sendiri tetapi sebaliknya perlu diusahakan

Seperti cendawan tumbuh selepas hujan/Sesuatu yang wujud dengan banyak secara tiba-tiba

Sediakan payung sebelum hujan/Membuat persediaan sebelum menghadapi sesuatu
masalah

Lintah darat/Orang yang mengenakan faedah yang tinggi tehadap hutang

Memerah otak/Berfikir dengan bersungguh-sungguh

Anak dagang/Orang yang merantau

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment