Thursday, October 27, 2011

Soalan Ramalan Novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah Bahasa Melayu SPM 2011

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang berkaitan dengan persoalan keberanian.

CADANGAN JAWAPAN Novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

*Keberanian menempuh dugaan - Kamarudin berani mengharungi hutan belantara demi mencari anaknya, Faridah setelah pihak berkuasa menghentikan operasi mencari.

*Keberanian mencuba sesuatu yang baharu - Azrul nekad menceburi bidang pertanian dan penternakan setelah menamatkan pengajian di universiti


Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

2 comments:

  1. maaf mengganggu , bole awak berikan saya nilai keberanian dalam novel melunas rindu ?

    ReplyDelete
  2. Dua contoh peristiwa yang memaparkan peristiwa yang mengandungi nilai keberanian dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, keberanian menegakkan kebenaran. Misalnya, Farhana berani menegur sikap Cikgu Zamani yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang guru. Farhana begitu tegas menegur sikap Cikgu Zamani yang selalu ponteng mengajar dan tidak menghadiri aktiviti kokurikulum. Sementara itu, dalam novel “Kabus di Perbukitan” pula memaparkan peristiwa keberanian berhijrah ke tempat baharu. Misalnya, Faridah berani berhijrah ke New Zealand untuk memulakan kehidupan baharu setelah dia kehilangan insan-insan yang tersayang. Pada permulaannya Faridah ke New Zealand kerana mengikuti kursus selama enam bulan di situ, namun akhirnya dia telah menetap selama 25 tahun di New Zealand setelah berkahwin dengan Soleh Johnsons.

    Nilai keberanian yang kedua dalam novel “Melunas Rindu” ialah keberanian menanggung risiko demi menebus kesilapan lalu. Misalnya, Fuad berani untuk kembali ke kampung Danau Seberang selepas dia membawa lari anak gadis Pak Ismail dan Mak Salmah, Sofia. Fuad berani menghadapi cemuhan orang kampung dan Mak Salmah demi menebus kesilapannya melarikan Sofia yang akhirnya menyebabkan kematian Sofia. Sikap beraninya itu berbaloi apabila penduduk kampung dan Mak Salmah mulai memaafkan Fuad. Sementara itu, nilai keberanian yang terkandung dalam novel “Kabus di Perbukitan” ialah keberanian hidup berdikari. Misalnya, Melina sangat berani meneruskan hidup di Malaysia seorang diri dalam keadaan sarat mengandung selepas kehilangan Benny yang melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa. Melina berani memandu sendiri dari Terengganu untuk ke Cameron Highlands menemui ibu bapanya yang datang bercuti ke Malaysia.

    sumber Cikgu Mohamad Zaidi

    ReplyDelete