Thursday, October 27, 2011

TIPS MENDEKATI SOALAN EJAAN

Kesilapan ejaan yang sering dilakukan oleh pengguna bahasa dapat dikelompokkan dalam TUJUH kategori. Pastikan anda tidak melakukan kesalahan yang sama. Berikut merupakan contoh kesilapan ejaan yang biasa dilakukan oleh pelajar.

A. Mengeja Kata-Kata Pinjaman Daripada bahasa Inggeris

SALAH / BETUL
Lanskap / Landskap
Injin / Enjin
Akitek / Arkitek
Otomatik / Automatik
Impot / Import
Paspot / Pasport
Minima / Minimum

B. Mengeja Kata-kata Pinjaman Yang Tidak Tertakluk Kepada Sistem Ejaan Baru

SALAH / BETUL
Calun / Calon
Tulin / Tulen
Perabut / Perabot
Siksa / Seksa
Atlit / Atlet
Anih / Aneh

C. Mengeja Kata-kata Yang Masih Kuat Pengaruh Ejaan Lamanya

SALAH / BETUL
Samada / Sama ada
Istirehat / Istirahat
Ugama / Agama
Cop / Cap
Catit / Catat

D. Pengejaan Kata Yang Menggunakan Imbuhan Peng-/Meng-
(Pelajar sering menggugurkan satu “g”. Hal ini terjadi bagi kata-kata dasar yang bermula dengan “g”))

SALAH / BETUL
Menganas /Penganas / Mengganas/Pengganas
Mengari / Menggari
Mengaru / Menggaru
Mengaul / Menggaul

E. Pengejaan Kata Yang Berakhir Dengan Imbuhan –kan
(Pelajar sering gugurkan satu “k”. Hal ini terjadi bagi kata-kata dasar yang berakhir dengan huruf “k”

SALAH / BETUL
Menggalakan / Menggalakkan
Meletakan / Meletakkan
Menegakan / Menegakkan
Merosakan / Merosakkan

F. Pengejaan Kata Yang Berakhir Dengan Imbuhan -an
(Pelajar sering menambahkan satu lagi “k” bagi kata-kata dasar yang berakhir dengan “k”)

SALAH / BETUL
Kedudukkan / Kedudukan
Keunikkan / Keunikan
Kerosakkan / Kerosakan
Galakkan / Galakan

G. Memisahkan kata majmuk yang sepatutnya disatukan

SALAH / BETUL
Warga negara / Warganegara
Bumi putera / Bumiputera
Setia usaha / Setiausaha
Tanda tangan / Tandatangan

H. Mencantumkan kata majmuk yang sepatutnya dipisahkan

SALAH / BETUL
Keretapi / Kereta api
Pasaraya / Pasar raya
Suratkhabar / Surat khabar
Ibubapa / Ibu bapa

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment