Monday, September 05, 2011

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Prinsip Perakaunan

1. Pengguna luaran penyata kewangan adalah seperti berikut kecuali

A Pihak pengurusan (/)
B Pihak bank
C Pemegang saham
D Pemiutang

2. Pada 1 Januari 2011, Kedai Abu membeli perabot bernilai RM 5 000 secara kredit untuk kegunan perniagaan. Apakah kesan urusniaga terhadap persamaan perakaunan?

A. Penambahan aset (perabot) menyebabkan pengurangan yang sama terhadap aset lain (penghutang)
B. Penambahan aset (perabot) menyebabkan penambahan yang sama terhadap liabiliti (pemiutang)(/)
C. Pengurangan aset (perabot) menyebabkan penambahan yang sama terhadap liabiliti (pemiutang)
D Pengurangan aset (perabot) menyebabkan pengurangan yang sama terhadap aset lain (penghutang)

3. Nota debit dihantar kepada pembeli apabila

I Penjual mengenakan kos angkutan kepada pembeli
II Pembeli memulangkan barangniaga kerana tersalah jenama
III Barangniaga yang bernilai RM8.00 telah dicaj sebanyak RM8.50
IV Barangniaga yang bernilai RM6.00 telah dicaj sebanyak RM5.00

A I dan II (/)
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

4. Agensi Mala membeli 200 naskah buku cerita daripada Penerbit Matahari. Harga yang dinyatakan dalam senarai harga ialah RM5.00 senaskah. Diskaun niaga yang diberi
ialah 25%.

Kirakan diskaun niaga yang diberi oleh Penerbit Matahari.

A. RM250 (/)
C. RM1000
B. RM750
D. RM1250

5. Jurnal Am digunakam untuk mancatatkan yang berikut kecuali

A catatan pembukaan
B ambilan barang dan aset
C belian dan jualan barang niaga secara kredit (/)
D belian dan jualan aset bukan semasa secara kredit

6.Apakah dokumen yang digunakan untuk menyokong pengeluaran wang melalui Sistem Panjar?

A Resit
B Memo
C Baucer (/)
D Bil Tunai

7. Antara kesilapan berikut, yang manakah akan menambah jumlah aset sebuah perniagaan?

I Belanja membaiki mesin didebitkan ke Akaun Mesin
II Pulangan masuk didebit ke Akaun Penghutang dan dikredit ke Akaun Pulangan Keluar
III Belian kredit tidak direkodkan ke mana-mana akaun
IV Jualan kredit kepada Perniagaan Kamal tersilap debit ke Akaun Perniagaan Kamil

A I dan II (/)
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8. Antara yang berikut, manakah potongan wajib yang dikehendaki oleh undang-undang ke atas gaji kasar seorang pekerja sektor awam yang memilih skim pencen?

A. Caruman KWSP
B. Caruman PEKESO
C. Potongan cukai berjadual (/)
D. Zakat pendapatan

9. Maklumt berikut diperolehi daripada slip gaji Encik Sina,seorang penyelia kilang

Gaji pokok 5,000
Elaun tetap perumahan 500
Elaun perjalanan 300
Potongan cukai berjadual bulanan 225
PERKESO 55

Kadar caruman KWSP bagi pekerja adalah 11% dan bagi majikan adalah 12%

Berapakah gaji bersih Encik Sina sebulan?

A RM 4 915.00 (/)
B RM 4 255.00
C RM 4 882.00
D RM 4 860.00

10. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai Akta Perkongsian 1961 ?

I Untung rugi dibahagi sama banyak di antara rakan kongsi
II Faedah dikenakan 8% atas modal pekongsi
III Faedah tidak dikenakan atas ambilan
IV Pinjaman pekongsi kepada perkongsian dibayar faedah 8% setahun

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

11. Maklumat berikut dipetik daripada Perkongsian Hup Seng.

Modal Hup RM 30 000
Modal Seng RM 20 000

Hup dan Seng bersetuju untuk membahagikan untung atau rugi mengikut nisbah modal. Untung bersih selepas mengambil kira gaji pekongsi, faedah atas modal dan faedah
atas ambilan pada 30 Jun 2010 ialah RM7 700.

Hitung bahagian kongsi untung Hup pada 30 Jun 2010.

A RM3 080
B RM3 850
C RM4 620 (/)
D RM7 700

12. Aset yang manakah yang tidak didebitkan di dalam akaun Realisasi

A Kenderaan
B Perabot
C Tunai (/)
D Penghutang

13. Antara berikut, keadaan yang manakah akan menyebabkan titik pulang modal berkurangan?

A Menambahkan harga jualan (/)
B Mengurangkan harga jualan
C Menambahkan jumlah kos tetap
D Menambahkan kos berubah seunit

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment