Tuesday, October 04, 2011

Contoh-contoh Frasa untuk Pendahuluan

1. Kemajuan di negara kita seiring dengan kegawatan akhlak yang semakin sebati dengan jiwa remaja pada hari ini...

2. Dalam alaf baharu yang serba canggih dan moden ini...

3. Dalam fasa awal alaf baharu ini... .

4. Era globalisasi ini, telah menuntut remaja/masyarakat bergerak seiring dengan kemajuan sains dan teknologi bagi mencapai kemajuan dalam sektor ekonomi, politik dan sosial.

5. Membentuk masyarakat gemilang dapat disamakan dengan kita membina sebuah bangunan.
Sebelum bangunan itu didirikan, pembinaan asas perlu didahulukan demi memastikan
bangunan yang terbina kukuh dan kuat.

6. jika kukuh masyarakat yang dibina, maka tegak masyarakat itu.

7. Pada alaf digital ini, negara kita mengalami anjakan paradigma dalam pelbagai sektor termasuk... .

8. Masyarakat kita dilekakan dengan pelbagai unsur hiburan. Akademi Fantasia, Malaysia Idol, Mentor dan banyak lagi ditonjolkan melalui pelbagai rancangan dan menyebabkan ramai anak muda ingin menjadi artis, malah yang sudah masuk dalam golongan lanjut usia pun tidak ketinggalan mencuba nasib.

9. Tanyalah diri anda sendiri sebagai bakal pemimpin pada mass hadapan. Di Langan anda terletak kuasa, kehidupan dan sebagainya... . Perlu ada pegangan, bukan goyah menghadapi kejutan budaya.

10. Sejak akhir-akhir ini ... telah menjadi... yang mendapat perhatian ramai.

11. Hampir Saban hari berita ... terpampang di kaca televisyen mahupun di dada akhbar.

12 Sejak bermulanya millenium baharu.

13 Setiap detik yang berlalu menjadi dokumentasi yang terakam sebagai sejarah.

14 Isu ... kembali diperdebatkan, dan kali ini lebih serius...

15 Dalam alaf siber ini... .

16 Pada hari ini, negara kita melalui perubahan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi, khususnya dalam bidang... .

17 Perjalanan dunia yang memasuki alaf ketiga menyaksikan pelbagai perubahan besar yang berlaku hampir di seluruh pelosok dunia.

18 ...merupakan api dalam sekam yang membakar dan meruntuhkan masyarakat tanpa kita
sedari... .

19 Tahun 2020 cuma tinggal ... tahun sahaja lagi. Tahun tersebut merupakan tahun yang
disasarkan oleh pemimpin kita agar Malaysia menjadi negara maju. Untuk mencapai matlamat tersebut setiap warganegara Malaysia mestilah berusaha dengan gigih. Namun, dalam keghairahan menjadikan Malaysia negara maju, timbul kebimbangan tentang... .

20 Seiring dengan dunia globalisasi ini... .

21 Pada zaman ledakan sains dan teknologi ini, negara belum terlepas daripada masalah ... masalah ini bukan sahaja memberi kesan kepada ...malah boleh... .

22 Pada hari ini, kita hidup dalam dunia yang serba maju dan moden. Kita amat beruntung kerana Sejak negara merdeka, kita telah mencapai perkembangan pesat dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kesihatan dan perindustrian. Malangnya, dalam usaha kita berlumba-lumba mengejar pembangunan dan kemajuan ekonomi, sains dan teknologi... .

23 Perkembangan dalam bidang teknologi telekomunikasi di dalam negara telah menyogokkan gaya hidup baharu serta mengubah cita rasa pengguna.

24 Dalam menempuh pawana globalisasi yang penuh dengan kokurensi sengit ini...

Sumber : Azhar Bahari dan rakan ( contoh karangan )
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment