RUANG SEMBANG

Latihan interatif

Panduan Penulisan Rumusan Bahasa Melayu SPM

Sunday, October 16, 2011

CONTOH SOALAN MODEL DIMENSI INDIVIDU (KARANGAN UMUM BM SPM)

soalan 1.
Rakan anda bimbang akan masalah obesiti yang dihadapinya. Sebagai seorang rakan yang prihatin, anda ingin memberikan cadangan kepadanya untuk mengatasi masalah tersebut. Tulis Surat anda selengkapnya.

soalan 2.
Anda sedang belajar di sebuah sekolah berasrama penuh. Anda dapati tahap minat membaca dalam kalangan pelajar di sana amat tinggi. Tulis sepucuk surat kepada adik anda. Dalam surat itu anda menasihati adik anda agar budaya membaca dijadikan amalan hidup.

soalan 3.
Baru-baru ini rakan anda yang baru berpindah ke sebuah sekolah di ibu kota telah menyertai pertandingan perbahasan ala parlimen peringkat kebangsaan. Pasukannya telah memenangi pertandingan tersebut. Sebagai rakan karib, anda ingin mengutus surat kepadanya untuk mengucapkan tahniah. Tulis surat itu selengkapnya.

soalan 4.
Anda seorang pelajar yang terpaksa berulang-alik ke sekolah kerana tidak berpeluang tinggal di asrama. Keadaan tersebut telah menimbulkan beberapa masalah kepada diri anda dan anda ingin merayu kepada pihak sekolah agar dibenarkan tinggal di asrama sekolah. Tulis sepucuk surat kepada pengetua untuk membuat permohonan tersebut. Nyatakan alasan-alasan anda untuk menyokong permohonan anda itu.

soalan 5.
Di kawasan tempat tinggal anda terdapat sebuah kawasan air terjun yang berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah destinasi pelancongan. Namun demikian, sejak sekian lama tidak terdapat inisiatif daripada pihak berkenaan untuk memajukan kawasan tersebut. Berdasarkan pemerhatian anda, kawasan tersebut mempunyai ciri-ciri menarik untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan. Tulis sepucuk surat kepada agensi yang bertanggungjawab dengan mengemukakan pandangan anda sebab-sebab kawasan tersebut perlu dimajukan sebagai destinasi pelancongan.

solana 6.
Satu Program Perkhemahan telah diadakan di sebuah hutan lipur berhampiran tempat tinggal anda. Perkhemahan tersebut dianjurkan bagi memberikan motivasi terhadap ahli kelab yang anda sertai. Sebagai setiausaha kelab, anda diminta untuk menyediakan laporan sepanjang aktiviti perkhemahan itu dijalankan. Sediakan laporan itu selengkapnya.

soalan 7
Sempena Hari Anugerah Cemerlang sekolah anda, pihak pengurusan sekolah telah membentuk beberapa jawatankuasa untuk melicinkan majlis tersebut. Sebagai setiausaha majlis, anda diminta untuk menulis laporan tentang persediaan yang telah dibuat menjelang majlis tersebut. Tulis laporan anda selengkapnya.

soalan 8.
Guru kelas anda akan bersara kerana telah mencapai umur 56 tahun. Selaku ketua kelas, anda diminta untuk menyampaikan ucapan pada hari tersebut. Tulis ucapan itu selengkapnya.

soalan 9.
Sebagai pengerusi Program Motivasi, anda diminta untuk menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Program Motivasi dan Bina Insan kepada pelajar-pelajar tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Sediakan ucapan anda selengkapnya.

soalan 10.
Sebagai wartawan anda ditugaskan untuk menulis berita tentang kejayaan seorang wanita yang berjaya memenuhi impian keluarganya menjadi seorang guru walaupun tergolong sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Tulis berita itu selengkapnya.

soalan 11.
Baru-baru ini, salah seorang jiran anda telah dipilih untuk memenangi Anugerah Petani Jaya peringkat kebangsaan. Sebagai wartawan di sebuah syarikat akhbar terkenal, anda telah ditugaskan untuk mewawancara jiran anda itu. Selain ingin mengetahui rahsia kejayaan beliau, anda juga ingin tahu tentang langkah-langkah untuk menarik generasi muda menceburi bidang pertanian. Tulis wawancara anda itu selengkapnya.

Sumber rujukan : Contoh Karangan BM
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment