Tuesday, October 04, 2011

Teknik Menganalisis Soalan Karangan BM (SPM)

Soalan
Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk Aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara.

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan penyakit ini merebak dan langkah-langkah bagi menanganinya. (November 2008)

Kategori : Dimensi negara

Kata kunci :
Faktor-faktor yang menyebabkan penyakit demam denggi merebak. Langkah-langkah bagi menanganinya

Fokus soalan :
Faktor-faktor yang menyebabkan penyakit demam denggi merebak serta langkah-langkah bagi menanganinya.

Jenis Soalan : Tidak Berformat

PERINGATAN
•Jangan memilih soalan yang dianggap popular tetapi anda tidak menguasai isi yang bakal dikemukakan.
•Pastikan anda menguasai laras bahasa bagi isu yang dipilih.
•Pastikan anda mengetahui format sesuatu karangan jika karangan yang anda pilih itu jenis berformat.
•Pastikan anda membaca keseluruhan soalan dan buatlah analisis.

Sumber : Maslan Sakirman dan rakan ( Karangan SPM BM )
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment