Tuesday, October 04, 2011

CIRI-CIRI KARANGAN YANG CEMERLANG

Bahagiab B (SPM)

Karangan umum yang cemerlang harus memenuhi syarat-syarat yang berikut:

1 Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan clan fokus soalan.
2 Mengemukakan isi-isi penting yang mencukupi.
3 Mengemukakan idea yang relevan dengan tema soalan yang dipilih.
4 Menghuraikan idea yang dikemukakan dengan jelas dan matang. Contoh-contoh yang diberi mestilah bersesuaian.
5 Menggunakan bahasa yang gramatis dari segi kata dan ayat.
6 Menggunakan pelbagai kosa kata yang tepat dan luas. Laras bahasa yang digunakan sesuai dengan tugasan.
7 Dapat memuatkan ungkapan yang menarik dan memasukkan peribahasa, pantun, pendapat tokoh dan lain-lain.
8 Menggunakan ragam ayat yang bervariasi.
9 Menggunakan ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu dan tanda baca yang betul serta tepat penggunaannya.
10 Menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan idea. Pertautan idea antara perenggan adalah jelas.
11 Dapat menghuraikan isi dalam pemerengganan 4 unsur yang mengandungi ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas. Pemerengganan karangan haruslah seimbang.
12 Panjang karangan menepati kehendak soalan.
13 Pengolahan karangan calon menarik.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment