Wednesday, October 26, 2011

AYAT AKTIF / PASIF

Ayat aktif ialah ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif. Kebanyakan kata kerja jenis ini bermula dengan imbuhan me-, mem-, men- dan meng- dan berakhir dengan imbuhan –kan atau -i atau tidak berakhir dengan sebarang imbuhan.

Contoh ayat aktif ialah:

1. Adik memasukkan guli ke dalam lubang.
2. Kakak membantu Aminah menghias rumah barunya
3. Mereka menaiki bas untuk pergi ke sekolah.
4. Ayah menggantikan ibu untuk menjaga adik di hospital.

---------------------------------------------------------

Kesemua ayat tersebut merupakan ayat aktif. Sekiranya dipasifkan, kata kerjanya akan menjadi kata kerja pasif iaitu menerima imbuhan di- atau di – kan dan diikuti kata sendi oleh.

Perhatikan bagaimana kita mempasifkan ayat-ayat di atas:

1. Adik memasukkan guli ke dalam lubang. - Ayat aktif
1. Guli dimasukkan oleh adik ke dalam lubang. - Ayat pasif

2. Kakak membantu Aminah menghias rumah barunya. – Ayat aktif
2. Aminah dibantu oleh kakak untuk meghias rumah barunya. – Ayat pasif

3. Mereka menaiki bas untuk pergi ke sekolah. - Ayat aktif
3. Bas dinaiki oleh mereka untuk pergi ke sekolah. – Ayat pasif

4. Ayah menggantikan ibu untuk menjaga adik di hospital. – Ayat aktif
4. Ibu digantikan oleh ayah untuk menjaga adik di hospital. - Ayat pasif

-------------------------------------------------------------------

Namun begitu, teknik berkenaan tidak boleh digunakan bagi mempasifkan ayat-ayat yang melibatkan kata ganti nama diri pertama (saya, aku, hamba, beta, kami dll)

Contoh.
1. Saya membaca buku cerita itu. - Ayat aktif
2. Buku cerita itu dibaca oleh saya. - Ayat pasif - SALAH

Sepatutnya:
Buku cerita itu saya baca. – Ayat pasif - BETUL

Contoh tambahan.
1. Kami menyediakan bilik untuk mesyuarat. - Ayat aktif
2. Bilik disediakan oleh kami untuk mesyuarat. - Ayat pasif –SALAH
3. Bilik kami sediakan untuk mesyuarat - Ayat pasif - BETUL

Sumber rujukan : Skor A+ dalam SPM (PELANGI)
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment