Tuesday, October 04, 2011

Teknik Penulisan Perenggan Isi karangan

1 Perenggan merupakan satu kumpulan kalimat yang disusun secara logis dan sistematik.

2 Setiap perenggan mengandungi makna, pesan, fikiran ataupun satu persoalan pokok dan selaras dengan persoalan pokok yang dibawa oleh keseluruhan karangan berkenaan.

3 Sesuatu perenggan dihasilkan daripada sejumlah ayat yang berkaitan antara satu dengan yang lain.

4 Perenggan juga merupakan satu kesatuan pemikiran sama ada untuk menggambarkan pengalaman, pendapat dan pandangan serta imaginasi.

5 Setiap perenggan hendaklah mengandungi 4 unsur:

(i) Isi utama (ayat utama/ayat topik/ayat rangsangan)
(ii) Huraian (ayat huraian)
(iii) Contoh (ayat Contoh)
(iv) Kesimpulan (ayat penegas)

Isi Utama: Ayat Topik
•.Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan
•.Gunakan ayat mudah

Huraian: Ayat Huraian
•Pengembangan isi berdasarkan isi utama
•Merangkumi aspek persoalan:

-Bagaimana
-Mengapa
-Apa
-Siapa
-Bila
-Di mana

•Menggunakan penanda wacana yang sesuai
•Gunakan kosa kata, ungkapan

Contoh: Ayat Contoh
Bukti yang menyokong isi utama dalam bentuk
:Data statistik
:pendapat orang yang sangat dikenali ramai dan dihormati
:Penemuan atau kajian sains.

Kesimpulan: Ayat penegas
• Penutup kepada perenggan
• Menegaskan semula isi utama


http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment