Tuesday, October 04, 2011

TEKNIK MEMILIH DAN MENGANALISIS SOALAN

Kata Kunci dan Peringatan

1 Calon mestilah membuat pilihan soalan yang tepat dengan membaca semua soalan dengan teliti (lima soalan akan diberikan – karangan yang diberikan biasanya mengikut kategori yang terdiri daripada Dimensi Diri, Dimensi Keluarga, Dimensi Masyarakat, Dimensi Negara, Dimensi Antarabangsa dan soalan berunsur sastera.

2 Gariskan perkataan penting yang terdapat dalam setiap soalan dan pastikan isu yang hendak dihuraikan benar-benar difahami dan talon dapat menggunakan laras bahasa yang bersesuaian dengan isu yang dikemukakan. Calon juga perlu memastikan mereka mengetahui format karangan yang dipilih sekiranya karangan itu jenis berformat.

3 Contoh soalan karangan mengikut dimensi:

(a) Dimensi Diri/Individu
Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Majhs Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah anda. Sediakan laporan itu selengkapnya. (November 2008)

(b) Dimensi Keluarga
Setiap orang inginkan kawasan petempatan yang terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang. Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga. (November 2008)

(c) Dimensi Masyarakat
Anda mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat negeri. Tajuk pidato ialah "Dadah Membawa Padah" Tulis teks pidato itu selengkapnya. (Julai 2008)

(d) Dimensi Negara
Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk Aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara. Huraikan faktor-faktoryang menyebabkan penyakit ini merebak dan langkah-langkah bagi menanganinya. (November 2008)

(e) Dimensi Antarabangsa
Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas. (November 2008)

(f) Soalan Berunsur Sastera/Dimensi Sastera

Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.

Pantun di atas menjelaskan bahawa budi bahasa penting dalam kehidupan manusia. Bincank kan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat. (November 2008)

Sumber :Encik Azahar dan rakan ( Contoh karangan SPM. 2011)
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment