Sunday, November 13, 2011

AYAT BIASA/ SONGSANG

Pada dasarnya ayat akan ditulis dengan susunan subjek di hadapan dan predikat di belakang. Ini dikenali sebagai ayat bersusunan biasa. Namun begitu ada masanya susunan ini boleh diterbalikkan atau disongsangkan. Ayat-ayat sedemikian dikenali sebagai ayat bersusunan songsang.

Contoh:

Mereka bersalam-salaman sebelum berpisah. - Susunan biasa
Bersalam-salaman mereka sebelum berpisah - Susunan songsang
Kakak menyanyi-nyanyi sementara menunggu gulai itu masak. – Susunan biasa
Menyanyi-nyanyi kakak sementara menunggu gulai itu masak. – Susunan songsang
Sementara menunggu gulai itu masak, kakak menyanyi-nyanyi. - Susunan songsang


http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment