Sunday, November 13, 2011

AYAT AKTIF / PASIF

Ayat aktif ialah ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif. Kebanyakan kata kerja jenis ini bermula dengan imbuhan me-,mem-, men- dan meng- dan berakhir dengan imbuhan –kan atau -i atau tidak berakhir dengan sebarang imbuhan.

Contoh ayat aktif ialah:
-Adik memasukkan guli ke dalam lubang.
-Kakak membantu Aminah menghias rumah barunya
-Mereka menaiki bas untuk pergi ke sekolah.
-Ayah menggantikan ibu untuk menjaga adik di hospital

Perhatikan bagaimana kita mempasifkan ayat-ayat di atas:

Adik memasukkan guli ke dalam lubang. - Ayat aktif

Guli dimasukkan oleh adik ke dalam lubang. - Ayat pasif

Kakak membantu Aminah menghias rumah barunya. – Ayat aktif

Aminah dibantu oleh kakak untuk meghias rumah barunya. – Ayat pasif

Mereka menaiki bas untuk pergi ke sekolah. - Ayat aktif

Bas dinaiki oleh mereka untuk pergi ke sekolah. – Ayat pasif

Ayah menggantikan ibu untuk menjaga adik di hospital. – Ayat aktif

Ibu digantikan oleh ayah untuk menjaga adik di hospital. - Ayat pasif


Namun begitu, teknik berkenaan tidak boleh digunakan bagi mempasifkan ayat-ayat yang melibatkan kata ganti nama diri pertama(saya, aku, hamba, beta, kami dll)

Contoh.
Saya membaca buku cerita itu. - Ayat aktif

Buku cerita itu dibaca oleh saya. - Ayat pasif - SALAH

Sepatutnya:
Buku cerita itu saya baca. – Ayat pasif - BETUL

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment