Tuesday, October 04, 2011

CIRI-CIRI KARANGAN YANG CEMERLANG

Bahagian A (SPM)

Karangan berpandukan bahan rangsangan yang cemerlang harus memenuhi syarat-syarat yang berikut:

1 Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan dan fokus soalan.
2 Mengemukakan isi-isi penting yang mencukupi.
3 Mengemukakan idea yang relevan dengan tema bahan rangsangan.
4 Menghuraikan idea yang dikemukakan dengan jelas dan matang.
5 menggunakan bahasa yang gramatis dari segi kata dan ayat.
6 Menggunakan kosa kata yang tepat dan luas.
7 Memuatkan ungkapan yang menarik dan memasukkan peribahasa.
8 Menggunakan ragam ayat yang bervariasi.
9 Menggunakan ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu dan tanda baca yang betul serta tepat penggunaannya.
10 Menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan idea.
11 Dapat menghuraikan isi dalam pemerengganan 4 unsur yang mengandungi ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas.
12 Panjang karangan menepati kehendak soalan.

Sumber : Ketua bidang Bahasa / Guru Cemerlang Bahasa Melayu
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment