Wednesday, October 26, 2011

CAKAP AJUK / CAKAP PINDAH

Cakap ajuk merujuk kepada perbualan atau dialog yang dituturkan oleh manusia. Oleh itu cakap ajuk harus ditulis dalam pembuka dan penutup kata (“…..”). Sementara itu, cakap pindah pula merupakan bentuk bahasa yang wujud apabila kita menyampaikan semula maklumat yang dituturkan itu kepada orang ketiga.

Contoh:
1. “Nama saya Ali,” kata budak itu. - Cakap ajuk
2. Budak itu berkata bahawa namanya Ali. – Cakap pindah

1. “Hantar buku kamu sekarang juga,” kata cikgu kepada pelajar itu. – Cakap ajuk
2. Guru menyuruh budak itu menghantar bukunya pada waktu itu juga. – Cakap pindah

Petua Menukarkan Cakap Ajuk

a. Tukarkan semua kata ganti nama diri pertama (saya, aku, hamba, beta, kami, kita dll) dan kata ganti nama diri kedua ( awak, kamu, anda, engkau, saudara, tuan dll) menjadi kata ganti nama diri ketiga (dia, beliau, mereka, -nya, nama orang)

Contoh.:
“Saya akan menunggu awak di tepi jambatan,” kata Ali kepada Kassim.

Cakap pindah:
Ali memberitahu Kassim bahawa dia akan menunggunya di tepi jambatan.

b. Berikan imbuhan kepada semua kata dasar.

Contoh:
“Angkat peti ini dan letak di bilik saya, “ kata Encik Halim kepada pekerjanya.

Cakap pindah:
Encik Halim menyuruh pekerjanya mengangkat peti itu dan meletakkannya di biliknya.

c. Tukarkan semua singkatan menjadi kata lengkap

Contoh:
“Saya tak nak makan . Saya dah makan di kedai tadi,” kata Amin kepada ibunya.

Cakap pindah:
Amin memberitahu ibunya bahawa dia tidak mahu makan kerana sudah makan di kedai.

d. Gugurkan semua Kata Tanya (berapa, bila, mengapa dll) dan gantikan dengan frasa tanpa Kata Tanya.

Contoh:
1. “Bagaimana awak buat kek ini?” Tanya kakak kepada rakannya.

Cakap pindah:
1. Kakak menanyakan cara membuat kek itu kepada rakannya.

Contoh:
2. “Kenapa kamu lambat Ali?” Tanya cikgu.

Cakap pindah:
2. Cikgu menanyakan sebab kelambatan Ali.

d. Gugurkan semua Kata Tanya (berapa, bila, mengapa dll) dan gantikan dengan frasa tanpa Kata Tanya.

Contoh:
“Bagaimana awak buat kek ini?” Tanya kakak kepada rakannya.

Cakap pindah:
Kakak menanyakan cara membuat kek itu kepada rakannya.

Contoh:
“Kenapa kamu lambat Ali?” Tanya cikgu.

Cakap pindah:
Cikgu menanyakan sebab kelambatan Ali.]

e. Tukarkan kata tunjuk ini menjadi kata tunjuk jauh itu atau tersebut.

Contoh:
“Saya suka baju ini bu,” kata adik.

Cakap pindah:
Adik memberitahu ibu bahawa dia suka akan baju tersebut/itu.

f. Tukarkan kata arah sini menjadi situ atau di tempat itu.

Contoh:
“Di sinilah saya menuntut ilmu semasa muda dahulu,” kata ayah.

Cakap pindah:
Ayah berkata bahawa di tempat itulah beliau menuntut ilmu semasa muda.

g. Tukarkan semua kata lisan/bahasa pasar menjadi kata/frasa formal

Cakap Ajuk / Cakap Pindah

Tak bagi / Tidak membenarkan
Tak mahu / Enggan
Kaca u / Ganggu
Masuk campur / Melibatkan diri
Bukan hal aku / Bukan urusannya

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment