Sunday, September 11, 2011

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 PERDAGANGAN

1 Pernyataan manakah yang berkaitan dengan kehendak?

A Perlu dipenuhi untuk terus hidup
B Menjadikan manusia hidup selesa (/)
C Boleh dibahagikan kepada tiga tahap
D Keinginan untuk disayangi oleh ahli masyarakat

2 Pernyataan manakah merupakan keperluan rohani menurut Hierarki Keperluan Maslow?

A Ahmad membeli makanan dan minuman di Restoran Enak
B Mun Li memberi hadiah hari jadi kepada adik bongsunya
C Raj memasang kamera litar tertutup di sekitar kawasan rumahnya
D Rossa menerima ijazah setelah menamatkan pengajian di universiti (/)

3 Pernyataan manakah yang menunjukkan berlakunya nilai faedah masa?

A Buah kelapa sawit dipindah dari ladang ke kilang untuk diproses
B Kayu getah diproses menjadi perabot
C Pakaian sekolah dijual pada akhir tahun (/)
D Baju dipindah milik dari peruncit kepada pengguna

4 Pernyataan yang manakah merupakan kelebihan pengkhususan dalam pengeluaran?

A Pekerja dapat menonjolkan daya kreativiti
B Pekerja dapat meningkatkan produktiviti (/)
C Pekerja memperoleh pelbagai kemahiran
D Pekerja bangga dengan hasil kerja mereka

5 Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor pengeluaran?

I Buruh
II Modal
III Insurans
IV Kerajaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6 Antara pernyataan berikut, yang manakah merupakan syarat dalam sistem barter?

I Kemahuan serentak
II Barang mestilah tahan lama
III Nilai pertukaran boleh ditentukan
IV Terdapat lebihan barang untuk ditukarkan

A I dan II
B I dan IV (/)
C II dan III
D III dan IV

7 Pernyataan yang manakah menerangkan maksud perniagaan?

A Aktiviti penghasilan barang dari bahan mentah kepada barang siap
B Membeli dan menjual barangan untuk mendapatkan keuntungan (/)
C Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna akhir
D Memindahkan barang dari kilang pengeluar ke gudang pemborong

8 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri perniagaan runcit besar-besaran.

• Mempunyai banyak cawangan di seluruh negara
• Dimiliki oleh pemilik yang sama
• Semua cawangan ditadbir oleh syarikat induk
• Nama dan logo perniagaan adalah selaras disemua cawangan

Apakah jenis perniagaan runcit tersebut?

A Francais
B Kedai sejaras (/)
C Pasar raya besar
D Gedung Aneka Jabatan

9 Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pemborong.

• Pemborong ini membeli dan menjual sekumpulan barang yang sama jenis dan berkaitan antara satu sama lain
• Contohnya pemborong hasil pertanian

Apakah jenis pemborong ini?

A Pemborong am
B Pemborong khusus
C Pemborong satu barisan (/)
D Pemborong bayar dan bawa

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment